Sunday, June 7, 2009

Musim Cuti Sekolah dah jadik Musim Pameran Pengantin.

Abah beritahu, kelmarin; 06.06.09 dia terima 19 jemputan kahwin. Yang dia sempat pergi, hanya 5 buah rumah. Itu belum masuk semalam punya jemputan. Hujung minggu depan pun banyak jugak.


Berderet-deret.


Aku pun tak ketinggalan buat marathon menghadiri majlis kahwin. Seboleh-bolehnya, memang nak pergi semua, tapi kalau dah bertembung dengan banyak sangat majlis, nak tak nak, terpaksa jugak susun ikut prioriti. Saudara mara perlu diutamakan, lepas tu barulah kawan-kawan. Jadik, aku mohon maaf kalau ada undangan yang tak dapat dipenuhi.


Satu lagi masalah bila masuk bab nak bagi hadiah. Kalau dah ramai kawan naik pelamin serentak, mau kopak jugaklah :p Minggu lepas, habis aku geledah tiap pelosok Ikea carik hadiah untuk pengantin. Beli sekali untuk 4-5 orang pulak tu. Budget pun ketat. Faham-faham je lah betapa payah aku nak carik. Nak barang yang canggih-canggih tapi nak stok yang murah-murah je. Celah mana kau nak dapat?


wow 003

Akhirnya, jumpa jugak apa yang dicarik. Cutlery set. RM 16 sahaja. Dah siap-siap duduk elok dalam kotak yang kiut. Tinggal ikat reben je. Jimat. Takyah nak beriya-iya sampul bagai. Kang habis dikoyak jugak. hehe



Isu BUMPER Kahwin : Kalau macam ni lah kes nya, mau aku bankrap tiap kali datang musim cuti sekolah.

7 comments:

  1. hahaha..nsib baik x slalu kan...

    ReplyDelete
  2. bes jgk hadiah tu.. jimat n mmg keperluan nk msk umah baru..

    tp trg ni xde ikea

    huwaaa:((

    ReplyDelete
  3. 19? oh my.. ayah akak ni menteri ke?

    ReplyDelete
  4. eh kite beli hadiah yg sama la. aritu pon pegi ikea borong hadiah kawan2. ade byk lg murah... set glass yg chantek2 tak sampai rm20 pon. sape kate ikea xde barang murah? ahaks :P

    ReplyDelete
  5. hoho shopping utk pengantin2 yer..utk diri sendiri ada tak tu? :)

    ReplyDelete
  6. anil :
    tu lah. kalau cuti sekolah tiap minggu, bg hadiah megi sebungkus laa kat pengantin. heee

    fara :
    ala. takyah beli kat ikea pun takpe. mydin mall kan ade. beli je set sudu garfu se bundle, pastu ikat reben comel2. siap! :)

    nariko :
    ha'ah. menteri kerja kahwin :p

    fizz :
    kan? kan? spi rambang mata dibuatnya. mula2 ingat nak beli set balang2 comel yg harga 9.90 tu, tpi susa pulak nak bwk balik ganu nti. malas bwk beg byk2. tuh yg beli cutlery set ni. simple.

    hanie :
    utk pengantin, 5 je. utk diri sendiri sepuluh! heeee

    rantong :
    err.. rasenye, awk tujukan komen ni utk entri jatuh miskin kat blog sy yg satu lg kot. neway, terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. mak aihh sampai 19 tuh.. xpala. masa kta, kta pun seronok nak orang datang merai. skrg turn mereka2 plak ;)

    happy wedding 4 all

    ReplyDelete