Tuesday, December 29, 2009

Telur Pindang.

Berita baik buat bakal-bakal pengantin yang gemarkan sesuatu berciri tradisional sebagai ole-ole buat tetamu. Lebih-lebih lagi buat orang Johor yang dah biasa dengan telur pindang.


Kadang-kadang tu, memang teringin sangat nak telur pindang, tapi zaman sekarang ni, susah nak carik orang yang pandai buat. Masa aku dulu, Mak aku punya lah beriya-iya nak jugak buat telur pindang. Sudahnya, dia nekad buat sendiri.


Elok-elok patut nak kena rebus 2 hari 2 malam, dia buat tak sampai semalam pun! Rupa memang sama, tapi rasa.. errr.. tak sampai hati lah nak susun ayat :p


Dipendekkan cerita, masa aku isi minyak kat Petronas mana ntah hari tu (somewhere in Puchong), macam pelik jugak la bila terjumpa sebakul telur pindang dijual kat kaunter stesen tu.


IMG_0430

Nah. Elpin Telur Pindang Warisan.

Sekarang kamu tak perlu risau insiden seperti di atas bakal terjadi kepada majlis kamu. Zaman dah makin siber, nak tempah telur pindang pun boleh pakai online je.


IMG_0432

Berminat?

Boleh telefon 019 –362 1003


Tak cukup kredit?

Jangan risau, on 3G je, lepas tu layari laman web

www.telurpindang.com

atau email telurpindang@yahoo.com



Isu BUMPER Kahwin : Kalau lah dari dulu dah terjumpa, tak payah Mak bersusah-payah membanting tulang kutip rempah ratus dan daun herba merata-rata semata-mata nak buat telur pindang ni.

Sunday, December 13, 2009

Mas Kahwin Semakin Membebankan?

DSC_3536

Mas kahwin aku dulu RM 22.50 tunai.


Sekarang ni kecoh sana-sini cakap pasal mas kahwin RM 300 yang baru diisyhtiharkan oleh kerajaan negeri Selangor dikatakan sebagai terlalu mahal. Malahan, ada yang cakap ia terlalu membebankan!


Pada hemat aku, RM 300 untuk bayaran mas kahwin adalah berpatutan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kos sara hidup yang semakin tinggi terutamanya di kawasan negeri Selangor. Negeri-negeri lain pun patut mengkaji semula nilai mas kahwin masing-masing. Biar berpadanan dengan kadar semasa.


Tak keterlaluan kalau dikatakan bayaran duit hantaran yang mencecah beribu-ribu lemon tu jauh lebih membebankan sebenarnya! Padahal, duit hantaran tu bukan wajib pun.


Tu lah yang kebanyakan orang kita tak sedar. Kemain lagi canang satu kampung berapa duit hantaran yang anak perempuan dia terima. Masa tu, tak pulak rasa macam membebankan pengantin lelaki ke apa. Tup tup bila mas kahwin jadik 3 ratus, kecohnya dah macam 3 ribu!


Kepada bakal pengantin sekalian, tak kiralah berapa nilai mas kahwin pada masa-masa akan datang, pokok pangkalnya, kukuhkan kedudukan kewangan dulu sebelum berumahtangga. Belajar cara-cara nak uruskan kewangan keluarga daripada sekarang. Dapatkan pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman macam mak ayah kita, lagi bagus sebenarnya.


Ingat, duit yang kita simpan untuk kahwin tu, bukan sekadar guna untuk majlis kahwin je, ye. Usai selesai je majlis, banyak lagi wang yang akan mengalir keluar untuk memulakan bahtera rumahtangga.


Mana nak beli beras lagi, sabun basuh, tong gas, peti sejuk yadda yadda. Semua tu nak beli pakai duit. Melainkan kad kahwin kamu yang tebal kemain dan wangi harum semerbak tu boleh dijual semula secara barter, maka tak perlu lah kamu risau :p


Oh, dah alang-alang aku beriya tulis pasal mas kahwin semua ni, nah aku tepek sekali kadar semasa nilai mas kahwin ikut negeri. haaa... pilih la mana-mana yang berkenan di hati.


Johor: RM 22.50
Melaka: RM 40.00
Negeri Sembilan:
RM 24.00 (Bukan Waris – Dara)
RM 12.00 (Bukan Waris – Janda)
RM 48.00 (Waris – Dara)
RM 24.00 (Waris – Janda)
Selangor: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)
Kuala Lumpur: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)
Perak: RM 101.00
Pulau Pinang: RM 24.00
Pahang: RM 22.50
Sabah: RM 100.00 (Dara) , RM 80.00 (Janda)
Sarawak: RM 120.00
Labuan: RM 80.00
Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan :
Tidak ditetapkan (biasanya, nilai duit hantaran dikira sebagai mas kahwin)

(Sumber : Hidup Biar Sedap)

Dan, untuk tips menguruskan kewangan dan rahsia kumpul duit cepat untuk kahwin boleh didapati di Maskahwin.com. Nescaya, kalau dizinkan Tuhan, kamu boleh kahwin muda macam aku. heh.

Semoga berjaya!

:)



Isu BUMPER Kahwin : Pilu rasa hati baca berita pasal pengantin baru yang menemui ajal sebaik je selamat dijabkabulkan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan jugak yang maha menentukan. Alfatihah.

Monday, November 23, 2009

Jauh Bau Wangi, Dekat Bau Tahi.

DSC_5719

Selepas berhempas-pulas, membanting tulang empat kerat, berbekalkan pengalaman yang sekangkang kera, dengan penuh rasa rendah diri, terimalah..

.

.

.

TIPS MENJADIK PASANGAN JARAK JAUH TERHEBAT

(klik sini pun boleh)



Isu BUMPER Kahwin : Tak dapat hebat, paling kurang, mampu survive pun jadiklah :)

Monday, November 16, 2009

Oh, Ibu Mertua.

Bila sebut pasal mak mertua, bakal / menantu perempuan tak dapat tidak mesti ada rasa sekelumit perasaan err.. gerun. Ye lah, kan. Tiap hari filem cerekarama tayang kat kita macam-macam kerenah ibu mertua. Ada yang macam diva tak lupa jugak yang garang macam singa. Saiko jugak apa.


monster_in_law_poster

Hakikatnya, selagi kita tak mengalaminya, kita takkan tau macam mana rasanya. Ingat, ia tak sama langsung macam hubungan masa sebelum berkahwin. Tak semestinya sebelum ni kemain baik berkepit dengan bakal mak mertua, bila dah kahwin terus lekat macam belangkas juga.


Lumrahnya, belang perangai kita hanya akan terbongkar sebaik je kita jejakkan kaki masuk alam rumahtangga. Masa bercinta dulu, boleh lah nak tunjuk hebat kat bakal mertua kita pandai masak siakap tiga rasa, ayam panggang madu semua. Padahal, duduk menghafal buku resepi berhari-hari :p


Dulu, aku pun sama macam kamu. Saiko bila dengar orang cerita macam-macam pasal mak mertua dia gitu lah, gini lah.


Sesuatu yang normal pada awal perkahwinan apabila :

  • Kita akan rasa terguris bila mak mertua tegur cara kita buat kerja. Itu tak kena, ini tak kena.
  • Kita akan rasa tak puas hati bila mak mertua cuba masuk campur sampaikan nak tolong pilih jenama pisau dapur yang patut kita guna.
  • Akan rasa sentap bila mak mertua datang rumah kita dan cuba-cuba nak ubah susun atur kediaman kita.
  • Tak lupa jugak, rasa sikit cemburu bila suami kita tak pedulikan kita bila mak mertua ada.


Kenapa eh kita rasa macam tu?

Padahal, kalau mak kita tegur cakap kita masak tak rasa apa, kutuk rumah kita sepah macam kapal karam, marah sebab tak masak ikut cara dia ajar, kita sikit pun tak terasa. Lagi nak melawan bagi serangan balas ada lah.


Kenapa?

Sebab kita dah biasa. Dah lali, orang kata.


Mak kita dah kenal kita luar dalam. Faham busuk wangi perangai kita. Kudis kamu semua sembunyik kat mana, dia hafal. Berbeza dengan ibu mertua yang kita baru mula nak kenal hati budinya.


Bayangkan, kalau ada orang yang baru kenal kamu 2,3 hari, tiba-tiba dah berani nak sound kau nampak gemuk bila pakai kebaya nyonya sedangkan selama ni kamu rasa diri kelihatan sangat anggun bergaya bila pakai macam tu. Siapa tak sentapppp?


Begitulah ibaratnya, menantu dan mentua.


Perasaan-perasaan kecik macam ni lah yang selalu boleh timbulkan konflik antara mertua dan menantu. Kan orang selalu kata, simpan lama-lama dalam hati, boleh jadik nanah nanti.


