Thursday, March 26, 2009

Aturcara Majlis Pernikahan.

Selain atas permintaan, entri ini dibuat hasil pemerhatian dan pengalaman aku sepanjang menghadiri majlis pernikahan serta selepas diri sendiri bergelar raja sehari.

Perkara yang orang nampak macam remeh TAPI penting sebenarnya.


Tentatif program sepanjang majlis pernikahan.

DSC_3421

Sila ambil perhatian wahai bakal pengantin sekalian! Kalau tak dapat ingat, ambik kertas dan pen, salin siap-siap. Aku dulu, takde orang nak ingatkan. Bila dah sampai hari kejadian, huru-hara jugak jadiknya. Siap yang terasa hati pun ada.


Majlis pernikahan lebih bersifat kekeluargaan. Semua ahli keluarga terdekat berkumpul untuk meraikan kita pada waktu ni. Jarang sekali ada kawan-kawan turut serta melainkan yang betul-betul rapat dengan kita.


Masa ni, setkan siap-siap kat kepala kamu dan pasangan tentang aturcara yang akan berlaku. Lepas ni buat apa, lepas tu apa. Lagi bagus, dah siap catat awal-awal dan dijelaskan kepada ahli keluarga terdekat. Takdelah nanti mak kamu cakap gini, ayah kamu pulak suruh buat gitu, Mak Long pulak tiba-tiba masuk campur sekali masa majlis nanti. Kamu jugak yang tension. Tak tahu nak ikut cakap siapa.


Memang pening dan stress,ok!


Cukup-cukuplah stress masa buat persiapan dulu. Masa hari kejadian, kita nak jugak rasa bahagia dan gembira, kan. Dah lah nak kena control cun sepanjang masa. Jadi, kena lah jadik sedikit teliti dalam hal yang sesetengah orang anggap remeh ni.


Sebelum akad nikah :

1. Pastikan sentiasa ada pengapit duduk di sebelah.

Pengantin perempuan terutamanya. PENTING! Untuk lapkan peluh, adjust veil yang panjang berjela masa nak duduk atau bangun, tolong alih-alih barang/kusyen tempat bertimpuh tu in case nak kena ubah tempat duduk ke apa. Lagipun, tak manis lah kalau pengantin perempuan duduk sorang-sorang. Dia pun tau segan jugak. Kalau nak kena bangun, berjalan untuk mintak IC pengantin perempuan ke apa, biar suruh pengapit yang buat. Pengantin duduk diam-diam sudah. Dah nama pun raja sehari, kan?


2. Sediakan IC / kad pengenalan.

Keluarkan siap-siap daripada dompet. Mintak tolong pengapit pegangkan. Nanti tok kadi mintak, tinggal hulur je.


3. Duit upah.

Untuk pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah tok kadi. Ada sesetengah tempat, saksi pun nak kena bagi saguhati. Tanya siap-siap kat wakil pihak perempuan pasal hal ni.


4. Solat sebelum nikah

Kalau buat kat masjid, lebih afdhal ditunaikan solat ni. Niat dan cara mengerjakannya aku ada tepek kat tips raja sehari sebelum ni.


5. Senyum! Senyum! Senyum!

Kot iye pun berdebar-debar, janganlah sampai muka masam mencuka tengok kamera. Satu lagi, kalau tengah duduk bertimpuh lama-lama tu, tiba-tiba kaki jadik kebas ke, tukarlah position dengan cara sehabis sopan. Jangan paksa diri menahan. Ada pulak kes pengantin kejang kaki sebab bertimpuh lama sangat kang.


Semasa akad nikah :

1. Khutbah nikah

Yang ni aku tak berapa sure. Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas. Ikut tempat lah kot. Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan. Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan tempat pengantin lelaki dan tok kadi. BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye! Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini. Nanti kamu upah lah dia dengan baju baru barang selai dua :p


2. Bacaan taklik

Lepas akad nikah, ada bacaan taklik. Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la. Mula-mula, pengantin lelaki lepas tu baru yang perempuan. Kalau tiba-tiba kena baca dalam tulisan Jawi, pandai-pandai kamu lah. Get ready je.


