Sunday, November 1, 2009

Makanan : Doorgift Terhebat Sepanjang Zaman.

Musim orang kahwin kembali.


Macam biasa, aku mesti berdebar-debar tunggu dapat door gift apa. Biasanya, dapat paper bag isi macam-macam makanan tu lah, kan. Kuasa lah aku nak canang beriya-iya kat sini.


Kecuali door gift tu macam lain daripada yang lain dan kelihatan affordable, baru lah mendapat review secara langsung dari Isu BUMPER Kahwin ni.


akept 076

Tengok luar je, dah nampak macam best. Simple, kecik, anggun, bergaya. Cuba teka apa isi dalamnya?


akept 084

Sebagai perbandingan saiz.

Kelas, kau. Nak banding dengan Britney Spears aje :p


akept 077

Taaadaaa!!! Bahulu bunga saiz XL. My all time favourite.


akept 078

Ni contact number nye, ya : 016 – 337 3426 / 017 – 229 3329 (SHAWQI’s) URL laman web ke apa takde pulak ditempek sekali. Mungkin towkey nye belum khatam belajar buat blogspot kot.


** KEMASKINI **

Ni hah URL Shawqi's Bakery

(http://shawqis.multiply.com)

Credit to Shahnaz. We love u :)


Moralnya di sini, pada mana-mana usahawan yang berminat nak mendapat review khas kat sini, boleh lah mengirim sample produk kepada Isu BUMPER Kahwin. Nescaya akan direview secara depan belakang atas bawah semua. heh.


owh. Setakat buat review, PERCUMA je.

Macam biasa, Email je kat feexeea[at]yahoo.com


Tapi, dengan satu syarat. Pastikan produk / perkhidmatan yang ditawarkan tu sangat berbaloi la untuk pembaca setia Isu BUMPER Kahwin. Yang kamu rasa, kalau bakal-bakal pengantin kat Isu BUMPER Kahwin tak tau, memang rugi jiwa dan raga lah.



Isu BUMPER Kahwin : Nak tolong bisnes orang Melayu.


p/s : Seperti yang dijanjikan, TIPS MENJADIK ISTERI JARAK JAUH TERHEBAT :)

4 Komen BUMPER:

NURUL said...

mcm paper saya masa majlis kawin saya dulu.

xeea said...

wah. beli kat tempat sama jugak ke?

xora said...

Hai.. nak tanya.product ni nampak macam dari Restu Rezeki Enterprise je. Lambang syarikat pun dah hampir sama cam Restu Rezeki. masa abang saya kawin pun, kami amik dari Restu Rezeki tapi jenis bahulu gemok tapi dalam dia kek marble-- in fact product sama cam ditawarkan oleh Shawqis.

xeea said...

xora,

not sure la tang tu. Maybe Restu Rezeki tu dia punya supplier kot. better u go ask them for good :)