Sebab tu, aku pernah beritahu dulu, ada apa-apa perkara tentang keluarga sebelah suami yang buatkan kamu rasa tak senang hati, jangan pendam sorang. Bahaya! Ceritalah kat suami tapi dengan cara yang paling berhemah sekali. Kita sekadar meluah perasaan. Bukan nak menimbulkan ketegangan.


mil

Walau macam mana sekalipun hubungan antara kamu dan ibu mertua, sentiasa ingat satu perkara, ibu mertua lah yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan suami kita. Tanpa kasih sayang dia mendidik suami kita dari kecil hingga dewasa, tak mungkin wujud suami kita yang mencintai kita seperti hari ini.


Lagipun, dah tentu ibu mertua kita nakkan yang terbaik untuk anak lelakinya. Dan, kalau boleh dia nak anaknya terjaga makan minum segala segi lah sama macam ketika masih di bawah jagaannya. Satu lagi, syurga suami kita sentiasa terletak di bawah telapak kaki ibu mertua kita. Itu takkan pernah berubah.


Ingat nak buat entri pasal TIPS MENJADIK SEORANG MENANTU TERHEBAT lah lepas ni. heh. Tungguuuuuu!!



Isu BUMPER Kahwin : Dah hampir setahun tinggal sebumbung dengan mertua tanpa kehadiran suami di sisi. Mula-mula memang kekok tapi dah lama-lama ni, tak rasa apa. Makin seronok adalah :)

Sunday, November 1, 2009

Makanan : Doorgift Terhebat Sepanjang Zaman.

Musim orang kahwin kembali.


Macam biasa, aku mesti berdebar-debar tunggu dapat door gift apa. Biasanya, dapat paper bag isi macam-macam makanan tu lah, kan. Kuasa lah aku nak canang beriya-iya kat sini.


Kecuali door gift tu macam lain daripada yang lain dan kelihatan affordable, baru lah mendapat review secara langsung dari Isu BUMPER Kahwin ni.


akept 076

Tengok luar je, dah nampak macam best. Simple, kecik, anggun, bergaya. Cuba teka apa isi dalamnya?


akept 084

Sebagai perbandingan saiz.

Kelas, kau. Nak banding dengan Britney Spears aje :p


akept 077

Taaadaaa!!! Bahulu bunga saiz XL. My all time favourite.


akept 078

Ni contact number nye, ya : 016 – 337 3426 / 017 – 229 3329 (SHAWQI’s) URL laman web ke apa takde pulak ditempek sekali. Mungkin towkey nye belum khatam belajar buat blogspot kot.


** KEMASKINI **

Ni hah URL Shawqi's Bakery

(http://shawqis.multiply.com)

Credit to Shahnaz. We love u :)


Moralnya di sini, pada mana-mana usahawan yang berminat nak mendapat review khas kat sini, boleh lah mengirim sample produk kepada Isu BUMPER Kahwin. Nescaya akan direview secara depan belakang atas bawah semua. heh.


Macam biasa, Email je kat feexeea[at]yahoo.com


Tapi, dengan satu syarat. Pastikan produk / perkhidmatan yang ditawarkan tu sangat berbaloi la untuk pembaca setia Isu BUMPER Kahwin. Yang kamu rasa, kalau bakal-bakal pengantin kat Isu BUMPER Kahwin tak tau, memang rugi jiwa dan raga lah.



Isu BUMPER Kahwin : Nak tolong bisnes orang Melayu.


p/s : Seperti yang dijanjikan, TIPS MENJADIK ISTERI JARAK JAUH TERHEBAT :)

Thursday, October 15, 2009

Tilam & Bantal : Nak Tinggal kat Mana Ni?

Bila berborak dengan kawan-kawan yang nak naik pelamin, aku lagi eksaited tanya diorang pasal nak settle down mana lepas kahwin berbanding tanya kahwin tema warna apa.


Melalui pengalaman sendiri, kadang-kala kita terlepas pandang bab ni sebab terlalu sibuk buat persiapan untuk hari majlis perkahwinan. Padahal, persoalan nak tinggal mana sebaik selepas diijabkabul boleh dikatakan sebagai turning point dalam alam perkahwinan. Itulah permulaan kepada segala-galanya.


2516870849_6e772c0a74

Rumah impian.

Dapat dengan kereta sekali pun apa salahnya, kan :p


b0953283485044e7beb27fadfbf763fd

Terletak kat kawasan kejiranan yang damai begini.


indoorwaterfall_5

Lepas tu, nak ada air terjun palsu kat dalam. ceh. Takpe takpe, berangan selagi boleh.


(Semua gambar adalah ihsan En. Google)

***


Bagi yang memilih untuk tinggal dengan keluarga sendiri mahupun keluarga mertua buat sementara waktu, takde masalah sangat rasanya. Tak payah pening-pening nak carik rumah sewa. Jimat pun ya. Ye lah kan, duit dah berhabis nak buat makan kenduri. Yang dah beli rumah sendiri, lagilah bahagia. Dah boleh mula hidup baru dengan selesa.


Yang jadik masalah sikit kat golongan yang nak menyewa dulu sebelum beli rumah baru. Lokasi, jarak dengan tempat kerja, kawasan kejiranan, fasiliti, kadar harga sewa malahan, sistem perparitan pun kita nak kena ambik kira. Bagi yang mengalami sindrom perkahwinan jarak jauh macam aku, lagi pening dibuatnya. oh. Pasal ni, nak kena buat entri khas kot. TIPS MENJADIK ISTERI JARAK JAUH TERHEBAT. heh.


Terima kasih kat teknologi terkini. Semua benda memang betul boleh dapat kat hujung jari je. Tak keterlaluan kalau aku kata, zaman sekarang ni, nak tempah bunga telur pun boleh pakai order kat internet je. Takyah dah nak susah payah bersengkang mata siang malam melilit batang lidi nak buat bunga telur sendiri macam zaman mak-mak kita dulu.


Ni, hah.

iPROPERTY.COM.MY

Dengan adanya laman web ni, kamu tak payah dah membazir minyak dan bertekak dengan pasangan sebab sesat jalan round satu Malaysia nak carik rumah untuk disewa.


Cuma taip je kawasan mana, rumah jenis apa, bajet sewa berapa, tadaaa! Terus boleh jumpa. Pilih je yang mana suka. Untung-untung, boleh berjiran dengan Fasha Sandha.


dreamhouse

Always been in my childhood dreams. oh.


Happy hunting, everyone!



Isu BUMPER Kahwin : Baru-baru berkahwin, duduk kat apartment pun dah rasa macam besar sangat, seolah-olah duduk banglo :p

Tuesday, October 13, 2009

Selepas Satu Tahun.

1225675856

(Sekadar Hiasan)

Klik sini.

***


Kita manusia tidak pernah sempurna.

Ada saja kekurangan di mana-mana.

Jangan pernah lupa.

DIA sentiasa ada.



Isu BUMPER Kahwin : Tengah siapkan entri pasal kediaman selepas berkahwin. Tunggguuuu :)

Friday, October 2, 2009

Gaduh Balik Raya.

Dah lebih seminggu sambut raya. Tapi suasana raya masih lagi terasa. Cuma duit raya je lah yang dah tak ada :p

P9200082

Dah jadik adat orang Melayu kita, asal raya je, mesti kena balik kampung. Bagi yang baru bergelar suami isteri, masa ni lah masing-masing dok berkira-kira nak raya kat kampung mana. Kalau duduk sekampung, takde masalah rasanya.


Tapi, bagi yang sorang nun di utara, sorang kat selatan, bila cakap pasal balik raya, kadang-kadang boleh jadik huru-hara sampai tak bertegur sapa. heh.


Ada yang amalkan sistem giliran, tak kurang jugak yang main osom nak tentukan raya kat kampung siapa dulu. Walau apa pun teknik yang digunakan, raya kat mana-mana pun asalkan dikelilingi dengan ahli keluarga tercinta, raya kita tetap bermakna.


Buat pengantin baru, ni lah masanya nak uji tahap tolak ansur masing-masing. Kan dah pernah kata dulu, perkahwinan tu satu perkongsian. Semua perkara kita perlu belajar kongsi. Termasuklah kaum keluarga.


Belajar menerima keluarga pasangan seadanya. Masa raya ni, ambil kesempatan untuk kenal saudara-mara jauh dan dekat. Bawak pasangan pergi berziarah. Jangan pulak duduk memerap kat rumah je tengok TV rancangan raya.


Bagi yang baru bergelar isteri, menangis di malam raya dan tatkala dengar takbir raya sebab terkenang keluarga sendiri tu, biasalah. Sang suami, jangan pulak buat-buat tak tahu. Pujuk dan tenangkan isteri. Bukan dia tak suka beraya di kampung kamu. Tapi, perempuan hati kecik, kan. Sensitif bila berdepan dengan benda baru. Lama-lama nanti, ok lah.


Hari raya adalah hari untuk kita bergembira suka ria, bukan untuk tarik muka muncung sedepa sebab bergaduh nak balik kampung mana. Raya tahun depan kan masih ada :p


Min al Aidil Wa al Faizin.



Isu BUMPER Kahwin : Pohon maaf kalau ada terlanjur kata.

