Thursday, February 26, 2009

Tilam & Bantal : Nak beli apa dulu ni? Katil? Peti sejuk? Set karaoke?

Berita kurang best untuk bakal pengantin semua.

Terlalu sibuk kat dapur siang ikan (Gila semangat. Padahal tinggal nak simpan masuk fridge je.) sampai terlupa nak tengok Wanita Hari Ini dan review pasal slot Tilam & Bantal minggu ni! Maaf, ya. Takpe. Laman web TV3 kan ada. :p

Bagi menebus kekecewaan kamu semua, aku nak kongsi satu lagi tips daripada Encik Shuth si founder Maskahwin.com. Pasal kehidupan selepas berumahtangga lah, kan. Nak cerita pasal persiapan je, takut kamu lupa pulak yang sebenarnya kehidupan selepas kahwin tu lagi penting sebenarnya. Jangan tak tahu, aku dulu mau makan bulan jugak lah nak sesuaikan diri.

Mempersembahkan...

Dulu, selepas saya bertunang dengan bakal isteri saya.
Saya sudah mula membayangkan tempat tinggal (rumah) yang akan kami diami sebagai suami isteri kelak, selepas berkahwin nanti.

Beberapa perkara telah timbul di fikiran saya sewaktu membayangkan tempat tinggal impian saya dengan isteri nanti..
bagaimanakah rupa bentuk rumah yang ingin kami diami nanti?
rumah jenis apakah yang ingin kami diami?
rumah teres? apartment? kondo?
apakah peralatan-perlatan yang perlu ada?
sofa? dapur? set bilik tidur?
perlukah kami membeli rumah atau menyewa sahaja terlebih dahulu?
dan sebagainya.

Memandangkan saya bukanlah dari golongan orang-orang yang "berada", jadi, selepas puas berbincang, berhujah, bergaduh dan bertukar-tukar fikiran dengan bakal isteri saya, kami pun akhirnya telah bersetuju untuk menyewa rumah apartment sahaja selepas berkahwin nanti di dalam memulakan kehidupan kami sebagai suami isteri.

Jadi, sebulan sebelum saya diijabkabulkan, saya sudah pun mula menyewa sebuah rumah apartment untuk tempat tinggal kami berdua selepas berkahwin nanti.

Selepas saya menyewa rumah apartment tersebut, satu persoalan timbul, memandangkan rumah tersebut mempunyai bilik tidur, ruang tamu, serta ruang dapur dan bajet yang saya ada pula agak terhad, maka satu persoalan yang timbul difikiran saya....

ruang manakah yang perlu dilengkapkan terlebih dahulu?
adakah peralatan-peralatan di ruang dapur?
atau peralatan-peralatan di ruang tamu?
atau set kelengkapan di bilik tidur?

Manakah yang lebih penting di dalam usaha membina rumahtangga yang bahagia?

Lama juga saya memikirkan hal ini.

Memandangkan saya akan berumahtangga dan akan mempunyai isteri, maka, sudah pastinya saya ingin merasakan masakan isteri saya nanti. Bukankah itu yang di idam-idamkan oleh seorang bujang yang akan bergelar suami. Menjamah masakan si isteri. Oh! sudah pastinya enak masakan isteri ku nanti. (saya berangan dalam hati)

Tapi, untuk itu saya perlulah terlebih dahulu menyediakan alat-alat kelengkapan untuk isteri saya memasak. Jadi, set kelengkapan memasak agak penting juga untuk membina rumahtangga yang bahagia.

Tetapi, ruang tamu juga agak penting.
Bayangkan hidup anda tanpa TV dan radio.
Anda pulang ke rumah, melihat isteri anda dan keadaan rumah anda yang sungguh sunyi sepi, seperti berada di kawasan perkuburan. Oh! Tidak. Anda mesti memiliki TV. Bila ada TV, mestilah nak ada tempat letak TV, DVD player, sofa untuk rileks-rileks serta karpet di ruang tamu.

Hmm.. banyak jugak belanjanya tu.

Bagaimana pula dengan set bilik tidur?
Takkan ingin tidur di atas lantai yang beralaskan tikar sahaja?
Oh! Abislah sakit-sakit seluruh badan nanti. Almari untuk letak baju serta meja solek juga penting untuk anda berhias dan mempersiapkan diri untuk pergi ke tempat kerja.

Oh! Satu persoalan yang nampak agak remeh, tapi agak memeningkan kepala juga. Lebih-lebih lagi jika bajet anda untuk rumah baru ini sangat kecil
(sebab banyak bajet dah digunakan untuk belanja kahwin).

Jadi, saya ingin bertanya kepada anda.
Jika anda, ruang manakah yang akan anda lengkapkan terlebih dahulu?
Adakah ruang di bilik tidur?
Ruang tamu?
Ataupun ruang dapur rumah anda?

Saya ingin dengar jawapan dan pendapat anda terlebih dahulu sebelum saya memberikan jawapan saya. Saya tunggu jawapan dari anda.

