Wednesday, August 5, 2009

Nak Carik Calon Suami atau Isteri Bukan Semudah Makan ABC.

Memandangkan rata-rata pembaca Isu BUMPER Kahwin ni terdiri daripada kaum Hawa, rasanya isu kali sangat lah sesuai untuk kita bincangkan sama-sama.


Sebelum tu, meh kongsi sikit. Fakta ni kira macam ada kena mengena sikit laa dengan Slot Soalan BUMPER kali ni. Kriteria nak carik calon pasangan hidup mengikut yang dicadangkan oleh Islam :

  • Faktor keagamaan dan akhlak
  • Faktor kecantikan dan kekayaan
  • Faktor keturunan dan kesuburan

dna_test

Selingan. by Mr. Google.


Ni haa. Ryan Hady namanya. wah. Bukan senang nak jumpa pembaca lelaki kat sini. Nak-nak pulak yang bagi komen dan tanya soalan itu ini. Dia nak tahu pandangan dan pendapat kamu semua tentang masalah yang dia hadapi ni.


image


Kalau merujuk kepada masalah Ryan Hady ni, dia semacam tersepit antara pilihan hati dan pilihan keluarga. Kiranya, ditelan mati mak, diluah mati bapak la. Kalau nak nilai pasangan dari paras rupa je, memang sangat tak adillah, kan?


Walaubagaimanapun, keluarga mesti mahu yang terbaik untuk kita. Pilihan keluarga pun kadang kala ada baiknya. Malahan, lebih baik mungkin. Sebab keluarga lah yang paling faham dan kenal kita macam mana. Tahu apa yang baik atau buruk untuk kita.


Jadi, jalan penyelesaiannya, cuba berbincang dengan keluarga dengan lebih telus. Nyatakan pilihan hati berserta hujah dan sebab-sebabnya. Begitu jugak dengan pilihan keluarga. Bandingkan pro dan kontra. Kemudian, barulah buat kata putus yang dipersetujui semua.


Pokok pangkalnya, ia tetap akan berbalik pada kita; si tuan empunya badan jugak akhirnya. Keputusan terletak pada tangan kita sendiri. Sebab ia melibatkan hal masa depan. Bukan benda main-main, tau.


It's a lifetime commitment and there's NO turning back.


Apa guna ada isteri cantik berharta kalau bukan dia yang bertakhta di hati kita? Apa guna beriya mahu menjaga hati keluarga kalau nanti diri sendiri merana dan akhirnya balik semula menyusahkan keluarga?


Satu lagi nasihat saya, ikut kata hati.

Dia tak pernah menipu :)



Isu BUMPER Kahwin : Antara kriteria utama yang aku tetapkan masa nak carik calon suami dulu mestilah seseorang yang boleh diajak berbual dan gembirakan aku hingga ke hari tua. Sebab bila dah sampai masa tua nanti, paras rupa dah tak ada makna. Tapi kualiti diri yang ada pada pasangan tu lah yang akan dibawak sampai ke mati. Insyaallah.

6 comments:

  1. Pilih yang beragama tu paling penting. Kalau si catik tu lebih beragama, patut didahulukan dia..

    Tapi hati juga kena tanya yer.. ;)

    ReplyDelete
  2. yap betul..agama adalah tiang segala2nya..baik agamanya baikla budi pekertinya..:)

    ReplyDelete
  3. ikut hati mati......

    ReplyDelete
  4. myRule :
    tu lah. kalu dah lengkap serba serbi, tapi hati tak suka, pun tak guna.

    siti hajar :
    yup. terbaik!

    Miss E :
    yup. tu yg terlalu ikut hati & perasaan. mintak dijauhkan. ikut kata hati, tapi jangan sampai hati nak bunuh diri :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih

    akan saya pertimbangkan...

    saya belum jumpa atau kenal dengan pilihan keluarga tu, tapi kalau famili yang cadangkan, saya tak fikir kurang dari segi agama, itu sudah tentu.

    cuma samada serasi atau tidak dengan saya.. hmm...

    anyway, thanks..

    ReplyDelete
  6. ryan hady,

    semoga dipertemukan dgn jodoh yg baik dan kekal hingga ke akhir hayat.

    all the best! :)

    ReplyDelete