Saturday, September 5, 2009

Berinai / Henna.

rec 005

Inai dan pengantin memang tak boleh dipisahkan.


Kalau pengantin tak pakai inai kang, orang keliru pulak yang mana pengantin yang mana pengapit. Nak-nak pulak kalau dapat pengapit stok pakai lagi meletop dari pengantin. Ok, pasal pengapit ni, cerita kat entri lain pulak.


Trend zaman sekarang, orang suka buat ukiran inai. Pergi kedai, kadang-kadang upah mengukir boleh cecah RM 50 sebelah tangan. Kalau dah memang ada bakat semulajadi melukis, boleh la lukis sendiri. Jimat. Tak tahu nak lukis corak macam mana pun, tak jadik masalah rasanya. Google aje, berlambak-lambak haa keluar. Pilih je la yang mana berkenan. Satu contoh laman web yang boleh aku cadangkan ialah Dayu Designs.


Nak ulas pasal hukum-hakam pakai inai berukir ni, aku bukanlah orangnya. Nak kena rujuk pada yang pakar lah. Ataupun, kamu boleh jugak baca pendapat blogger lain kat sini. Kalau tanya aku, prinsip aku mudah je. Kalau setakat buat suka-suka, takde masalah rasanya. Yang penting niat.


Tips untuk bakal pengantin yang nak pakai inai sendiri, dicadangkan guna inai jenama Rani. Datang dalam bentuk tiub. Senang nak apply. Pakai kejap je pun dah merah. Lagi satu, pastikan sebelum pakai inai kat hujung jari tu, balut jari siap-siap dengan selotape kat takat mana kita nak apply inai tu nanti. So, takdelah inai tu meleleh dan bersememeh, ok. Barulah comel bila official photographer nak close-up cincin kat jari manis tu. heh.


Pengantin lelaki pulak, manis pakai inai kat tiga jari hujung je kot. Mula dari jari tengah hingga jari kelingking. Pakai belah kanan je pun jadik lah. Bagi nampak sikit seri pengantin tu, kan. Aku kurang berkenan sikit kalau pengantin lelaki pakai inai penuh sepuluh jari. Nampak macam kurang maskulin gitu.


DSC_3434

Mujur sepupu aku memang bukak bisnes ukir inai pengantin. Maka, dapatlah sponsor. Kalau tak, nak kena bayar 50 hengget sebelah tangan, tak kuasa kot den :p



Isu BUMPER Kahwin : Kadang-kadang tangan aku ni rasa macam gatal je nak tolong 'repair' kan inai kat hujung jari pengantin yang nampak comot. Rasa macam nak cakap je, 'laaa, kenapa tak tepek selotape dulu sebelum pakai, sayang oiii'.

Tuesday, August 11, 2009

D.I.Y : Gubahan untuk Isteri.

Lama dah tak bagi entri D.I.Y, kan?


Memandangkan segala jenis modal D.I.Y aku dulu dah dicanang kat sini, yang tinggal hanyalah stok D.I.Y dari belah pihak lelaki. Layankan je lah, eh. Mana tau boleh bagi idea sikit dari segi pilihan warna ataupun susun letak gubahan ke.


Gubahan hantaran ni, memang dibuat sendiri oleh mak saudara belah suami dari A-Z. Warna tema pilihan belah sana adalah baby pink, gold dan silver. Kombinasi yang sangat manis dan romantik.


Bunga dulang diperbuat daripada kain satin, riben organza dan diserikan pulak dengan manik putih mutiara. Cara gubahan pulak, adalah sangat senang, ok. Letak-letak je barang hantaran tu kat atas dulang, lepas tu, lilit-lilit je dengan bunga dulang tadi. Siap!


DSC_3523DSC_3525

DSC_3522

(Gambar ikut pusingan jam)

i) Gubahan kasut. Beli semasa SALE 70%. Harga asal pun baru seratus lebih, lepas diskaun, kamu kira lah tinggal berapa je :p Jimat, okeh. Jimat. Jangan lari konsep JIMAT SELAGI BOLEH tu.


ii) Gubahan persalinan. Sutera Jaquard Terengganu + tudung bawal sekali (psst. Sekarang, kain ni dah boleh dapat RM 95++ je sepasang. Siapa2 berminat, boleh BUZZ saya di feexeea[at]yahoo.com, ok. Dijamin 100% asli dari Terengganu, tau!)


iii) Gubahan wangian dan barang kelengkapan diri. Dior Addict EDP set. Pun beli semasa SALE tahap gaban kat Isetan. Dah boleh masuk tahap antik ni. Orang lain dah tak heran nak pakai, aku baru terhegeh-hegeh nak beli. heh


DSC_3528DSC_3535

DSC_3521

(Gambar ikut pusingan jam)

i) Gubahan Mas Kahwin. Tang ni paling simple alahai tahap celah gigi je lah. Modal hanya diperlukan untuk beli kotak cantik-cantik yang banyak dijual kat Memory Lane atau Lovely Lace tu. Lepas tu, selit la dengan not-not duit (ikut nilai mas kahwin negeri pengantin perempuan masing-masing) dan hiaslah dengan bunga dulang.


ii) Gubahan Jam Tangan dan Make-up set. err.. dua barang ni terpaksa disekalikan satu dulang sebab aku gedik nak tambah make up set last minute. Bila lagi nak merasa pakai MAC, kan? Hari-hari lain nak mintak FREE, berjanggutlah tunggu. ngee


iii) Gubahan Manisan. Ni lah pertama kali aku merasa coklat nama Patchi. Punyelah tak pernah dengar nama coklat ni sampaikan aku ingat coklat murah-murah boleh dapat sebijik seringgit. Ye lah kan, selama ni, aku ingat Ferrero Rocher tu paling mahal dah. Selamba laa aku makan dengan rakus, sekali hadap je. Sekali hari tu terjumpa kat KLCC, mak oii 4-5 bijik je dah boleh cecah 20 hengget!

Cara gubahannya pun simple je. Guna bekas kristal yang boleh dapat kat kedai dua ringgit, lepas tu, tabur-tabur je coklat kat dalam bekas tu dan kat atas dulang.


So, kepada bakal pengantin sekalian, semoga mendapat ilham daripada entri yang tak seberapa ni. Tak banyak, sikit pun jadik laa, kan. Sikit sama merasa :)



Isu BUMPER Kahwin : Kalau boleh, elakkan buat gubahan yang terlalu mengikut trend semasa. Dikhuatiri, kahwin pun belum, tapi gubahan hantaran yang kamu dah siapkan awal-awal tu, nampak macam out dated la pulak. Ye lah kan, trend orang kawen ni, tiap saat, tiap ketika, sentiasa berubah-ubah. Jalan selamat, pilih sesuatu yang simple, elegen dan timeless.

Wednesday, August 5, 2009

Nak Carik Calon Suami atau Isteri Bukan Semudah Makan ABC.

Memandangkan rata-rata pembaca Isu BUMPER Kahwin ni terdiri daripada kaum Hawa, rasanya isu kali sangat lah sesuai untuk kita bincangkan sama-sama.


Sebelum tu, meh kongsi sikit. Fakta ni kira macam ada kena mengena sikit laa dengan Slot Soalan BUMPER kali ni. Kriteria nak carik calon pasangan hidup mengikut yang dicadangkan oleh Islam :

  • Faktor keagamaan dan akhlak
  • Faktor kecantikan dan kekayaan
  • Faktor keturunan dan kesuburan

dna_test

Selingan. by Mr. Google.


Ni haa. Ryan Hady namanya. wah. Bukan senang nak jumpa pembaca lelaki kat sini. Nak-nak pulak yang bagi komen dan tanya soalan itu ini. Dia nak tahu pandangan dan pendapat kamu semua tentang masalah yang dia hadapi ni.


image


Kalau merujuk kepada masalah Ryan Hady ni, dia semacam tersepit antara pilihan hati dan pilihan keluarga. Kiranya, ditelan mati mak, diluah mati bapak la. Kalau nak nilai pasangan dari paras rupa je, memang sangat tak adillah, kan?


Walaubagaimanapun, keluarga mesti mahu yang terbaik untuk kita. Pilihan keluarga pun kadang kala ada baiknya. Malahan, lebih baik mungkin. Sebab keluarga lah yang paling faham dan kenal kita macam mana. Tahu apa yang baik atau buruk untuk kita.


Jadi, jalan penyelesaiannya, cuba berbincang dengan keluarga dengan lebih telus. Nyatakan pilihan hati berserta hujah dan sebab-sebabnya. Begitu jugak dengan pilihan keluarga. Bandingkan pro dan kontra. Kemudian, barulah buat kata putus yang dipersetujui semua.


Pokok pangkalnya, ia tetap akan berbalik pada kita; si tuan empunya badan jugak akhirnya. Keputusan terletak pada tangan kita sendiri. Sebab ia melibatkan hal masa depan. Bukan benda main-main, tau.


It's a lifetime commitment and there's NO turning back.


