Wednesday, May 13, 2009

Perkahwinan Suatu Kesilapan?

Dengan segala hormatnya, tajuk entri adalah dirujuk.


Kalau ada sesiapa perasan, kat message box sebelah, tempat korang melaung-laungkan mesej tu, ada satu mesej daripada pembaca Isu BUMPER Kahwin yang menggelar dirinya sebagai Iesz tanya pasal assignment yang diberikan oleh pensyarahnya. Tajuk assignment dia tu, semacam kontroversi sikit iaitu PERKAHWINAN SUATU KESILAPAN.


image

Tergamam kejap aku. Tak tahu nak jawab macam mana. Bila ditanya kesilapan yang macam mana, dari sudut apa, masih belum dapat jawapannya.


Jadi, makin buntu aku dibuatnya.


Untuk pengetahuan Iesz, aku bukanlah pakar runding pasal perkahwinan cerai rujuk mahupun siapa-siapa. Merujuk aku untuk dapatkan fakta tentang isu tu, kurang tepat rasanya. Aku tak punya dalil ataupun nas yang kukuh untuk hujahkan isu tersebut. Lebih baik dia berjumpa dengan mana-mana pakar runding yang punya lebih ilmu di dada dan panjang akalnya.


Namun begitu, untuk tidak mengecewakan Iesz, aku cuba jugak bagi pendapat berdasarkan kepada pengalaman yang sekelumit cuma. Diingatkan sekali lagi, ia cuma pandangan peribadi saja.


DSC_0629

Perkahwinan adalah satu anugerah nikmat tak tenilai daripada Yang Maha Esa.


DIA memberikan kita laluan dan cara untuk berkongsi kasih sayang sesama manusia secara halal serta di redhai oleh-Nya. Seterusnya, melahirkan zuriat bagi memastikan kemandirian hidup kita di muka bumi ni. Perkahwinan umpama pintu ke arah suatu penghidupan baru. Melalui perkahwinan, kita tambah tanggungjawab, tambah kasih sayang, tambah ahli keluarga, tambah punca rezeki, tambah harta, tambah segala-galanya.


Pokok pangkalnya, terpulang kepada cara pengemudian sesebuah perkahwinan. Kalau nakhoda berwibawa, anak kapal pun mendengar kata, maka eloklah pelayaran hidup berumahtangga. Namun, kesilapan tetap boleh berlaku. Sama ada dari segi pilihan pasangan, buat keputusan, perancangan keluarga, pengurusan kewangan, kesihatan dan sebagainya.


Mana ada manusia sempurna, kan?


Sebab tu lah kita sentiasa diingatkan untuk belajar daripada kesilapan, agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Justeru, hanya atas beberapa faktor kecil yang berpunca daripada kealpaan dan kelemahan diri sendiri, adalah tidak wajar kita nak jatuhkan hukum betapa perkahwinan tu suatu kesilapan.


Cukuplah.


Memandangkan usia perkahwinan yang belum cukup ranum, dan masih muda umurnya, tak layak rasanya untuk aku bercakap panjang lebar. Mungkin ada orang kat luar sana pernah melalui alam perkahwinan yang tidak menyenangkan, akan kata perkahwinan dia suatu kesilapan dan lebih layak untuk mengupas isu ni.


Pembaca Isu BUMPER kahwin yang lain, macam mana kamu rasa?

Betul ke perkahwinan tu suatu kesilapan?


Isu BUMPER kahwin : Persediaan mental & fizikal sangat penting. Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kahwin? Lu fikir lah sendiri :p

13 comments:

  1. kita sendiri yang tentukan
    pilihan kat tgn kita, kita yg aturkan sama ada jalan/keputusan yang kita pilih tu akan jadik kesilapan atau keputusan terbaik dalam hidup kita...

    bak kata xeea,
    perkahwinan tu kan perkongsian
    perbincangan, toleransi sgt penting
    item utama tu..

    kalau xeea, amsih ranum
    me?? tidak la langkah ke alam tu
    so cukup la di sini

    ReplyDelete
  2. hye! mm..sy blogger baru sgt2. tp tertarik dgn da topic tu. wlupun blum brumah tangga tp prnah hadiri 1 sesi soal jwb hal umah tngga. lbih kurang gak le isunya.tp udah lupa nama pnceramah itu..(ampun ya)
    mana lh tau, dpt mmbntu..