3. Keluarga Sakinah.

Bagi orang Johor, benda ni dah biasa. Macam proses penyerahan penjagaan dan tanggungjawab oleh keluarga sebelah perempuan kepada pengantin lelaki. Adalah nanti yang lelaki kena pegang ubun-ubun kepala isteri sambil buat akujanji, wali dan ibu kena baca ikrar penyerahan, pengantin perempuan pulak baca ikrar pelepasan mintak halal air susu ibu bagai. Pendek kata, memang sandiwara semasa lah biasanya. Siap-siap lah letak sekotak tisu kat sebelah, ye.


4. Solat lepas nikah.

Siap je semua ni. Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah. Sila rujuk tips raja sehari ni untuk niat dan cara mengerjakan.


Selepas akad nikah :

1. Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran.

Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni. Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.


2. Upacara pembatalan air sembahyang.

Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai yang nak digunakan dalam upacara ni. Kalau sarung cincin takde masalah rasanya. Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke. Takdelah sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p


3. Bersalaman + cium tangan suami.

Ni lah yang dinanti-nantikan kamu semua, kan? Eleh, malu-malu tak nak mengaku pulak. Memang saat paling syahdu, gitu! Salam tangan macam biasa dan ciumlah. Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama. Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar. Apa boleh buat. Layankan aje. Yang penting gambar cun, kan.


4. Cium dahi.

Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok. Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak. Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak, setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konom macam diorang yang suruh la :p Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari. Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti. Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.

Cara-caranya? Ikut tips yang Nano bagi, sebelah tangan pegang bahu pengantin perempuan, sebelah lagi pegang dagu dia. Saling memegang tangan satu sama lain pun boleh. Barulah dapat cium kat dahi isteri. Bukannya cium tudung macam Mawi dengan Ekin dulu :p


DSC_3482


5. Bersalaman dengan ahli keluarga.

Tang ni pun ada protokolnya. PENTING! Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati. Lepas selesai semua, pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin. Mulakan dengan wali, mak ayah sebelah perempuan atau mak ayah sebelah lelaki. Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain, bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu. Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.


Itulah kot serba sedikit hasil pemerhatian dan pengalaman aku tentang aturcara majlis pernikahan. Nampak macam remeh, tapi kalau tak kena gaya, boleh jadik isu jugak nanti. Kalau ada terkurang atau tercicir kat mana-mana, boleh lah kamu tolong top up kan kat komen nanti ye.


Lepas baca, jangan lupa sampaikan kat bakal pengantin lelaki kamu. Biasalah, orang lelaki mana suka nak baca benda-benda macam ni. Selaku bakal pengantin perempuan yang dedikasi, kitalah bertanggungjawab untuk memberitahu. Biarlah dia nak kata leceh ke apa, yang penting, majlis kita nanti berjalan dengan baik tanpa sebarang rasa tak puas hati mahupun kontroversi =)


IsuBUMPERkahwin : Sediakan payung sebelum hujan kan lagi baik daripada dah basah lencun baru nak terkial-kial carik payung.

Wednesday, March 18, 2009

D.I.Y : Mudah, murah dan praktikal. / Gubahan Hantaran.

Nak lupakan kejap pasal hal sukacita kat sana, aku bawak diri ke sini.

Maaf, tak dapat nak update pasal slot Tilam & Bantal yang lepas. Ada masalah nak akses email. Tak dapatlah nak tepek email En. Shuth tu. Tunggu lah kalau server dah ok nanti, aku update pasal isu tu, ye.

Belek-belek fail gambar yang melambak-lambak dalam komputer riba semalam. Layan jiwa sikit. Tengok gambar keluarga. Tengok gambar kahwin. Tiba-tiba rasa macam murah hati nak kongsi sesuatu dengan kamu semua.

Seperti yang kamu sedia maklum. Tema perkahwinan aku dulu adalah 'kahwin budget'. Semua benda aku D.I.Y sendiri. Dari cat rumah sampai lah ke menggubah barang hantaran. Apa boleh buat. Kita orang yang 'tiada-ada'. Ukur baju di badan sendiri.

Meh aku nak kongsi tips idea gubahan hantaran yang tak seberapa untuk sesiapa yang sudi.