Apa guna ada isteri cantik berharta kalau bukan dia yang bertakhta di hati kita? Apa guna beriya mahu menjaga hati keluarga kalau nanti diri sendiri merana dan akhirnya balik semula menyusahkan keluarga?


Satu lagi nasihat saya, ikut kata hati.

Dia tak pernah menipu :)



Isu BUMPER Kahwin : Antara kriteria utama yang aku tetapkan masa nak carik calon suami dulu mestilah seseorang yang boleh diajak berbual dan gembirakan aku hingga ke hari tua. Sebab bila dah sampai masa tua nanti, paras rupa dah tak ada makna. Tapi kualiti diri yang ada pada pasangan tu lah yang akan dibawak sampai ke mati. Insyaallah.

Tuesday, July 21, 2009

Slot Soalan BUMPER.

Memandangkan ramai pembaca Isu BUMPER Kahwin yang hantar email bertanyakan tentang pelbagai perkara berkaitan dengan persediaan alam perkahwinan serta ilmu rumahtangga, maka slot ini pun diwujudkan. Demi kesejahteraan bersama. chewah.


Sebelum ni, aku jawab secara personal je melalui email. Tapi, rasa macam tak best pulak sebab kadang-kadang, soalan-soalan tu kemungkinan besar turut dialami oleh orang lain jugak. Lagipun, aku bukannya pakar kaunseling perkahwinan ke apa. Jadi, rasanya lagi best dan bermakna kalau satu-satu isu tu dapat dibincangkan dengan pembaca lain. Boleh dengar lagi banyak pandangan. Bukan ke two heads is better than one?


Maka dengan itu, aku pun dengan besar hatinya, dah buat satu slot khusus untuk soal jawab yang boleh dibincangkan secara terbuka oleh semua pembaca Isu BUMPER Kahwin yang setia lagi dicintai sekalian.


Kita namakan slot ni sebagai, Slot Soalan BUMPER.


Boleh tanya apa-apa je soalan berkaitan dengan perkahwinan kat mana-mana ruang yang ada macam kat ruangan chatbox ke, commnet box atau email kat feexeea[at]yahoo.com


Lepas ni, setiap isu atau soalan yang dibangkitkan, akan dibincangkan secara terbuka dalam satu entri khas di bawah label Soalan BUMPER ni la. Kalau malu dan tak mahu dikenali, letak je nama samaran. Jangan risau. Setiap email atau komen akan di kemaskini dulu sebelum di publish kat sini.


Sebagai permulaan, aku publish satu isu yang telah diutarakan oleh seorang pembaca Isu BUMPER Kahwin yang hanya mahu dikenali sebagai Jenna.


hello tuan blog,

saya ni silent reader kat blog tuan. anyway,just nak kongsi cerita or maybe boleh bagi sedikit pendapat..

saya ada seorang kakak yang tak kahwin lagi. dia cakap dia taknak kahwin sebab dia takut anak dia end up jadik jahat. maklumlah budak2 sekarang2 kan macam2 perangai. pastu kakak saya ni jenis ada expectation tinggi kat orang. so, dia takut anak2 dia takkan ikut apa yang dia nak. (contoh: nak jadik doktor, jadi tukang kebun pulak).

yang saya mcm tertekan sikit tu,dia mcm nak pengaruhi saya supaya jadi macam dia walhal saya dah ada kekasih hati dan sudah rancang perkahwinan kami lagi 1 tahun.stresss tauu dengar dia cerita.

hope tuan blog leh kongsi pendapat.
=)


Jenna.


DSC_5466

Sabda Nabi S.A.W. "Perkahwinan itu adalah sunnahku (jalanku), siapa2 yg tidak melaksanakan sunnahku, bukanlah dia dr umatku/ golonganku"

(Gambar sekadar hiasan.)


Aku sendiri dah bagi pendapat peribadi melalui email kepada Jenna. Sekarang ni, giliran kamu pulak, ye. Jawab jangan tak jawab. Jangan malu dan jangan segan, Jenna mesti dah tak sabar-sabar nak dengar pendapat kamu di luar sana.



Isu BUMPER Kahwin : Ramai jugak tanya macam mana nak join blog Wives and Mothers. Sebenarnya, saya hanyalah pembaca dan penulis jemputan je. Segala permohonan nak join blog tu, mestilah melalui wivesandmothers[at]gmail.com okay?

Tuesday, June 30, 2009

Inspirasi Batik / Cenderahati perkahwinan / Wedding favors

wow 008

Purse yang berinspirasikan kain batik lepas.


Dalam nya siap ade card and money (zipped) slots sama macam long purse yang biasa kita pakai tu. Boleh lah buat melaram pakai masa pergi kenduri kahwin yang lain pulak, kan :p


Ni pulak cenderahati perkahwinan yang aku dapat masa pergi kenduri kahwin kawan sekolah dulu. Rumah dia kat Kluang. Dekat dengan Ayer Hitam Johor. Mungkin dia borong purse ni kat sana lah kot. Ayer Hitam kan kira macam pusat kraftangan. Macam-macam benda boleh dapat. Ia jugak terkenal sebagai pusat sehenti untuk beli barang persiapan dan ada pelbagai pilihan cenderahati perkahwinan.


Macam mana nak ke sana?


Senang je. Masuk highway PLUS, lepas tu keluar kat exit Ayer Hitam/UTHM. Lepas keluar tol, ambik traffic light ke kiri, straight je, sampai lah kamu jumpa deretan kedai tepi jalan besar di sebelah kiri yang display barang-barang kahwin.


Nak pergi kat pusat jual barang kraftangan murah-murah pulak, boleh jumpa kat pekan dia. Lebih kurang 500 meter je dari kedai-kedai tu. Kat situ lagi lah. Konfem rambang mata punya.



Isu BUMPER Kahwin : Malay wedding zaman sekarang dah macam main lucky draw pulak. Selalu ternanti-nanti apa door gift yang bakal di bawak pulang. heee

Friday, June 19, 2009

Gagal Merancang Samalah Macam Merancang untuk Gagal.

pre 039

Seminggu sebelum majlis.

White board kat rumah penuh dengan tulisan. Sampaikan terpaksa buat ‘extension’ guna kertas mahjong.


Perkara paling utama yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin sekalian. Sebaik je kamu dah dapat tarikh nikah dan resepsi yang tepat untuk kedua-dua belah pihak, pastikan perkara utama yang kamu buat adalah tetapkan agenda/aturcara majlis bagi setiap hari yang terlibat. Contohnya, aturcara majlis nikah, berkhatam, berinai dan bersanding. Tetapkan siap-siap tarikh, masa semua.


Lagi bagus, kalau dapat buat secara details.


Macam dalam jadual yang ada kolum tarikh, masa, aturcara, tempat dan tindakan siapa. Mudah untuk rujukan semua. Sebagai contoh, nikah berapa haribulan, kat mana, pukul berapa, siapa yang perlu ada, barang apa nak bawa, menu makan apa etc.


Perlu diingat, semasa hari kejadian, kamu tak sempat pun nak pantau semua perkara. Jadi, dengan adanya agenda yang dah siap sedia lengkap dengan masa semua, takdelah saudara mara ataupun orang di belakang tabir majlis kamu terpinga-pinga, lepas ni buat apa, lepas tu apa.


Contohnya, macam Jadual Kerja (tajuk yang Abah aku tulis kat atas tu) masa majlis aku dulu. Siaplah ada tulis 2.10.08 ; rebus telur. Betul. Nampak macam benda kecik tapi, bila dah kelam kabut dan ramai-ramai orang, semua benda pun boleh lupa. Sekurang-kurangnya, dengan adanya jadual kerja macam ni, boleh pastikan majlis kamu sentiasa keep on track.


Jadi, apa tunggu lagi? Rancanglah majlis perkahwinan kamu dengan sebaik-baiknya. Nak dapatkan panduan lebih lanjut dan pendapat profesional, boleh jugak dapatkan eBook Majlis Impian ni. Sangat berbaloi untuk dimiliki :)



Isu BUMPER Kahwin : Kita hanya mampu merancang, Tuhan jugak yang Maha menentukan.

Sunday, June 14, 2009

Labu Sayong / Cenderahati perkahwinan / Wedding favors

Ini wedding favors yang mak mertua bawak pulang daripada kenduri kahwin tempoh hari. Simple dan unik. Tapi sayang, kegunaan hanya untuk perhiasan je.


Orang yang minat kumpul barang perhiasan, mesti suka kalau dapat barang macam ni. Orang macam aku pulak, minat dapat barang makanan je :p


Ia kira macam salah satu pilihan cenderahati perkahwinan yang menarik jugak lah nak dihadiahkan kepada tetamu sebagai tanda terima kasih.

wow 007

Kotak tu custom made rasanya. Kat bawahnya ada tulis SERI SIREH. Berminat, boleh hubungi 03-2144 7879 atau pergi sini ATAU kat sini. wah. Kemain aku promote. Patut dapat komisen nih :p



Isu BUMPER Kahwin : Setiap kali tengok labu sayong, mesti teringat cerita Jangan Pandang Belakang. eiii. Seriau.