Rumah Idaman.


Hah? Apa pendapat kamu?

Sila beritahu.

Nak tahu apa pandangan Encik Shuth pasal isu ni?

Tungguuuuuu!!!


IsuBUMPERkahwin : Sebelum kahwin dulu ansur-ansur beli set bilik tidur, mesin basuh, TV dan peti sejuk dulu. Rumah pun sewa apartment je. Jadiklah nak mulakan hidup berdua.

21 comments:

  1. hihihi..
    bru bincang psl hal ni smlm..
    rasanya lps kawen slow2 cri brg dapur & pati ais dlu kot..
    :)

    ReplyDelete
  2. cutenyer rumah idaman awak..hehehe

    ReplyDelete
  3. ahak....tersedu saya baca entry..but seriously menarik...hikhik..wow...isu ini sgt penting...maka...kesemua yg anda nyatakan mcm kena ada jek...(garu kepala)

    ReplyDelete
  4. ermhh pick yg penting dlu..cm katil..ofcoz la kan...kalo sy..mik katil,freeze,mesin basuh, hermhh..dapur tu kalo rs mmg betul nk masak , beli la..p aku mgkin kiv dlu..tgu next month pastu br bli...
    br nk hdp..slow2...

    ReplyDelete
  5. erm topik yg menarik..xsabar nk tunggu entry strusnya..lepas kawen, kene bli freeze dlu since katil n set almari dh ader (ni kelebihan dok quartes,katil, almari baju, almari solek, sofa, meja makan sme dh tersedia)..dapur msk pnting gak tp tunggu pas kawen kot2 ader hadiah kawen..hikhik..

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah..abg kite da beli banyak barang waktu bujang...mesin basuh da ada..set bilik tido lengkap...kita sampai segan sebab dia lagi gile beli barang ruma kita duk rilek je..takpe da memang tanggungjwb dia kan...

    ReplyDelete
  7. salam. first of all, saya nk ucap terima kasih byk2 sbb sudi berkongsi pengalaman. saya mungkin akan mendirikan rumahtangga next year insyaAllah, so pengalaman kakak sgt2 membantu utk persiapan mental saya.

    ttg soalan yg diajukan, saya vote set bilik tidur. Sebab? Sepatutnya, kalau sudah ada isteri di rumah, nothing else matters :) Sepatutnye laa..

    1. Isteri yg terbaik ialah isteri yg boleh menghiburkan hati suami tak kira apapun situasinya. So, kalau takde tv ke radio pun takpe. Why do u need a TV bila orang kesayangan ada depan mata? Mungkin boleh guna kesempatan tu utk mengenali pasangan dgn lebih lanjut, now that both of them dh ada life sendiri. (Ye ah masa bercinta sibuk complaint sbb tade time yg cukup utk bermesra or nak berkenal-kenal, skang dh ada the whole lifetime utk bermesra, tp tanak plak guna peluang tu :P)

    2. Normally org akan jadi cranky sbb tidur x sempurna. Kalau nk sgt tgk tv, boleh pegi restoran yg ada tv.. bleh makan skali :D dahh selesai problem set dapur ngan hiburan media tadi. Nak tidur, takleh la nak tumpang restoran plak, takkan nak tidur atas lantai kan? Nak-nak pengantin baru. Faham-faham suda..

    Apepun, ini solution utk jangkamasa pendek je. Actually, kelengkapan-kelengkapan macam ni dh patut ada sebelum kawin, kalau takde, itu tandanya pasangan tu belum financially ready lagi dan tanggungjawab ini akhirnya akan disandarkan pada bahu si suami. At the end of the day, semua bergantung pada budget. Duit hantaran, cthnye, lebih praktikal kalau digunakan utk beli sikit kelengkapan2 tadi, drp dihabiskan semuanya dengan membeli handbag atau kasut yg fitrahnya sementara dan bermusim. Apa salahnya hadiahkan isteri dengan set voucher set dapur/bilik tidur ke instead of beg or kasut or kain persalinan mahal-mahal tu? And pihak perempuan pun apa salahnya hadiahkan voucher set tv pada bakal suami? Boleh je kan kalau nak masukkan dlm hantaran tu? :)

    Hanya sekadar berkongsi pendapat. Bottomline, jgn sibukkan sgt berbelanja pada benda yg bukan-bukan dan tak praktikal utk majlis semata, priority patut lebih kpd kehidupan lepas kawin. Unless of course, if you have the extra moolahs to spend la kan..

    Afterall, what matters the most is the marriage, not the wedding.

    Wassalam.

    Rubina Yunal

    ReplyDelete
  8. cik rubina yunal,

    alhamdullah..benda2 hantaran tu saya dah tak perlu pikirkan dah..

    sbb masa tunang aritu dah bagi sumer...

    sekarang kitorg hanya pikir nak beli brg2 rumah sajor...