    -it's a mistake bila kahwin smata2 sbb nafsu (e.g alah, dh kahwin leh 'wat' apa je sbebasnya)sdgkn ramai yg mengadu 'hbngan' itu smakin dingin ble dh brkahwin

    -it's a mistake bila kahwin smata2 sbb nk jd kaya/dpt title (e.g dpt khwin Dato', sah2 hntarn $$$, title Datin free2.if cerai pun, dpt $$$) sdgkn ramai org mcm tu ble dh cerai skang, 1 sen pun xdpt.idup ala2 melarat juga. ada tu smpi ke sudah xslesai bicara kes

    -it's a mistake ble kahwin smata2 nk tutup malu keluarga (e.g bla dh ter-ada isi, nk bls budi baik) sdgkn ble dh kahwin, langsung x dpedulikn dri si dia pmbuat kputusan tu

    -it's a mistake ble smata2 nk jaga stndard tkut org kata andalusia or jejaka tua sdgkn ble dh khwin pun, life ttp mcm single juga malah lbih teruk lg klu menurut je sgala apa (x ke itu lbih jatuh stndardnya?)

    ksimpulannya, perkahwinan itu satu kesilapan ble tujuan perkahwinan itu telah pun silap dr awal lg.. klu kahwin mmg dgn niat nk mndirikan satu masjid spt yg disunnahkn, maka apa pun 'kesilapan' or 'cacat cela' dlm perkhwinan tu, TIDAK dikategorikn as kesilapan. tu cuma 'pahit' dan 'buruk' dlm prjlanan rumah tangga yg tiap psngan pasti akan alami jua.

    sekian...

    ReplyDelete
  3. bg sy lak, marriage is all about love, perkongsian hdp..

    ReplyDelete
  4. erm stuju ngn kata2 anonym..sbenar2nya perkahwinan tu satu anugerah yg xternilai tp akan jadi satu kesilapan bila arah tuju perkahwinan tu bukan kerana Allah..sbb dari ctu,akan muncul bende2 yg mmg akan rase kawen tu silap, silap dalam pemilihan dan pertimbangan..

    ReplyDelete
  5. tepok dada tanya selera.. tp perkahwinan itu suci..jgnlah sesekali mencemarinya

    ReplyDelete
  6. hurmm...knape bole terkeluar ayat kesilapan tu yer? Patutnya jgn hanya tgk hal ini negatif sahaja, tgk secara menyuluruh. Perkahwinan bukan suatu yg silap kalau pasangan itu pandai menjaga kesucian & memahami konsep perkahwinan.Apa peranan suami dan isteri. Tp mungkin la, skrang ni terlalu byk cerai berai...pengaruh keadaan sekeliling & dan tekanan mmg byk memainkan peranan.

    Ntah la, kena byk2 berdoa dan sntiasa bertolak ansur. Kalau sikit2 tu biasala, sedangkan lidah lg tergigit ye tak? :D

    ReplyDelete
  7. Nak dapat pahala yang banyak...
    mari kawen..***wink..wink***

    ReplyDelete
  8. Perkahwinan adalah sunnah Nabi SAW means hukum hakam ttg perkahwinan dtgnya dr Allah SWT. So xkan pernah ade erti kata ianya adlh kesilapan. Pull stop.

    ReplyDelete
  9. dayu :
    perkahwinan itu satu perkongsian. baru lah betul, kan?

    anon:
    good points! thanx for sharing :)

    farhanna :
    setuju. sunnah nabi pun, kan. huu

    aziyana :
    so, nawaitu dari awal kena betul, kan. insyaallah bahagia sepanjang zaman.

    anil :
    terpulang kat situasi marriage masing2 kan, awak. mungkin ada sstgh org yg tak bernasib baik mcm kita. dri situ lah agaknya dikata pekahwinan tu satu kesilapan.

    hanie :
    tu lah. rasa tak adil pulak nak jatuhkan hukum tu kat institusi perkahwinan, kan? sebab pucuk pangkalnya, bermula dari diri kita sendiri :)

    hidden stories :
    sentiasa senyum utk suami je pun dah dpt pahala tau. ngeeee

    sharena :
    kan? DIA dah beri jalan. kita yang mencorakkannya.

    ReplyDelete
  10. salam untuk semua.
    bagi saya perkahwinan tu bukan kesilapan,
    tp dalam perkahwinan mungkin berlaku perkara2 yang silap.

    http://intim.wordpress.com/2009/04/21/6-kesilapan-dalam-perkahwinan/

    have a look.

    enjoy ur day!

    ReplyDelete
  11. Perkahwinan bukan satu kesilapan.... tapi pasangan tersebut yang menjadikan perkahwinan itu kesilapan...
    Enjoy ur marriage life...

    Hikmah sebuah perkahwinan yang sangat berharga ....



    hafiyhasha.bogspot.com

    ReplyDelete
  12. azri :
    tarima kasih sbb sudi sama2 berkongsi :)

    hafiy hasha :
    betul. kita yg mencorakkan warna kanvas perkahwinan kita. kalau kita pilih warna gelap, maka gelaplah jadiknya. kalau cerah maka cerahlah ia.

    ReplyDelete
  13. org yg xde matlamat perkahwinan 2 yg ckp perkahwinan 1 kesilapan. matlamat perkahwinan utk mdapat keredhaan drpd Allah S.W.T JIKA MATLAMAT 2 XDE. hancurlah..

    ReplyDelete