Sunday, June 7, 2009

Musim Cuti Sekolah dah jadik Musim Pameran Pengantin.

Abah beritahu, kelmarin; 06.06.09 dia terima 19 jemputan kahwin. Yang dia sempat pergi, hanya 5 buah rumah. Itu belum masuk semalam punya jemputan. Hujung minggu depan pun banyak jugak.


Berderet-deret.


Aku pun tak ketinggalan buat marathon menghadiri majlis kahwin. Seboleh-bolehnya, memang nak pergi semua, tapi kalau dah bertembung dengan banyak sangat majlis, nak tak nak, terpaksa jugak susun ikut prioriti. Saudara mara perlu diutamakan, lepas tu barulah kawan-kawan. Jadik, aku mohon maaf kalau ada undangan yang tak dapat dipenuhi.


Satu lagi masalah bila masuk bab nak bagi hadiah. Kalau dah ramai kawan naik pelamin serentak, mau kopak jugaklah :p Minggu lepas, habis aku geledah tiap pelosok Ikea carik hadiah untuk pengantin. Beli sekali untuk 4-5 orang pulak tu. Budget pun ketat. Faham-faham je lah betapa payah aku nak carik. Nak barang yang canggih-canggih tapi nak stok yang murah-murah je. Celah mana kau nak dapat?


wow 003

Akhirnya, jumpa jugak apa yang dicarik. Cutlery set. RM 16 sahaja. Dah siap-siap duduk elok dalam kotak yang kiut. Tinggal ikat reben je. Jimat. Takyah nak beriya-iya sampul bagai. Kang habis dikoyak jugak. hehe



Isu BUMPER Kahwin : Kalau macam ni lah kes nya, mau aku bankrap tiap kali datang musim cuti sekolah.

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Pengantin Baru.

Semakin hari, semakin ramai wedding bloggers yang meninggalkan alam bujang masing-masing. Sama-sama join kelab isteri-isteri orang sama macam aku :p


Bloggers pengantin yang sama-sama menyokong ISU BUMPER KAHWIN masa mula-mula baru bukak dulu macam Hidayu’s Journal, Misi 28 May, Hidden Stories, Misi 5 April, Life Love & Learning dan Tepung Pelita semua dah selamat. Bulan Jun ni pulak, Kak Aziyana, Hanie, Nano, Anil dan beberapa orang lagi akan menyusul.


Jadi, istimewa untuk kamu yang sentiasa setia menjenguk ISU BUMPER KAHWIN ni, aku nak share tips yang jarang-jarang sekali aku nak cerita. heeeee


1. Baru-baru lepas kahwin, macam-macam perasaan aneh yang kamu akan rasa. Kadang-kadang, nak nangis pun ada. Nasihat aku, kalau nak nangis, nangis je. Rasa nak marah, marah je. Rasa jeles ke apa, luahkan je. Jangan simpan dalam hati. Kalau boleh cerita kat suami, cerita. Sikit sebanyak, akan buat kamu rasa lega.


2. Kalau citarasa berbeza dari segi pilihan dekorasi rumah ataupun pilihan makanan, belajar tolak ansur. Kalau tak boleh jugak, tetapkan peraturan. Contohnya, ruang tamu, kamu hias ikut citarasa kamu. Bilik tidur, ikut citarasa dia pulak. Jangan nak keras kepala conquer semua perkara.


3. Untuk tempuh malam pertama (ehem) Tak semestinya, siang nikah, malam nya terus 'on' je. Perlukan ruang dan jugak masa. Jangan malu berinteraksi. Nak malu apa lagi. Kan tu suami kita. Beritahu apa yang kita suka, dan kita tak berapa nak suka. Orang lelaki ni, mane reti nak meneka hati kita, orang perempuan. Kalau tak larat, tak tahan sakit ke, penat dan sebagainya, beritahu. Jangan tanggung sendiri. Nanti makan hati di kemudian hari.


4. Kalau ada sikap atau perkara yang kamu kurang setuju dilakukan oleh kalangan kaum keluarga suami, pun beritahu. Tapi, dengan cara yang paling berhemah sekali. Walaupun suami takde kuasa nak ubah apa-apa, sekurang-kurangnya, suami faham yang kita tak berapa selesa dan dia akan bantu kita untuk belajar sesuaikan diri.


5. Kalau suami sedang marah, senyap. Dengar je. Lepas tu, salam cium tangan dan peluk dia. Mintak maaf. Jangan gaduh lama-lama. Bahaya. Ingat, syurga kat bawah kaki dia. Lain kali, ada masa dan hari sesuai, boleh balas dendam semula :p


Akhir kata, SELAMAT PENGANTIN BARU!


DSC_4636

Selangkah lagi ke alam indah penuh misteri untuk diterokai :))



Isu BUMPER Kahwin : Jangan lupakan kami kat ISU BUMPER KAHWIN, ye. issskk. Sedih pulak rasa.

Wednesday, May 13, 2009

Perkahwinan Suatu Kesilapan?

Dengan segala hormatnya, tajuk entri adalah dirujuk.


Kalau ada sesiapa perasan, kat message box sebelah, tempat korang melaung-laungkan mesej tu, ada satu mesej daripada pembaca Isu BUMPER Kahwin yang menggelar dirinya sebagai Iesz tanya pasal assignment yang diberikan oleh pensyarahnya. Tajuk assignment dia tu, semacam kontroversi sikit iaitu PERKAHWINAN SUATU KESILAPAN.


image

Tergamam kejap aku. Tak tahu nak jawab macam mana. Bila ditanya kesilapan yang macam mana, dari sudut apa, masih belum dapat jawapannya.


Jadi, makin buntu aku dibuatnya.


Untuk pengetahuan Iesz, aku bukanlah pakar runding pasal perkahwinan cerai rujuk mahupun siapa-siapa. Merujuk aku untuk dapatkan fakta tentang isu tu, kurang tepat rasanya. Aku tak punya dalil ataupun nas yang kukuh untuk hujahkan isu tersebut. Lebih baik dia berjumpa dengan mana-mana pakar runding yang punya lebih ilmu di dada dan panjang akalnya.


Namun begitu, untuk tidak mengecewakan Iesz, aku cuba jugak bagi pendapat berdasarkan kepada pengalaman yang sekelumit cuma. Diingatkan sekali lagi, ia cuma pandangan peribadi saja.


DSC_0629

Perkahwinan adalah satu anugerah nikmat tak tenilai daripada Yang Maha Esa.


DIA memberikan kita laluan dan cara untuk berkongsi kasih sayang sesama manusia secara halal serta di redhai oleh-Nya. Seterusnya, melahirkan zuriat bagi memastikan kemandirian hidup kita di muka bumi ni. Perkahwinan umpama pintu ke arah suatu penghidupan baru. Melalui perkahwinan, kita tambah tanggungjawab, tambah kasih sayang, tambah ahli keluarga, tambah punca rezeki, tambah harta, tambah segala-galanya.


Pokok pangkalnya, terpulang kepada cara pengemudian sesebuah perkahwinan. Kalau nakhoda berwibawa, anak kapal pun mendengar kata, maka eloklah pelayaran hidup berumahtangga. Namun, kesilapan tetap boleh berlaku. Sama ada dari segi pilihan pasangan, buat keputusan, perancangan keluarga, pengurusan kewangan, kesihatan dan sebagainya.


Mana ada manusia sempurna, kan?


Sebab tu lah kita sentiasa diingatkan untuk belajar daripada kesilapan, agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Justeru, hanya atas beberapa faktor kecil yang berpunca daripada kealpaan dan kelemahan diri sendiri, adalah tidak wajar kita nak jatuhkan hukum betapa perkahwinan tu suatu kesilapan.


Cukuplah.


Memandangkan usia perkahwinan yang belum cukup ranum, dan masih muda umurnya, tak layak rasanya untuk aku bercakap panjang lebar. Mungkin ada orang kat luar sana pernah melalui alam perkahwinan yang tidak menyenangkan, akan kata perkahwinan dia suatu kesilapan dan lebih layak untuk mengupas isu ni.


Pembaca Isu BUMPER kahwin yang lain, macam mana kamu rasa?

Betul ke perkahwinan tu suatu kesilapan?


Isu BUMPER kahwin : Persediaan mental & fizikal sangat penting. Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kahwin? Lu fikir lah sendiri :p

Tuesday, April 28, 2009

D.I.Y : Hiasan Bilik Tidur Pengantin.

Satu perkara yang tak boleh lari dalam urusan persiapan perkahwinan.


