Friday, April 10, 2009

D.I.Y : Kad Kahwin.

Ada pembaca senyap yang hantar email tak berapa lama dulu. Tanya pasal kad kahwin. Mintak maaf. Lambat jawab. Aku buat keputusan, nak jawab kat Isu BUMPER Kahwin. Boleh kongsi ramai-ramai, kan?


Terlebih dulu, mintak maaf kalau tak dapat bantu sepenuhnya. Entri ni dibuat semata-mata atas dasar sekelumit pengalaman yang ada. Satu lagi, hasil kerja kreatif dan reka bentuk kat sini adalah hasil carca merba seorang amatur. Faham-faham je lah kalau ada kurang di sana-sini. Saya budak baru belajar :p


card copy

Mula dengan proses merekabentuk design dan layout kad kahwin. Ambil masa yang agak lama jugak lah nak menyiapkannya.

Dari kiri : 1. Gambar asal.

2. Selepas di edit guna Adobe Photoshop 7.0

3. Design rujukan.

4.5.6.7. Proses metamorfosis kad selepas melalui pelbagai peringkat suntingan.

8. Design akhir.


prewed 017

Taa daaa!! Selepas dihantar untuk printing kat kedai Kanda Dinda pada harga RM 0.90 sekeping. Nak senang, tempah online je. Bagi bakal pengantin sekitar KL, boleh jugak datang dan tengok sendiri koleksi kad kahwin yang ada secara live kat Bandar Puteri, Puchong.

Syarikat orang Melayu ni. Highly recommended! Macam-macam ada!


prewed 018

Pakej siap sekali dengan customised envelope. Tapi, takde lah semua kad kahwin aku pulun tempah printing sini. Bankrap oi. Selebihnya, print sendiri guna kertas A4. Dah kata pun kahwin bajet, kan. Berjimat lah selagi boleh.


save3

Satu lagi cara nak berjimat. Manfaatkan segala bentuk teknologi canggih yang ada sekarang ni. Ini kad jemputan virtual ataupun e-kad kahwin untuk di attach kat email, blog, friendster dan MMS. Pun buat sendiri terkedek-kedek guna Photoshop.


none 023

Lepas habis majlis, kalau masih ada saki baki kad kahwin, jangan buang, tau!

Boleh recycle. Contohnya macam ni haa. Jadikkan sebagai kad ucapan untuk ditepek atas kotak hadiah kahwin sepupu masa dia kahwin bulan lepas. Gigih aku liquid tarikh kahwin kat kad tu bagi tinggal nama je. Biar lah nampak over tepek muka kamu laki bini kat hadiah kahwin orang lain. Asalkan jimat, dek non :p


Macam mana kalau tak pandai guna Photoshop?

Tak kreatif pulak?

Jangan risau.


Zaman sekarang makin mudah. Semua benda dah sedia ada. Tinggal nak mencarik je kat mana. Ni ada satu lagi cadangan berguna. Pergi kat laman web Easy Kad Kahwin. Tapi, kena melabur duit sikitlah untuk dapatkan software untuk buat kad kahwin sendiri. Tak mahal pun. Nak guna pun sangat mudah. Ada banyak pilihan template sedia ada. Yang kerawang awan larat, bunga-bunga, sebut je nak apa. Tinggal nak edit ikut citarasa masing-masing.


Lagipun, ia sangat berbaloi untuk kegunaan jangka masa panjang. Kamu boleh buatkan kad kahwin untuk adik-adik pulak ke lepas ni. Takpun, boleh bukak bisnes kad kahwin sendiri. Siapa tahu, kan? Kalau kat kedai, upah design art work bagi kad kahwin customised dah boleh cecah sampai RM 50 tau.


Lain-lain laman web kad kahwin online yang dicadangkan:

KadKahwinku.com

Jentayu Design

KadLawo.com

eKadKahwin.com

Walimah.net


Cukuplah.

