Tuesday, April 14, 2009

Merenjis-renjis dipilis.

Saja nak kongsi satu lagi perkara remeh yang orang selalu terlepas pandang dalam majlis perkahwinan. Bagi sesetengah tempat atau keluarga yang kuat berpegang pada adat resam, mungkin tak berlaku kot. Tapi, berdasarkan kepada pengalaman sendiri, aku tetap nak berkongsi agar perkara yang sama, tak diulang tayang oleh kamu semua yang tetap setia menyumbang idea dan sudi berkongsi cerita kat sini :)


Pasal barang-barang / bahan / peralatan merenjis.


Benda kecik macam ni, kalau takde orang yang ingatkan, memang boleh terlupa. Ada lah nanti dah last minute baru terhegeh-hegeh nak cari. Biasanya, digunakan untuk merenjis pengantin pada malam majlis berinai ataupun semasa bersanding. Biasanya jugak, disediakan oleh khidmat andaman kira sekali pakej dengan pelamin lah. Tapi, ada jugak yang tak sediakan sekali. Terpaksa lah kita pulun D.I.Y buat sendiri.


raya 011

Macam ni lah biasanya rupa peralatan merenjis tu. Datang dalam bekas tembaga siap ada stand dan dulang sekali untuk diletakkan kat depan pelamin.


Apa bahan-bahan yang diperlukan untuk isi bekas tembaga ni?


1. Bekas tinggi bermuncung tu, untuk isi air mawar. Air mawar boleh beli kat Mydin atau mana-mana kedai runcit berdekatan. Alternatif lain, boleh isi dengan air paip biasa. Lepas tu, sembur air tu dengan minyak wangi. Selesai satu masalah :p


Bekas tembaga selebihnya, untuk diisi dengan beras kunyit, bancuhan kapur dan bunga rampai. Ini pun, kalau tak dapat buat yang betul-betul macam nenek moyang kita buat dulu pun tak apa. Aku ada alternatif lain yang baik punya. Hidup mesti kreatif, kan? :p


2. Untuk beras kunyit, senang je. Gaul segenggam beras dengan bancuhan serbuk kunyit. Biar kejap sampai beras bertukar warna kuning. Keringkan dulu sebelum masukkan dalam bekas tu, ye.


3. Alternatif bancuhan kapur pulak, mana lah tau kot-kot tak jumpa kapur sirih tu, kan. Boleh gunakan sedikit bedak talkum tak kisahlah jenama Safi ke Cutticura ke, bancuh dengan air paip sikit.


4. Bunga rampai pulak, kalau dah tak sempat sangat nak hiris daun pandan dan gaul dengan bunga-bungaan segar, guna je pot pouri. Pun boleh jugak. Jangan risau. Takdenya dia melompat keluar kalau kamu letak dalam bekas tu nanti :p


Kalau takde bekas tembaga untuk merenjis tu, jangan susah hati. Guna je apa-apa bekas yang ada di rumah. Macam mangkuk-mangkuk kecik jernih yang selalu dapat percuma kalau beli ubat gigi Colgate tu pun takpe. Tak payah susah-susah nak membazir duit beli. Pakai pun sekejap je. Buat syarat, kata orang.


Lain tempat, lain adatnya. Mungkin kat tempat kamu, orang tak isi dengan benda-benda yang disebut tadi untuk merenjis. Mana tau letak duit syiling takpun gula-gula Sugus ke. Jangan lupa kongsi sama-sama, ye!


IsuBUMPERkahwin : Lain padang, lain belalang.

18 comments:

  1. hak..btollah... x pelik kalau bnde ni plg last sekali org ingt..haru kalau last minute bru terpikir psl ia

    ReplyDelete
  2. lagi satu tambahan. utk merenjis tanak kasik kotor tgn, bole guna daun pandan ikat dlm bundle then racik2 hujung die n pakaikan reben sket. idea kazenku mase die kawen ihiks

    ReplyDelete
  3. hoho isu yg bagus. Mmg mase tempah kat butik dulu, bende ni tanye siap2. Hehehe. Yg kat atas tu awk punye tempat renjis ke? waahhh sgt antik ok! ;)

    ReplyDelete
  4. Tapi, sepanjang pemerhatian aku. Sangat kurang anak-anak muda yang merenjis.

    Macam aku. Aku sendiri teringin. Tapi, hakikatnya tak tahu flow merenjis tu. Macam rukun-rukun merenjis. Apa nak kena buat dulu. Apa yang kemudian.

    Sepatutnya, mak andam kena main peranan untuk paksa anak-anak muda untuk belajar merenjis pengantin. Takkan asyik nak tengok orang-orang tu je yang dok merenjis. Kan?

    ReplyDelete
  5. betul lah xeea..
    kalau kamu tak ingat kan, mau malam tu, time tgn tgn berinai
    baru teringat
    bekas slalu mmg bridal sediakn
    tp isi dia 'tuan rumah' lah ken sediakan ...