Tak kiralah majlis dibuat kat rumah ke, dewan serbaguna ke, restoran bora ombak ke, hiasan bilik tidur pengantin tetap masuk dalam senarai-perlu-dibuat. Ye lah kan, nak jugak ambil gambar posing maut baik punya kat dalam bilik tidur pengantin especially atas katil. Bila lagi, kan? Satu lagi, takkan lah nak melayari malam pertama bergelar suami isteri kat bilik bujang yang kita dok tepek jadual berkala dengan poster Avril Lavigne merata tu kot :p Tak stim lah. ngeeeee


Ramai dah tahu yang aku dulu banyak D.I.Y sendiri termasuklah dalam menghias bilik tidur pengantin. Kalau nampak macam tak siap je, faham-faham lah ye. Kita main kitar semula je apa yang ada. Asalkan ikut tema, konsep dan bajet tak lari.


show-picture05

Ni lah konsep bilik tidur yang menjadik igauan siang dan malam. Simple-neat-sleek-elegant concept. Ala bilik hotel gitu. Tapi, bila dikaji balik, macam simple sangat lah pulak kan. Nak rasa bilik ala hotel, honeymoon kang boleh apa. Jadik, terkubur saja impian nak bilik pengantin macam ni. Tapi, takde lah kempunan sangat sebab lepas kahwin, aku gigih jugak nak hias bilik jadik macam ni. Nak jugak feel tidur kat bilik hotel walaupun kat rumah sendiri. Barulah rasa macam tengah honeymoon tiap hari, kan :p


8606670

Satu lagi rujukan hiasan bilik tidur pengantin. Berkenan betul dengan konsep simplicity yang diterapkan. Dan sekali tengok, orang tahu lah ni bilik tidur pengantin. Takdelah macam gambar yang atas tadi. Tang kelambu tu macam best je, kan? Boleh main baa-baa-cak dengan encik suami. hiksss *gatai noo*


room

Yang ni, aku berkenan dengan idea letak gambar potret kat tengah-tengah kepala katil. Lain daripada yang lain, gitu. Sweet je. Selalu orang letak gambar konvokesyen tapi, rasa macam kurengg je bila gantung kat bilik tidur pengantin. Suka jugak kat idea susun bantal kecik yang selari dengan warna tema untuk pecah dominasi warna putih kat bilik tu. Takde lah nampak macam wad hospital, kan? Putih je merata-rata.


Terima kasih kat semua sumber gambar di atas *tak ingat dah dapat dari mana. Main google je.* Hasil gabungan idea daripada rujukan di sana-sini, sambil mengubahsuai ikut citarasa sendiri, maka terhasillah bilik tidur pengantin yang sebegini...

.

.

.

raya 009

Macam biasa lah, jauh panggang dari api :p

Tang idea gantung potret tu je lah yang menjadik kot. Kelambu bagai nan ado. Tirai tu semua pinjam mak andam punya. Nak jahit sendiri? Tak kuasa. Bajet pun takde. Bantal-bantal kecik pun tak jadik beli. Macam membazir pulak. Sudahnya, guna bantal guling je.


raya 007

Set cadar pulak, aku tak beli set cadar satin corak kerawang awan larat yang makan harga sampai 5, 6 ratus tu. Beli kat Jusco je. Itu pun ambik yang stok diskaun sampai 70%! Material luar dia thai silk kalau tak silap tapi yang dalam tu 100% cotton. Boleh pakai sampai sekarang. Karpet tu pulak, beli kat Ikea. Saja nak bagi nampak ala-ala luxury sikit lah kan. Sikit pun jadik lah, dah barang lain semua pakai yang murah-murah dan kitar semula je :p


DSC_3919

Ni elemen-elemen wajib dalam hiasan bilik tidur pengantin.

1. Lampu tidur malap - Nak bagi nampak cosy dan sexy! *ngeee* Pun beli kat Ikea je. RM 9.90 ke RM 19.90. Tak ingatlah pulak.

2. Gubahan Bunga - Bunga segar boleh, bunga tak berapa nak segar pun ok. Asal kena gaya, nak bagi sedap mata memandang. Romantik pun iye.

3. Pewangi - Kenalah bagi bau-bauan yang harum. Barulah lagi seksi :p Selain lilin wangi, boleh jugak guna cara lagi senang dan selamat. Pewangi Ambi Pur yang dalam kotak kaca tu. Macam-macam bau ada. Harga dalam RM8 kot. Tak ingatlah. Dah habis, boleh beli refill je. Kalau dapat yang jenis pewangi ada aromaterapi tu lagi best. Dapat rehatkan badan dan minda yang letih lepas seharian penat kenduri kahwin sambil ada orang tolong picitkan kepala. ehem. *Bahagia gila*


random 063

Bagi yang gemarkan bau-bauan semulajadi, boleh jugak buat bunga rampai. Bau yang sangat sinonim dengan bilik tidur pengantin. Nak membuatnya pun bukan susah. Boleh letak kat sudut atas meja solek. Dah tak payah susah-susah nak gubah bunga ke apa lagi.


Nak hias lagi canggih daripada ni pun boleh apa. Nak gantung chandelier jurai-jurai ke, gantung layah jela-jela, tirai sana tirai sini. Fulus ada, semua boleh. Jangan sampai berhutang sudah lah. Kang kemain hias bilik bagai nak rak, tidur tetap tak lena sebab sibuk fikir hutang keliling pinggang. Nak kahwin grand punya pasal.


Apa-apa pun, tepuk poket, tengok duit dulu!



IsuBUMPERkahwin : Penat memang takyah cerita lah kalau bab D.I.Y semua benda dari A sampai Z. Tapi, perasaan excited nak jadik pengantin yang sibuk buat persiapan sendiri ni tak boleh dibeli kat mana-mana dan mungkin akan jadik satu pengalaman yang berlaku sekali je dalam seumur hidup kita. Dan percayalah, tak keterlaluan kalau dikata yang satu hari nanti, kita akan rindukan semua perasaan ni. Enjoy every moment to the fullest!

Tuesday, April 21, 2009

Tilam & Bantal : Dugaan Alam Pertunangan.

Lepas baca kat blog Diah, Dayu dan Hidd pasal dugaan alam pertunangan, tiba-tiba teringat satu lagi email yang pernah dapat daripada En. Shuth Maskahwin.com. Best kan dia ni? Banyak betul info aku dapat sejak beli e-book Maskahwin yang Hilang tu.

Nak panjangkan lagi ilmu yang ada, macam biasa aku kongsi kat sini. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan, gitu. Ini pun sekadar pandangan peribadi beliau. Terpulanglah pada penerimaan masing-masing, ok.

Mempersembahkan...


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perihal dugaan di alam pertunangan.

Kata orang, alam pertunangan ini banyak dugaannya, dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya, apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin terpaksa dilalui itu?

Sewaktu sebelum saya bertunang dahulu, saya membayangkan dugaan itu akan datang dari pihak ketiga. Sama ada, orang lain yang tiba-tiba muncul menganggu perhubungan pertunangan kami. Ataupun dugaan daripada pihak keluarga seperti ibu, bapa, atuk, nenek, atau sedara-mara yang mungkin tidak berpuas hati dengan ikatan pertunangan kami.

Namun begitu, sangkaan saya itu sedikit meleset.
Sebenarnya, ujian & dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan bukanlah berpunca daripada orang atau pihak lain tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri.

Antara dugaan yang terbesar sewaktu di alam pertunangan ini adalah dugaan melawan hawa nafsu yang semakin melonjok-lonjak. Maklumlah, orang kata, apabila sudah bertunang ini, sebelah kaki dah melangkah ke alam rumahtangga.

Namun begitu, apa yang perlu kita faham, ikatan pertunangan tidak lagi menghalalkan apa-apa pun antara lelaki dan perempuan.

Sudah bertunang, tidak bermaksud anda sudah boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi.
Sudah bertunang juga tidak bermaksud anda sudah boleh bertepuk tampar, bercium-ciuman atau pun berpeluk-pelukan di khalayak ramai.

Ramai pasangan bertunang yang terkeliru tentang hal ini.
Pada pendapat mereka, "Alah.. kan dah tunang, apa salahnya?"
Ops!.. anda sudah silap..
Ia sememangnya sesuatu yang salah!

Tujuan saya memberitahu anda hal ini adalah kerana ingin menyedarkan anda, bahawa dugaan alam pertunangan itu sebenarnya bukan sahaja datang dari luar, tetapi ia juga boleh datang dari dalam diri anda sendiri.

Jadi, bersiap-sedialah!
Sama ada dari segi kekuatan iman mahupun kekuatan kewangan.
Kalau kuat kewangan, insyallah tempoh pertunangan itu dapat dipendekkan, sekaligus dapat mengurangkan dugaan-dugaan tersebut.

Yerla, duit semua dah cukup, buat apa nak tangguh-tangguh lagi yer tak? kahwin je terus, habis cerita! Insyallah tenang sedikit hati yang sedang bergelora itu.

Jadi, jaga iman anda dan jagalah ikatan pertunangan anda.
Jangan tension-tension dan banyakkan berdoa memohon Allah.
Permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup anda untuk menuju gerbang perkahwinan.


Dah kahwin, nak buat aksi lebih ganas daripada ni pun tak apa :p



IsuBUMPERkahwin : Tu perspektif daripada pihak lelaki. Mungkin kita yang perempuan ni banyak fikir dugaan dari sudut lain kot sampai terlepas pandang pasal dugaan yang satu ni. Dalam Islam pun dah beritahu, nafsu lelaki tu hanya satu dan kamu tahulah apa dia, kan? Sendiri mau ingat :D

Tuesday, April 14, 2009

Merenjis-renjis dipilis.