Takkan nak list kan satu Malaysia punya galeri kad kahwin kot. Ini pun direktori yang ada dalam simpanan je. Buat rujukan satu masa dulu. Mungkin kamu ada suggestion kedai kad kahwin online yang lagi best, macam biasa lah, kongsi sama-sama kat sini, ok. Korang memang best lah!


IsuBUMPERKahwin : Kadang-kadang macam terkilan jugak dengan orang yang beriya-iya mintak kad kahwin, lepas tu tak muncul pun kat majlis kita. Bukannya apa, buat kad ni pun melibatkan sebahagian besar kos perkahwinan. Jadi, berpada-padalah. Dicadangkan, hantar kad kat orang yang betul-betul rapat dan boleh meluangkan masa untuk hadir ke majlis kita. Buat senarai siap-siap. Takdelah kita membazir sampai beribu ringgit untuk buat kad jemputan semata-mata.

12 comments:

  1. idea recycle yg leftovers tu best pulak...tidak membazir hehehe

    ReplyDelete
  2. warghh bleh cut cost.. bagus.. bagus

    ReplyDelete
  3. haha..me to buat diy sndiri kad...btollah..mcm x bes kan..kalu bg kad, tp x dtg...dahlah setiap keping kad tu bagai nak rak mmbuatnye...uwaaa...

    ReplyDelete
  4. hidden wing : kan? kan? recycle semua benda yg ada. kalau boleh, bunga telur pun sy nak recycle kalau buat majlis potong jambul anak nanti :p

    farhanna : tu lah. cut cost selagi boleh.

    anil : mmg tak best pon. penat satu hal. duit pun pokai. tsk tsk. apa boleh buat, kang dikata kita tak menjemput pulak, kan. huu

    ReplyDelete
  5. okeh!!! akan buat senarai siap bagi mereka yang betul2 nak hadir. yang tak pasti tu mungkin boleh bagi kad biasa-biasa aje...T_T

    ReplyDelete
  6. org tangkak ke? =)

    hmm bab jemputan ni kalau fikir2kan sgt mmg akan sakit ati ~ esp yg beria2 kata nk dtg tp end up x muncul...

    x jemput org x tau, jemput tp x dtg...bab ni mmg kdg blh wt rasa serba salah

    ReplyDelete
  7. yess... dah dpt ide
    nak buat pe ngan kad yg lebih2 tu..

    i pu gigh design sendiri
    pastu membe tgk, dia tologn touch up kan
    pastu print sendiri
    ngan riben+sampul smua
    jatuh rm 0.20 sekeping

    ReplyDelete
  8. hana : kalau boleh, taknak lah beza2kan jenis kad, kan. tapi, dah bajet ketat, kena lah pandai2.

    mrs tepung : yup. sekampung ke kite?

    betul lah. kita nak menjemput pun, kena ikut budget gak. bukan semua kita mampu nak jamu makan. tapi, sebolehnya, mmg ikhlas menjemput semua org yg kita kenal. dtg atau tak, mknn cukup atau tak, itu belakang kira. huu

    dayu : congratz sbb berjaya berjimat! boleh jadik pengantin contoh ni. heee

    ReplyDelete
  9. wahh bagusnyaa kamuu.. rajin betull.. bagi card kalau org x dtg rasa cm............. harap2 laa org akan datang nanti...

    ReplyDelete
  10. esca,

    betul awak. rasa sedih pun memang tak boleh nak elak sebab kita macam put the whole efforts, kan. tapi, tak kisah lah. yg penting, hati puas :)

    ReplyDelete
  11. canteknye u pnya kad....
    kat mana nk cari software yg u ckp 2 eh? i klik kt ctu xdpt laa..
    excited nk design kad kawen for my sister..hehe :)

    ReplyDelete
  12. Kad kahwin lebih baik DIY utk jimat wang. Bagi cenderahati perkahwinan, beli yang murah dan dalam bujet perbelanjaan dah cukup.

    ReplyDelete