Thursday, October 15, 2009

Tilam & Bantal : Nak Tinggal kat Mana Ni?

Bila berborak dengan kawan-kawan yang nak naik pelamin, aku lagi eksaited tanya diorang pasal nak settle down mana lepas kahwin berbanding tanya kahwin tema warna apa.


Melalui pengalaman sendiri, kadang-kala kita terlepas pandang bab ni sebab terlalu sibuk buat persiapan untuk hari majlis perkahwinan. Padahal, persoalan nak tinggal mana sebaik selepas diijabkabul boleh dikatakan sebagai turning point dalam alam perkahwinan. Itulah permulaan kepada segala-galanya.


2516870849_6e772c0a74

Rumah impian.

Dapat dengan kereta sekali pun apa salahnya, kan :p


b0953283485044e7beb27fadfbf763fd

Terletak kat kawasan kejiranan yang damai begini.


indoorwaterfall_5

Lepas tu, nak ada air terjun palsu kat dalam. ceh. Takpe takpe, berangan selagi boleh.


(Semua gambar adalah ihsan En. Google)

***


Bagi yang memilih untuk tinggal dengan keluarga sendiri mahupun keluarga mertua buat sementara waktu, takde masalah sangat rasanya. Tak payah pening-pening nak carik rumah sewa. Jimat pun ya. Ye lah kan, duit dah berhabis nak buat makan kenduri. Yang dah beli rumah sendiri, lagilah bahagia. Dah boleh mula hidup baru dengan selesa.


Yang jadik masalah sikit kat golongan yang nak menyewa dulu sebelum beli rumah baru. Lokasi, jarak dengan tempat kerja, kawasan kejiranan, fasiliti, kadar harga sewa malahan, sistem perparitan pun kita nak kena ambik kira. Bagi yang mengalami sindrom perkahwinan jarak jauh macam aku, lagi pening dibuatnya. oh. Pasal ni, nak kena buat entri khas kot. TIPS MENJADIK ISTERI JARAK JAUH TERHEBAT. heh.


Terima kasih kat teknologi terkini. Semua benda memang betul boleh dapat kat hujung jari je. Tak keterlaluan kalau aku kata, zaman sekarang ni, nak tempah bunga telur pun boleh pakai order kat internet je. Takyah dah nak susah payah bersengkang mata siang malam melilit batang lidi nak buat bunga telur sendiri macam zaman mak-mak kita dulu.


Ni, hah.

iPROPERTY.COM.MY

Dengan adanya laman web ni, kamu tak payah dah membazir minyak dan bertekak dengan pasangan sebab sesat jalan round satu Malaysia nak carik rumah untuk disewa.


Cuma taip je kawasan mana, rumah jenis apa, bajet sewa berapa, tadaaa! Terus boleh jumpa. Pilih je yang mana suka. Untung-untung, boleh berjiran dengan Fasha Sandha.


dreamhouse

Always been in my childhood dreams. oh.


Happy hunting, everyone!



Isu BUMPER Kahwin : Baru-baru berkahwin, duduk kat apartment pun dah rasa macam besar sangat, seolah-olah duduk banglo :p

8 comments:

  1. My dear friends, sincerely thanks for visiting our Nike AIR Force 1 website! The following listed is the detail description of Shox TW. If you are interested in buying cheap Nike AIR Force 1, warmly welcome you to contact us online around the clock, and we will supply you the top quality Nike AIR Force 1 with cheap price & excellent service.
    We are anticipating building up a very strong bridge on which we can go ahead and ahead together!
    our Nike AIR Force:
    Nike AIR Force 1
    Nike AIR Force
    AIR Force
    Air Force 25
    Nike Air Force 1 Mid
    Nike Men Air Force 1 High
    Nike Men Air Force 1 Low
    Nike Women Air Force 1 Low Mid High
    Michael Jackson Memorial







    Nike Air Force 25
    Air Force 1 Mid
    Men Air Force 1 High
    Men Air Force 1 Low
    Women Air Force 1 Low Mid High
    Nike AIR Force 1
    Nike AIR Force
    AIR Force

    ReplyDelete
  2. sy tggu entri TIPS MENJADIK ISTERI JARAK JAUH TERHEBAT tu ;)

    ReplyDelete
  3. betulll....mcm2 nak pikir kalau duk rumah sewa atau sendiri, jiranlah, keselesaan lah, huhu, semua yg kite nak, haruslah yg terbaikkan. tp kadang2 terkecewa isk2. takpela, mungkin bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. rezki akan dtg jua AMIN :D

    ReplyDelete
  4. impian rumah saya adalah tinggal dgn parents saya..hehehe..pendekkan cita2 ku..skang tinggal dgn mak mentua ber3 pun ok sbb free je!hehe

    ReplyDelete
  5. modusoperandi :
    eheh. tungguuuuuuuu!

    hanie :
    takpe, awak. pasni nak beli rumah, make sure buat survey habis2an dulu.

    diah :
    sama lah kite. tinggal dengan mentua.

    bezanya, suami sy takde.

    hebat, kan?
    tsk.

    ReplyDelete
  6. betullah last statement tu
    duduk berdua je kan
    rumah flat pun rasa mcm 'luasnya umah aku!!!'

    masuk brg skit, baru rasa sesak

    ReplyDelete
  7. dayu,

    kan? tapi kalau dah mmg bertuah, kawen2 je, laki tros hadiahkan banglo tiga tingkat, ai terima je. ngehehehe

    ReplyDelete