Tuesday, April 28, 2009

D.I.Y : Hiasan Bilik Tidur Pengantin.

Satu perkara yang tak boleh lari dalam urusan persiapan perkahwinan.


Tak kiralah majlis dibuat kat rumah ke, dewan serbaguna ke, restoran bora ombak ke, hiasan bilik tidur pengantin tetap masuk dalam senarai-perlu-dibuat. Ye lah kan, nak jugak ambil gambar posing maut baik punya kat dalam bilik tidur pengantin especially atas katil. Bila lagi, kan? Satu lagi, takkan lah nak melayari malam pertama bergelar suami isteri kat bilik bujang yang kita dok tepek jadual berkala dengan poster Avril Lavigne merata tu kot :p Tak stim lah. ngeeeee


Ramai dah tahu yang aku dulu banyak D.I.Y sendiri termasuklah dalam menghias bilik tidur pengantin. Kalau nampak macam tak siap je, faham-faham lah ye. Kita main kitar semula je apa yang ada. Asalkan ikut tema, konsep dan bajet tak lari.


show-picture05

Ni lah konsep bilik tidur yang menjadik igauan siang dan malam. Simple-neat-sleek-elegant concept. Ala bilik hotel gitu. Tapi, bila dikaji balik, macam simple sangat lah pulak kan. Nak rasa bilik ala hotel, honeymoon kang boleh apa. Jadik, terkubur saja impian nak bilik pengantin macam ni. Tapi, takde lah kempunan sangat sebab lepas kahwin, aku gigih jugak nak hias bilik jadik macam ni. Nak jugak feel tidur kat bilik hotel walaupun kat rumah sendiri. Barulah rasa macam tengah honeymoon tiap hari, kan :p


8606670

Satu lagi rujukan hiasan bilik tidur pengantin. Berkenan betul dengan konsep simplicity yang diterapkan. Dan sekali tengok, orang tahu lah ni bilik tidur pengantin. Takdelah macam gambar yang atas tadi. Tang kelambu tu macam best je, kan? Boleh main baa-baa-cak dengan encik suami. hiksss *gatai noo*


room

Yang ni, aku berkenan dengan idea letak gambar potret kat tengah-tengah kepala katil. Lain daripada yang lain, gitu. Sweet je. Selalu orang letak gambar konvokesyen tapi, rasa macam kurengg je bila gantung kat bilik tidur pengantin. Suka jugak kat idea susun bantal kecik yang selari dengan warna tema untuk pecah dominasi warna putih kat bilik tu. Takde lah nampak macam wad hospital, kan? Putih je merata-rata.


Terima kasih kat semua sumber gambar di atas *tak ingat dah dapat dari mana. Main google je.* Hasil gabungan idea daripada rujukan di sana-sini, sambil mengubahsuai ikut citarasa sendiri, maka terhasillah bilik tidur pengantin yang sebegini...

.

.

.

raya 009

Macam biasa lah, jauh panggang dari api :p

Tang idea gantung potret tu je lah yang menjadik kot. Kelambu bagai nan ado. Tirai tu semua pinjam mak andam punya. Nak jahit sendiri? Tak kuasa. Bajet pun takde. Bantal-bantal kecik pun tak jadik beli. Macam membazir pulak. Sudahnya, guna bantal guling je.


raya 007

Set cadar pulak, aku tak beli set cadar satin corak kerawang awan larat yang makan harga sampai 5, 6 ratus tu. Beli kat Jusco je. Itu pun ambik yang stok diskaun sampai 70%! Material luar dia thai silk kalau tak silap tapi yang dalam tu 100% cotton. Boleh pakai sampai sekarang. Karpet tu pulak, beli kat Ikea. Saja nak bagi nampak ala-ala luxury sikit lah kan. Sikit pun jadik lah, dah barang lain semua pakai yang murah-murah dan kitar semula je :p


DSC_3919

Ni elemen-elemen wajib dalam hiasan bilik tidur pengantin.

1. Lampu tidur malap - Nak bagi nampak cosy dan sexy! *ngeee* Pun beli kat Ikea je. RM 9.90 ke RM 19.90. Tak ingatlah pulak.

2. Gubahan Bunga - Bunga segar boleh, bunga tak berapa nak segar pun ok. Asal kena gaya, nak bagi sedap mata memandang. Romantik pun iye.

3. Pewangi - Kenalah bagi bau-bauan yang harum. Barulah lagi seksi :p Selain lilin wangi, boleh jugak guna cara lagi senang dan selamat. Pewangi Ambi Pur yang dalam kotak kaca tu. Macam-macam bau ada. Harga dalam RM8 kot. Tak ingatlah. Dah habis, boleh beli refill je. Kalau dapat yang jenis pewangi ada aromaterapi tu lagi best. Dapat rehatkan badan dan minda yang letih lepas seharian penat kenduri kahwin sambil ada orang tolong picitkan kepala. ehem. *Bahagia gila*


random 063

Bagi yang gemarkan bau-bauan semulajadi, boleh jugak buat bunga rampai. Bau yang sangat sinonim dengan bilik tidur pengantin. Nak membuatnya pun bukan susah. Boleh letak kat sudut atas meja solek. Dah tak payah susah-susah nak gubah bunga ke apa lagi.