    ReplyDelete
  9. skrg yg ada cuma: peti ais sebijik, oven sebijik

    TV kat JB ada sebijik, boleh angkut bawak gi KL
    Mesin basuh pun boleh rembat
    *mintak diskaun 80% dr adik..nak tak nak dia kena bagi gak*

    so, kena lengkap kan brk kat dapur
    dapur, tong gas..tu wajib ada tu..

    bilik?? sila lah membeli skit2 lepas kawen..
    pkai la katil+tilam lama *sian nye pengantin baru tido tilam lama*

    ReplyDelete
  10. yg paling penting tilam..katil xdak xpa lg..hihi

    pastu washing machine, peti ais,
    dapur n tv.

    sebaik2nya sebelum kawen dh prepare sikit brg2 keperluan ni..
    klu xprepare sblm kawen kena beli sikit2 la..hidup berumah tangga ni kena byk bersabar..

    ReplyDelete
  11. saye and incik tunang cume beli katil and sofa saje dulu

    ReplyDelete
  12. macam best topik ni...
    nk share jugaklaa...
    sekarang saya menyewa rumah bersama rakan2..so dh ade set bilik tidur yang lengkap..set meja makan...n dapur... mungkin bila nk kawin nnt br beli fridge..n mesin basuh..tv.. n br tambah2 yg lain
    rasenya oklaa tu utk permulaan...

    ReplyDelete
  13. topik menarik yg agak kerap dibincangkan bersama² en.tunang skarang ni..sy rs mungkin kena beli set bilik tido dl kot..then br beli dapur dll sikit²..xsabar nk tau jawapan..

    ReplyDelete
  14. nano : peti sejuk penting woo. mana nak simpan ikan dgn ayam, kan? huu

    dialicious : duit nya pun nak kena kiut jugak. :D

    anil : wah. dah garu2 kepala. apa2 pun, utamakan keperluan.

    farahanna : bole dah nak beli dulu. survey harga pun ok. kalau tak mampu beli cash, bole buat installment. dah bole start bayar sikit2 dari sekarang.

    miss D : sama lah kita. tinggal cuci kaki je dan topup sikit2 mana yang tak cukup lagi. yg penting, sedia berkongsi apa saja dan terima seadanya. heee

    ReplyDelete
  15. aziyana : duduk kuartes satu bonus! tinggal beli brg2 letrik je. dah la rumah besar, byk bilik pulak tu, kan. best nye!

    rubina : totally agree. i dulu, sebelum kawen, tak sedar pun benda2 ni semua. dah dekat tarikh kawen, baru lah tefikir. masa tu lah baru sibuk2 keluar masuk kedai perabot semua. huu

    hidden stories : macam ni lagi bagus! bulan2 dah takyah sibuk beli brg hantaran. bole spent satu bulan, satu barang rumah pulak.

    dayu : wah. dah cukup lengkap dah tu. tinggal nak masuk je.

    sheliza : sikit2, lama2 jadik bukit, kan. nak beli sikit2 dari skarang pun okay. daripada spend terlalu byk kat handbag branded dan semua2 brg hantaran tu, baik melabur beli peti sejuk. unless mmg duit bertimbun, itu lain cerita.

    point di sini, macam mana nak berkahwin tp dalam masa yang sama tak terlalu berhabis beli benda2 tak sepenting barang selepas hari perkahwinan. huu

    bride to be : takpe. pelan2 kayuh. jgn takde langsung.

    idanie : lebih dari cukup dah tu. mula2 mmg camtu.

    wardah : hehe. tungguuuu!

    ReplyDelete
  16. lambat lak iza baca entry yg ni..ehehehe..
    kalo iza duk umah sewa iza baiki tv yg da meletup je la nampaknye..tv tu pun kawan serumah time duk bujang tu yg punye keja la kasi letop..huhu
    sebabnye iza pilih tv, masa bujang da beli peti ais, mesin basuh yg duk tperosok kat stor skrg ni sbb da duk umah family lak..set katil lak da beli since nak tunang tu..kalo pasal barang dpr insyaallah dpt hadiah dr kawan2 nnt..huahuahua..tu kan mende biasa yg sllu org bg hadiah..so setle kn..tinggal tv atau menda2 hiburan jek..alhamdulillah

    ReplyDelete
  17. dibius cinta,

    based on my own experience, brg2 letrik biasanya family kaum kerabat mesti bagi as hadiah kawen nanti. heeee

    ReplyDelete
  18. S.H.E.L.I.Z.A SASYY > setuju dengan dia :p tilam dulu..:P baru slow2 beli barang yang lain2.:)

    ReplyDelete
  19. evyn,

    i pun beli set bilik tidur dulu. pelan2 kayuh. lepas kawen, boleh topup sikit2 sampai tak muat rumah mcm i skrg ni. :p

    ReplyDelete
  20. erm,,,ruangan dapur dulu la...tu yang penting

    ReplyDelete
  21. ruangan dapur!!!!
    pas2 baru fikir bilik tidr

    ReplyDelete