Saja nak kongsi satu lagi perkara remeh yang orang selalu terlepas pandang dalam majlis perkahwinan. Bagi sesetengah tempat atau keluarga yang kuat berpegang pada adat resam, mungkin tak berlaku kot. Tapi, berdasarkan kepada pengalaman sendiri, aku tetap nak berkongsi agar perkara yang sama, tak diulang tayang oleh kamu semua yang tetap setia menyumbang idea dan sudi berkongsi cerita kat sini :)


Pasal barang-barang / bahan / peralatan merenjis.


Benda kecik macam ni, kalau takde orang yang ingatkan, memang boleh terlupa. Ada lah nanti dah last minute baru terhegeh-hegeh nak cari. Biasanya, digunakan untuk merenjis pengantin pada malam majlis berinai ataupun semasa bersanding. Biasanya jugak, disediakan oleh khidmat andaman kira sekali pakej dengan pelamin lah. Tapi, ada jugak yang tak sediakan sekali. Terpaksa lah kita pulun D.I.Y buat sendiri.


raya 011

Macam ni lah biasanya rupa peralatan merenjis tu. Datang dalam bekas tembaga siap ada stand dan dulang sekali untuk diletakkan kat depan pelamin.


Apa bahan-bahan yang diperlukan untuk isi bekas tembaga ni?


1. Bekas tinggi bermuncung tu, untuk isi air mawar. Air mawar boleh beli kat Mydin atau mana-mana kedai runcit berdekatan. Alternatif lain, boleh isi dengan air paip biasa. Lepas tu, sembur air tu dengan minyak wangi. Selesai satu masalah :p


Bekas tembaga selebihnya, untuk diisi dengan beras kunyit, bancuhan kapur dan bunga rampai. Ini pun, kalau tak dapat buat yang betul-betul macam nenek moyang kita buat dulu pun tak apa. Aku ada alternatif lain yang baik punya. Hidup mesti kreatif, kan? :p


2. Untuk beras kunyit, senang je. Gaul segenggam beras dengan bancuhan serbuk kunyit. Biar kejap sampai beras bertukar warna kuning. Keringkan dulu sebelum masukkan dalam bekas tu, ye.


3. Alternatif bancuhan kapur pulak, mana lah tau kot-kot tak jumpa kapur sirih tu, kan. Boleh gunakan sedikit bedak talkum tak kisahlah jenama Safi ke Cutticura ke, bancuh dengan air paip sikit.


4. Bunga rampai pulak, kalau dah tak sempat sangat nak hiris daun pandan dan gaul dengan bunga-bungaan segar, guna je pot pouri. Pun boleh jugak. Jangan risau. Takdenya dia melompat keluar kalau kamu letak dalam bekas tu nanti :p


Kalau takde bekas tembaga untuk merenjis tu, jangan susah hati. Guna je apa-apa bekas yang ada di rumah. Macam mangkuk-mangkuk kecik jernih yang selalu dapat percuma kalau beli ubat gigi Colgate tu pun takpe. Tak payah susah-susah nak membazir duit beli. Pakai pun sekejap je. Buat syarat, kata orang.


Lain tempat, lain adatnya. Mungkin kat tempat kamu, orang tak isi dengan benda-benda yang disebut tadi untuk merenjis. Mana tau letak duit syiling takpun gula-gula Sugus ke. Jangan lupa kongsi sama-sama, ye!


IsuBUMPERkahwin : Lain padang, lain belalang.

Friday, April 10, 2009

D.I.Y : Kad Kahwin.

Ada pembaca senyap yang hantar email tak berapa lama dulu. Tanya pasal kad kahwin. Mintak maaf. Lambat jawab. Aku buat keputusan, nak jawab kat Isu BUMPER Kahwin. Boleh kongsi ramai-ramai, kan?


Terlebih dulu, mintak maaf kalau tak dapat bantu sepenuhnya. Entri ni dibuat semata-mata atas dasar sekelumit pengalaman yang ada. Satu lagi, hasil kerja kreatif dan reka bentuk kat sini adalah hasil carca merba seorang amatur. Faham-faham je lah kalau ada kurang di sana-sini. Saya budak baru belajar :p


card copy

Mula dengan proses merekabentuk design dan layout kad kahwin. Ambil masa yang agak lama jugak lah nak menyiapkannya.

Dari kiri : 1. Gambar asal.

2. Selepas di edit guna Adobe Photoshop 7.0

3. Design rujukan.

4.5.6.7. Proses metamorfosis kad selepas melalui pelbagai peringkat suntingan.

8. Design akhir.


prewed 017

Taa daaa!! Selepas dihantar untuk printing kat kedai Kanda Dinda pada harga RM 0.90 sekeping. Nak senang, tempah online je. Bagi bakal pengantin sekitar KL, boleh jugak datang dan tengok sendiri koleksi kad kahwin yang ada secara live kat Bandar Puteri, Puchong.

Syarikat orang Melayu ni. Highly recommended! Macam-macam ada!


prewed 018

Pakej siap sekali dengan customised envelope. Tapi, takde lah semua kad kahwin aku pulun tempah printing sini. Bankrap oi. Selebihnya, print sendiri guna kertas A4. Dah kata pun kahwin bajet, kan. Berjimat lah selagi boleh.


save3

Satu lagi cara nak berjimat. Manfaatkan segala bentuk teknologi canggih yang ada sekarang ni. Ini kad jemputan virtual ataupun e-kad kahwin untuk di attach kat email, blog, friendster dan MMS. Pun buat sendiri terkedek-kedek guna Photoshop.


none 023

Lepas habis majlis, kalau masih ada saki baki kad kahwin, jangan buang, tau!

Boleh recycle. Contohnya macam ni haa. Jadikkan sebagai kad ucapan untuk ditepek atas kotak hadiah kahwin sepupu masa dia kahwin bulan lepas. Gigih aku liquid tarikh kahwin kat kad tu bagi tinggal nama je. Biar lah nampak over tepek muka kamu laki bini kat hadiah kahwin orang lain. Asalkan jimat, dek non :p


Macam mana kalau tak pandai guna Photoshop?

Tak kreatif pulak?

Jangan risau.


Zaman sekarang makin mudah. Semua benda dah sedia ada. Tinggal nak mencarik je kat mana. Ni ada satu lagi cadangan berguna. Pergi kat laman web Easy Kad Kahwin. Tapi, kena melabur duit sikitlah untuk dapatkan software untuk buat kad kahwin sendiri. Tak mahal pun. Nak guna pun sangat mudah. Ada banyak pilihan template sedia ada. Yang kerawang awan larat, bunga-bunga, sebut je nak apa. Tinggal nak edit ikut citarasa masing-masing.


Lagipun, ia sangat berbaloi untuk kegunaan jangka masa panjang. Kamu boleh buatkan kad kahwin untuk adik-adik pulak ke lepas ni. Takpun, boleh bukak bisnes kad kahwin sendiri. Siapa tahu, kan? Kalau kat kedai, upah design art work bagi kad kahwin customised dah boleh cecah sampai RM 50 tau.


Lain-lain laman web kad kahwin online yang dicadangkan:

KadKahwinku.com

Jentayu Design

KadLawo.com

eKadKahwin.com

Walimah.net


Cukuplah.

Takkan nak list kan satu Malaysia punya galeri kad kahwin kot. Ini pun direktori yang ada dalam simpanan je. Buat rujukan satu masa dulu. Mungkin kamu ada suggestion kedai kad kahwin online yang lagi best, macam biasa lah, kongsi sama-sama kat sini, ok. Korang memang best lah!


IsuBUMPERKahwin : Kadang-kadang macam terkilan jugak dengan orang yang beriya-iya mintak kad kahwin, lepas tu tak muncul pun kat majlis kita. Bukannya apa, buat kad ni pun melibatkan sebahagian besar kos perkahwinan. Jadi, berpada-padalah. Dicadangkan, hantar kad kat orang yang betul-betul rapat dan boleh meluangkan masa untuk hadir ke majlis kita. Buat senarai siap-siap. Takdelah kita membazir sampai beribu ringgit untuk buat kad jemputan semata-mata.

Thursday, April 2, 2009

Tilam & Bantal : Nak beli apa dulu ni? (sambungan)

Entri ini adalah susulan Slot Tilam & Bantal yang lepas.

Selepas berhempas-pulas menggodek email, barulah dapat akses semula tips dan pendapat En. Shuth daripada Maskahwin.com pasal isu nak beli apa dulu lepas kahwin nanti.

Mempersembahkan...


Pertama sekali, apa yang perlu kita fahami ialah, setiap orang mempunyai tahap keselesaan, cara pemikiran serta persekitaran hidup yang berbeza-beza.

Oleh itu, sudah pastinya, jawapan bagi soalan yang berbentuk "pendapat" seperti ini akan mempunyai jawapan yang berbeza-beza. Tiada jawapan yang salah atau betul bagi soalan seperti ini.