    ReplyDelete
  6. anil : kan? kan? sy dulu gitu la. kelam kabut haa last minit. sudahnye x jumpe kapur, gune bedak sejuk je :p

    fizz : another great tips! thanx for sharing :)

    hanie : awk alert, takpe. kalau mcm sy ni, tade org ingatkan, mmg failed aa. antik sbb berkarat kot :p

    pakcique : ha'ah la. mak andam mmg peranan besar dlm majlis kawen. tp, andam skrg, solek je pastu blah. mase sy dulu, habis haa sepupu sepapat kwn2 muda belia kena paksa merenjis dgn pak andam. nak kena carik jugak andam yg mulut macam meriah2 gitu. baru majlis pun meriah.

    dayu : tu lah. brg2 dlm tu sume kite kena sediakan sdr. tatau pun dulu. org dah ckp last minute baru gelabah mencarik. huuu

    ReplyDelete
  7. aaaa...blk ni nk cari siap2 mangkuk percume tu,
    hihihi yg ade penutup cm bekas kueh raye tu pun boley aje
    :p

    ReplyDelete
  8. nano,

    carik jgn tak carik. apa2 bekas pun boleh. tak dosa. heee

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Salam...
    dalam islam xde pn bahkan bersanding n merenjis neh merupakan siknifikasi dari agama hindu.Tepung tawar dan tabur beras kunyit adalah dari budaya hindu dengan kepercayaan ianya dapat menyelamatkan pasangan drpd sebarang nasib buruk atau gangguan makhluk halus. Ia sekarang ini menjadi adat kebiasaan masyarakat melayu tanpa mengetahui sebab-sebab di belakangnya. Mereka melakukannya bukan kerana memohon perlindungan tetapi sebagai menyerikan majlis.

    "Barangsiapa yg menyerupai suatu kaum ia termasuk dalam golongan mereka"

    lagipn time bersanding tuh rmai pasangan pengantin yg tidak menutup aurat n perkara ini jelas mengurangkan keberkatan dlm majlis perkahwinan... wallahu'alam

    ReplyDelete
  11. salam anon,

    terima kasih atas peringatan.

    dah kata tadi, lain padang lain belalang. terpulang lah pada hemat masing-masing, kan.

    kita kat sini sekadar kongsi pengalaman sbg panduan :)

    ReplyDelete
  12. betoi laa xeea..hal nie selalu org lupa. tp dulu nurul kawin alatan merenjis nie mmg utama kena ingat. moh exchanged link :)

    ReplyDelete
  13. xperla bersanding.yg penting kite x pusing2 keliling api baca2 mantera sambil pegang tali mcm org hindu..heheheh..sungguh terpengaruh dgn kuch kuch hota hai..hehehe
    nways,yg merenjis ni biasanya org pelamin sediakan..tp isinya x pasti!

    ReplyDelete
  14. nurul : will link yours kat blog satu lagi, ok :)

    diah : point highlight there. thnk you, diah. kite buat suka2 je, kan. huu

    ReplyDelete
  15. saya setuju dgn anonymous tu..sbnarnya dlm islam bersanding dan menepung tawar adalah adat hindu..wpun x berpusing keliling api, tp menepung tawar adalah adat hindu..apa signifikan menepung tawar dlm perkahwinan? stgh2 ustaz m'haramkan tros adat ni..tp ye la..org melayu ni kebanyakkannya mengikut2..cuba rujuk pd ustaz/org pjbt agama..hm..apa yg saya perhatikan, adat prkahwinan melayu menyusahkan muda mudi utk berkahwin..sdgkn perkahwinan dalam islam sgt menyenangkan dan menyamankan..tp saya tak la paksa org utk setuju dgn pendapat saya..bak kata nenek sy, org melayu ni bila bab kahwin adat mendahului hukum..

    ReplyDelete
  16. sebenarnya, apa2 pun yg kita buat adalah nawaitu..klu nawaitu kite terpesong, maka terpesong lah ia..btol x?klu nk pk kn semua, sanding pun xleh kan?
    tp benda nie sekali seumur hidup..jd, niat lah elok2..
    tp kalau sy, mesti la merasa semua itu..hehehe.. :)

    :)

    ReplyDelete
  17. sy setuju dengan pendapat public_enemy tu. kalau bab berbahas ni i like...seperti
    contohnya:bersedekah Sunat
    Allah SWT berfirman yang mafhumnya: “Ambillah sebahagian daripada harta mereka (umat Islam) sebagai sedekah, yang dengannya (ia dapat) menyucikan dan membersihkan mereka,” (at-Taubah: 103)

    bersedekah sepatutnya dibuat dengan ikhlas tanpa niat untuk menunjuk2
    [siap dgn check besar banner bagai dengan repoternyer]

    begitu juga dengan sekadar menyerikan majlis dengan aktiviti menepung tawar pengantin. jika nawaitunya baik. lg pun, adat merenjis melayu jauh berbeza dengan pengantin india. ia telah pun dilakukan sejak berkurun lamanya sejak adanya melayu di tanah melayu. jika betul2 mengikuti hukum islam tak perlulah adanya pengantin makan beradap, perarakan munga mangar, kompang, silat,mak andam kerana wanita bersolek hanya untuk suami bukan ajnabi dan pengantin berpakaian meriah meleret sana sini.[seperti budaya barat]
    bukan kah begitu?
    tapi semua tu dilakukan untuk memeriahkan majlis dan menghiburkan tetamu.
    ini pendapat sy..:)

    ReplyDelete
  18. Salam..xramai yg tlis pasal ni,sya tgh cari pasal bahan nk renjis ni..sbb xtau nk bubh apa..tq sgt membantu.Teringn nk merenjis ni..bkn nk tiru adat hindu..hnya nk memeriahkn majlis.

    ReplyDelete