Tuesday, June 2, 2009

Selamat Pengantin Baru.

Semakin hari, semakin ramai wedding bloggers yang meninggalkan alam bujang masing-masing. Sama-sama join kelab isteri-isteri orang sama macam aku :p


Bloggers pengantin yang sama-sama menyokong ISU BUMPER KAHWIN masa mula-mula baru bukak dulu macam Hidayu’s Journal, Misi 28 May, Hidden Stories, Misi 5 April, Life Love & Learning dan Tepung Pelita semua dah selamat. Bulan Jun ni pulak, Kak Aziyana, Hanie, Nano, Anil dan beberapa orang lagi akan menyusul.


Jadi, istimewa untuk kamu yang sentiasa setia menjenguk ISU BUMPER KAHWIN ni, aku nak share tips yang jarang-jarang sekali aku nak cerita. heeeee


1. Baru-baru lepas kahwin, macam-macam perasaan aneh yang kamu akan rasa. Kadang-kadang, nak nangis pun ada. Nasihat aku, kalau nak nangis, nangis je. Rasa nak marah, marah je. Rasa jeles ke apa, luahkan je. Jangan simpan dalam hati. Kalau boleh cerita kat suami, cerita. Sikit sebanyak, akan buat kamu rasa lega.


2. Kalau citarasa berbeza dari segi pilihan dekorasi rumah ataupun pilihan makanan, belajar tolak ansur. Kalau tak boleh jugak, tetapkan peraturan. Contohnya, ruang tamu, kamu hias ikut citarasa kamu. Bilik tidur, ikut citarasa dia pulak. Jangan nak keras kepala conquer semua perkara.


3. Untuk tempuh malam pertama (ehem) Tak semestinya, siang nikah, malam nya terus 'on' je. Perlukan ruang dan jugak masa. Jangan malu berinteraksi. Nak malu apa lagi. Kan tu suami kita. Beritahu apa yang kita suka, dan kita tak berapa nak suka. Orang lelaki ni, mane reti nak meneka hati kita, orang perempuan. Kalau tak larat, tak tahan sakit ke, penat dan sebagainya, beritahu. Jangan tanggung sendiri. Nanti makan hati di kemudian hari.


4. Kalau ada sikap atau perkara yang kamu kurang setuju dilakukan oleh kalangan kaum keluarga suami, pun beritahu. Tapi, dengan cara yang paling berhemah sekali. Walaupun suami takde kuasa nak ubah apa-apa, sekurang-kurangnya, suami faham yang kita tak berapa selesa dan dia akan bantu kita untuk belajar sesuaikan diri.


5. Kalau suami sedang marah, senyap. Dengar je. Lepas tu, salam cium tangan dan peluk dia. Mintak maaf. Jangan gaduh lama-lama. Bahaya. Ingat, syurga kat bawah kaki dia. Lain kali, ada masa dan hari sesuai, boleh balas dendam semula :p


Akhir kata, SELAMAT PENGANTIN BARU!


DSC_4636

Selangkah lagi ke alam indah penuh misteri untuk diterokai :))



Isu BUMPER Kahwin : Jangan lupakan kami kat ISU BUMPER KAHWIN, ye. issskk. Sedih pulak rasa.

14 comments:

  1. halaaaaa...sedih juge :D Terima kasih kerana mengingatkan Xeea. Kalau ade waktu terluang, jemput2 yer ;) Byk tips ni nak kene belajar, dgn entri ni, sedikit sebanyak mmg membantu. Thanks Xeea :D

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu... saya jugak yg lambat lg

    ReplyDelete
  3. ye betul lps kawen bnyk benda nk kena adjust...
    bnyk kena bljr dan juga kena terima segala2nyer
    tp nangis2 dh ader suami nk pujuk =)

    ReplyDelete
  4. hahahaa no 3 tu tableyh blah :P elok2 tak pk... terus terpk :)) tenkiu2 for the tips.

    ReplyDelete
  5. hurm.. even lmbt lg, tp i dh mula prektis tips no 5 tu.. ehee

    ReplyDelete
  6. xeea..thanks..alamak sedih pulak..nak2 blog i dah ditutup..

    semoga bertemu lagi di blog yg lain...

    (sekarang tgh busy berbakti kepada suami..ahaakkk...)

    ReplyDelete
  7. nasihat yg amat sgt berguna.berdebar ni

    ReplyDelete
  8. selamat pengantin baru utk saya jugaa....weeee

    ReplyDelete
  9. hanie :
    tu lah. jap lagi, dah tak sudi nak jengah sini dah. sibuk nak masak, nak jaga suami lagi. chewah. all the best!

    farhanna :
    bagus jugak. tade la blog ni sunyi sepi nanti :)

    ms tepung :
    kan? kan? kdg2, benda tu tak terfikir pun oleh kita sebelum ni. lepas kawen, baru rasa. nak tak nak, masing2 akan tetap melalui nya jugak.

    fizz :
    tu lah special nya tips kali ni. bukan senang sy nak share tips yg satu tu. heeee

    fara :
    bagus bagus. practise makes perfect, kan awak?

    hidden stories :
    sedey kan :( thanx sbb byk share idea & tips kat sini selama ni. lps ni, boleh share pglmn bergelar isteri pulak.

    btw, jgn lupa invite sy bila dah pindah blog baru :)

    ainulfadz :
    sy share apa yg patut je, awak. mudah2an, dapat kurangkan sikit debaran tu. hee good luck, neway!

    anil :
    owwww so sorry dear! tertinggal pulak wish utk awak. awk pun junes bride. neway, selamat pengantin baru, awak. semoga kekal abadi selamanya :))

    ReplyDelete
  10. hehhe...bagusnye ade tips mcm ni...membantu..lagi2 la tuk amy yg kuat merajuk ni...hahaha..thnx for d info! =))

    ReplyDelete
  11. amy :
    hey pengantin baru :)
    jgn selalu merajuk, tau. nanti suami lari. heeee

    ReplyDelete
  12. bagus la topic kat cni.. banyak gunanye.. walaupun saya lambat lagik nak menempuh alam rumah tangga.. thanks ya xeea..

    ReplyDelete
  13. ya setuju2.. jgn gaduh lama2..

    ReplyDelete
  14. ieja :
    takpe. ilmu ni. sampai bila-bila pun boleh guna.

    easyou :
    kan? kan? tapi tu lah masalah kita org perempuan. selagi tak dipujuk, selagi tu lah mulut muncung menunjuk. hee

    ReplyDelete