Bagi sesetengah orang, menikmati masakan si isteri itu adalah perkara yang sangat penting dan mampu memberikan kebahagiaan.

Bagi sesetengah orang yang lain pula, suasana duduk berdua-duaan sambil menonton rancangan TV kesukaan adalah lebih menyeronokan.

Tapi, bagi saya, suasana berdua-duaan di atas katil yang empuk dengan suasana lampu yang malap itu, adalah suasana yang lebih menyeronokkan dan membahagiakan.
.. ho! ho! ho!..
Maaf, jika saya membuatkan diri anda berasa lebih ghairah dan tidak sabar-sabar untuk berkahwin.

Sekarang, baru saya tahu, mengapa ibu-bapa saya dahulu, sibuk menyuruh anak-anak mereka (termasuk saya) yang ingin mendirikan rumahtangga, membeli set bilik tidur sempena perkahwinan mereka. Rupa-rupanya, disitulah bermulanya rahsia kebahagiaan & kenikmatan hidup berumahtangga :)

Namun begitu, seperti yang saya nyatakan di atas, setiap orang mempunyai pandangan serta bajet yang berbeza-beza. Adalah baik juga, jika anda dapat melengkapkan kesemua ruangan rumah anda dengan perkara-perkara yang asas seperti, hanya tilam di bilik, hanya TV di ruang tamu, dapur & tong gas di dapur dan sebagainya.

Apa-apa pun, bijaklah berbelanja dan merancanglah bajet anda dengan teliti.

Kehidupan rumahtangga anda baru sahaja bermula, masih banyak lagi masa dan cabaran yang perlu di hadapi.



Macam mana? Dah beli set bilik tidur, belum? :p



IsuBUMPERkahwin : Selain masa berdua-duaan dalam bilik, duduk lepak tengok TV berdua sambil baring kat riba dan rambut dibelai pun merupakan momen suami-isteri yang paling romantik bagi saya! :)

Thursday, March 26, 2009

Aturcara Majlis Pernikahan.

Selain atas permintaan, entri ini dibuat hasil pemerhatian dan pengalaman aku sepanjang menghadiri majlis pernikahan serta selepas diri sendiri bergelar raja sehari.

Perkara yang orang nampak macam remeh TAPI penting sebenarnya.


Tentatif program sepanjang majlis pernikahan.

DSC_3421

Sila ambil perhatian wahai bakal pengantin sekalian! Kalau tak dapat ingat, ambik kertas dan pen, salin siap-siap. Aku dulu, takde orang nak ingatkan. Bila dah sampai hari kejadian, huru-hara jugak jadiknya. Siap yang terasa hati pun ada.


Majlis pernikahan lebih bersifat kekeluargaan. Semua ahli keluarga terdekat berkumpul untuk meraikan kita pada waktu ni. Jarang sekali ada kawan-kawan turut serta melainkan yang betul-betul rapat dengan kita.


Masa ni, setkan siap-siap kat kepala kamu dan pasangan tentang aturcara yang akan berlaku. Lepas ni buat apa, lepas tu apa. Lagi bagus, dah siap catat awal-awal dan dijelaskan kepada ahli keluarga terdekat. Takdelah nanti mak kamu cakap gini, ayah kamu pulak suruh buat gitu, Mak Long pulak tiba-tiba masuk campur sekali masa majlis nanti. Kamu jugak yang tension. Tak tahu nak ikut cakap siapa.


Memang pening dan stress,ok!


Cukup-cukuplah stress masa buat persiapan dulu. Masa hari kejadian, kita nak jugak rasa bahagia dan gembira, kan. Dah lah nak kena control cun sepanjang masa. Jadi, kena lah jadik sedikit teliti dalam hal yang sesetengah orang anggap remeh ni.


Sebelum akad nikah :

1. Pastikan sentiasa ada pengapit duduk di sebelah.

Pengantin perempuan terutamanya. PENTING! Untuk lapkan peluh, adjust veil yang panjang berjela masa nak duduk atau bangun, tolong alih-alih barang/kusyen tempat bertimpuh tu in case nak kena ubah tempat duduk ke apa. Lagipun, tak manis lah kalau pengantin perempuan duduk sorang-sorang. Dia pun tau segan jugak. Kalau nak kena bangun, berjalan untuk mintak IC pengantin perempuan ke apa, biar suruh pengapit yang buat. Pengantin duduk diam-diam sudah. Dah nama pun raja sehari, kan?


2. Sediakan IC / kad pengenalan.

Keluarkan siap-siap daripada dompet. Mintak tolong pengapit pegangkan. Nanti tok kadi mintak, tinggal hulur je.


3. Duit upah.

Untuk pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah tok kadi. Ada sesetengah tempat, saksi pun nak kena bagi saguhati. Tanya siap-siap kat wakil pihak perempuan pasal hal ni.


4. Solat sebelum nikah

Kalau buat kat masjid, lebih afdhal ditunaikan solat ni. Niat dan cara mengerjakannya aku ada tepek kat tips raja sehari sebelum ni.


5. Senyum! Senyum! Senyum!

Kot iye pun berdebar-debar, janganlah sampai muka masam mencuka tengok kamera. Satu lagi, kalau tengah duduk bertimpuh lama-lama tu, tiba-tiba kaki jadik kebas ke, tukarlah position dengan cara sehabis sopan. Jangan paksa diri menahan. Ada pulak kes pengantin kejang kaki sebab bertimpuh lama sangat kang.


Semasa akad nikah :

1. Khutbah nikah

Yang ni aku tak berapa sure. Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas. Ikut tempat lah kot. Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan. Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan tempat pengantin lelaki dan tok kadi. BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye! Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini. Nanti kamu upah lah dia dengan baju baru barang selai dua :p


2. Bacaan taklik

Lepas akad nikah, ada bacaan taklik. Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la. Mula-mula, pengantin lelaki lepas tu baru yang perempuan. Kalau tiba-tiba kena baca dalam tulisan Jawi, pandai-pandai kamu lah. Get ready je.


3. Keluarga Sakinah.

Bagi orang Johor, benda ni dah biasa. Macam proses penyerahan penjagaan dan tanggungjawab oleh keluarga sebelah perempuan kepada pengantin lelaki. Adalah nanti yang lelaki kena pegang ubun-ubun kepala isteri sambil buat akujanji, wali dan ibu kena baca ikrar penyerahan, pengantin perempuan pulak baca ikrar pelepasan mintak halal air susu ibu bagai. Pendek kata, memang sandiwara semasa lah biasanya. Siap-siap lah letak sekotak tisu kat sebelah, ye.


4. Solat lepas nikah.

Siap je semua ni. Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah. Sila rujuk tips raja sehari ni untuk niat dan cara mengerjakan.


Selepas akad nikah :

1. Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran.

Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni. Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.


2. Upacara pembatalan air sembahyang.

Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai yang nak digunakan dalam upacara ni. Kalau sarung cincin takde masalah rasanya. Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke. Takdelah sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p


3. Bersalaman + cium tangan suami.

Ni lah yang dinanti-nantikan kamu semua, kan? Eleh, malu-malu tak nak mengaku pulak. Memang saat paling syahdu, gitu! Salam tangan macam biasa dan ciumlah. Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama. Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar. Apa boleh buat. Layankan aje. Yang penting gambar cun, kan.


4. Cium dahi.

Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok. Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak. Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak, setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konom macam diorang yang suruh la :p Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari. Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti. Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.

Cara-caranya? Ikut tips yang Nano bagi, sebelah tangan pegang bahu pengantin perempuan, sebelah lagi pegang dagu dia. Saling memegang tangan satu sama lain pun boleh. Barulah dapat cium kat dahi isteri. Bukannya cium tudung macam Mawi dengan Ekin dulu :p


DSC_3482


5. Bersalaman dengan ahli keluarga.

Tang ni pun ada protokolnya. PENTING! Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati. Lepas selesai semua, pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin. Mulakan dengan wali, mak ayah sebelah perempuan atau mak ayah sebelah lelaki. Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain, bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu. Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.


Itulah kot serba sedikit hasil pemerhatian dan pengalaman aku tentang aturcara majlis pernikahan. Nampak macam remeh, tapi kalau tak kena gaya, boleh jadik isu jugak nanti. Kalau ada terkurang atau tercicir kat mana-mana, boleh lah kamu tolong top up kan kat komen nanti ye.


Lepas baca, jangan lupa sampaikan kat bakal pengantin lelaki kamu. Biasalah, orang lelaki mana suka nak baca benda-benda macam ni. Selaku bakal pengantin perempuan yang dedikasi, kitalah bertanggungjawab untuk memberitahu. Biarlah dia nak kata leceh ke apa, yang penting, majlis kita nanti berjalan dengan baik tanpa sebarang rasa tak puas hati mahupun kontroversi =)


IsuBUMPERkahwin : Sediakan payung sebelum hujan kan lagi baik daripada dah basah lencun baru nak terkial-kial carik payung.