Friday, June 19, 2009

Gagal Merancang Samalah Macam Merancang untuk Gagal.

pre 039

Seminggu sebelum majlis.

White board kat rumah penuh dengan tulisan. Sampaikan terpaksa buat ‘extension’ guna kertas mahjong.


Perkara paling utama yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin sekalian. Sebaik je kamu dah dapat tarikh nikah dan resepsi yang tepat untuk kedua-dua belah pihak, pastikan perkara utama yang kamu buat adalah tetapkan agenda/aturcara majlis bagi setiap hari yang terlibat. Contohnya, aturcara majlis nikah, berkhatam, berinai dan bersanding. Tetapkan siap-siap tarikh, masa semua.


Lagi bagus, kalau dapat buat secara details.


Macam dalam jadual yang ada kolum tarikh, masa, aturcara, tempat dan tindakan siapa. Mudah untuk rujukan semua. Sebagai contoh, nikah berapa haribulan, kat mana, pukul berapa, siapa yang perlu ada, barang apa nak bawa, menu makan apa etc.


Perlu diingat, semasa hari kejadian, kamu tak sempat pun nak pantau semua perkara. Jadi, dengan adanya agenda yang dah siap sedia lengkap dengan masa semua, takdelah saudara mara ataupun orang di belakang tabir majlis kamu terpinga-pinga, lepas ni buat apa, lepas tu apa.


Contohnya, macam Jadual Kerja (tajuk yang Abah aku tulis kat atas tu) masa majlis aku dulu. Siaplah ada tulis 2.10.08 ; rebus telur. Betul. Nampak macam benda kecik tapi, bila dah kelam kabut dan ramai-ramai orang, semua benda pun boleh lupa. Sekurang-kurangnya, dengan adanya jadual kerja macam ni, boleh pastikan majlis kamu sentiasa keep on track.


Jadi, apa tunggu lagi? Rancanglah majlis perkahwinan kamu dengan sebaik-baiknya. Nak dapatkan panduan lebih lanjut dan pendapat profesional, boleh jugak dapatkan eBook Majlis Impian ni. Sangat berbaloi untuk dimiliki :)



Isu BUMPER Kahwin : Kita hanya mampu merancang, Tuhan jugak yang Maha menentukan.

7 comments:

  1. warghh betul tu.. kne ade wedding planer.. cr org yg close, misal nye..kakak ke..

    sempat pomote dia

    ReplyDelete
  2. wow! terpegun tgk tentative majlis...

    saya takde whiteboard! nk whiteboard jugak!

    ReplyDelete
  3. i mmg pk nk buat plan cmni tp xterpk nk tules kt whiteboard..
    tp idea ni bgs jgk,sume org leh tgk,sume org aware aqpe dorg kene buat

    ReplyDelete
  4. farhanna :
    wah. untung awak. tak payah susah2 nak upah org luar.

    yunayuni :
    jgn lupa buat tau, awak.

    jehan :
    tu baru sikit je, awak. beli beli. sgt berguna tau. huu

    fara :
    betul. senang sikit. takde kite nak kena jadik tape recorder dok ulang -ulang tentatif program tiap kali org tanye.

    ReplyDelete
  5. memang betul pun....kitorg dulu...berhelai2 kertas A4 keluar.

    Perlu ade planning kalau nak kan semua teratur...

    ReplyDelete
  6. ebook majlis impian dah tak dijual la:( br nk bli..sape yg ader ebook majlis impian ye?kalo boleh share la ngn sy...ok,tq..

    ReplyDelete