Nak hias lagi canggih daripada ni pun boleh apa. Nak gantung chandelier jurai-jurai ke, gantung layah jela-jela, tirai sana tirai sini. Fulus ada, semua boleh. Jangan sampai berhutang sudah lah. Kang kemain hias bilik bagai nak rak, tidur tetap tak lena sebab sibuk fikir hutang keliling pinggang. Nak kahwin grand punya pasal.


Apa-apa pun, tepuk poket, tengok duit dulu!



IsuBUMPERkahwin : Penat memang takyah cerita lah kalau bab D.I.Y semua benda dari A sampai Z. Tapi, perasaan excited nak jadik pengantin yang sibuk buat persiapan sendiri ni tak boleh dibeli kat mana-mana dan mungkin akan jadik satu pengalaman yang berlaku sekali je dalam seumur hidup kita. Dan percayalah, tak keterlaluan kalau dikata yang satu hari nanti, kita akan rindukan semua perasaan ni. Enjoy every moment to the fullest!

16 comments:

  1. suka bunga rampai :)
    fiance tak suka pulak, isk.

    ReplyDelete
  2. i..asik pikir pasal umah sendiri..tetiba terlupa nak prepare tang bilik pengantin...ishh!!

    ReplyDelete
  3. ohooo...memang sgt penat! tp bila pk2..sekali seumur idup je rs cmni..hehe..so gagahkan jugak! bab bilik pengantin..serah kat mak andam..dah bg gamba contoh..huhu..hopefully lawa.. =))

    ReplyDelete
  4. saya sukak idea karpet bulu2... :)

    ReplyDelete
  5. :D Sangat bagus entri ini. Dah terbayang2 dah bagaimanakah bilikku nak dihiaskan. heee

    ReplyDelete
  6. benye DIY ni sbb kite puas hati tuk majlis kite kan?
    citarasa kite lebey kurang same,
    cume kat sni xde ikea,
    sedey..
    mae nk cekau karpet ngn lampu malap tu??
    :(

    ReplyDelete
  7. lampu malap kat ikea rm16.90. hahahaha. lampu feveret kite :P

    lagi satu dressing table tertinggal plaks. buh bunga dlm pasu besar!

    ReplyDelete
  8. xeea...canthek lah tu...tp diy ni mmg puas hati yg amat... kan..kan... (saje je bg smngt kt diri jgk ni)

    ReplyDelete
  9. hidden wing :
    kalau dia tak suka, jgn letak. letak pewangi biasa je. kang ade pulak org yg tak jadik nak tido dgn awak :p

    hidden stories :
    huu. takpe. sempat lagi nih. berusaha!

    amy wan :
    kalo mak andam buatkan, kira dah settle satu keja. lgpun lg senang. takyah spend duit beli cadar ke tirai semua. huu

    nariko :
    heeee. beli kat ikea, awak. rm99 kot. harga brg byk yg sy dah lupa. sbb beli sikit2 dulu. so, ade yg beli dah lama pastu simpan je utk pakai ms kawen.

    hanie :
    eceh. mesti dah bayangkan tido sekatil sekali. heeee

    nano :
    lampu tu, rasenye kat mane2 kedai lampu pun boleh dapt. try kat living cabin ke. dlm ec mall ade rasenya. kat atas ec mall tu pun bukan ke ade satu kedai jual hiasan rumah ala2 modern style gitu. try la ushar.

    fizz :
    owh. rm16.50 dah skrg eh? lg murah. mentol pun harga dia dua hengget je kan. idea bunga dlm pasu besar dan tinggi tu pun best. takyah susah gubah, tinggal nak masukkan je. huu

    anil :
    kamon, awak. u can do it *ceh. bagi semangat lagi. biar berkobar2*

    ReplyDelete
  10. bilik tido saya dulu pun diy.
    memang suka amat sebab idea sendiri kan??


    saya pun letak bunga rampai dlm bekas tu, wangiiii!!!

    yang paling penting, lilin mesti ada :D

    ReplyDelete
  11. ungu violet,

    mcm best kan? nak tido pun mcm nyaman je. heeeee

    ReplyDelete
  12. sokongbetul bab bunga rampai.. saya tak suka sgt potpuri sbb kadang2 boleh timbulkan bau sedikit tengik... lg classic kalau pengantin dpt letak bunga rampai..

    btw, carpet tu lawaaaaaaa sgt!

    ReplyDelete
  13. adlinakapengkritikafMay 17, 2010 at 1:41 AM

    simple sgt2...

    ReplyDelete
  14. yes.. simple tu lg menawan..
    msa my wedding ari tu i hias simple sgt.. just frame gmbar kt tgh2.. n kiri kanan tu i letak frame gmbar yg berhias bunga..

    ReplyDelete
  15. cntek sngt..tringin nye nk jd pengantin.. tp blum smpai seru lgi..

    ReplyDelete
  16. mas-daisy09shop.blogspot.com jom tgk kelambu pengantin

    ReplyDelete