Tema : Mini Garden of Roses.

Konsep : Simple. Mudah. Murah. Jimat. Praktikal.

(Kos keseluruhan, tak sampai RM 10 untuk satu dulang. Tak masuk harga barang hantaran tu lah, kan.)

Bahan-bahan diperlukan :

prewed 027

1. Gadget asas : Balang kaca + bakul + gunting + playar + riben + gam tembak + jarum peniti + polistrin + barang-barang terpakai yang ada di sekeliling kamu.

(Balang tu boleh dapat harga paling murah RM 5 kalau beli borong. Murah dan praktikal. Boleh recycle lepas guna. Aku siap agih-agih kat saudara-mara untuk dijadikan sebagai pasu, akuarium, bekas simpan buah dan ikut-suka-mereka-lah-nak-buat-apa.)

2. Bunga ros + daun

(Aku beli yang palsu je. 4 tangkai, RM 10. Kalau tak suka bunga ros, boleh tukar bunga tahi ayam. Takde hal punya. Kamu punya hantaran, kamu punya suka. Daun pun pilih lah mana-mana yang berkenan di hati.)

3. Kreatif, tabah, berani mencuba dan tak putus asa.

Cara-cara membuatnya :

pre 089

Gubahan buah-buahan paling senang. Kenapa epal je? Sebab aku suka epal merah esp. Royal Gala. Kalau dapat yang merah semua (takde macam kuning-kuning tu) lagi cantik. Nak bagi kilat, sapu dengan minyak masak. Lepas tu, susun je dalam kotak bentuk heksagon. Boleh dapat kat kedai jual barang nak buat gubahan dengan harga RM 4 satu. Tepek bunga + daun kat keliling dia sesedap rasa.

DSC_3540 DSC_3552DSC_3551

Ni gubahan dalam balang kaca. Lagi senang. Masukkan je dalam balang. Selit-selit sikit dengan bunga + daun. Ikat reben.

1. Gubahan set wangian. Guna balang bentuk silinder. Manik panjang tu, lilit-lilit je nak bagi nampak canggih :p Semeter RM 2 kalau tak silap.

2. Gubahan tuala mandi. Guna balang bentuk bulat yang ada curve kat kepala dia. Gulung tuala, ikat dengan reben lepas tu, sumbat je dalam balang. Sekarang ni, balang tu jadik akuarium ikan emas aku.

3. Gubahan coklat. Balang bentuk macam hour glass sikit. Sumbat je Ferrero Rocher sampai balang penuh. Bekas silver tu pulak, boleh beli kat kedai 2 ringgit dengan harga RM 2 jugak. Tapi, aku rembat dari stor Mak aku. Dia tak pakai pun.Sumbat dengan coklat Tango. Rantai mutiara tu pun beli kat kedai 2 ringgit je. Boleh lah buat melaram pakai pergi majlis orang kahwin lepas tu.

DSC_3541

Satu lagi gubahan paling mudah dan praktikal. Letak je Al-Qur’an dalam bakul RM8 yang dibalut terlebih dahulu dengan kain organza. Macam biasa, selitkan bunga + daun untuk bagi berseri sikit. Bakul ni sekarang dah jadik tempat isi buah.

DSC_3549DSC_3555 DSC_3545

Lagi idea gubahan ringkas dan mudah.

1. Gubahan kuih dan manisan. Beli je balang kuih raya promosi pada harga RM 9.90. Isi dengan kuih. Ikat riben dan selitkan bunga.

2. Gubahan Kemeja + dompet + tali pinggang + stokin + tali leher. Ambik ko. Punya la nak jimat. Taknak guna banyak dulang. Aku sekalikan je semua ni dalam satu dulang. Susun je sesedap rasa. Selit dengan bunga. Gitu je konsepnya.

3. Gubahan jam tangan. Yang ni, aku guna polistrin bentuk kerang yang dah siap sedia dijual kat kedai dengan harga RM 4. Cuma guna rantai manik dan riben sebagai hiasan. Jangan lupa, selit bunga!

Senang je, kan?

Tak payah pening-pening lagi. Belum cuba, belum tahu.

IsuBUMPERkahwin : Gemarkan sesuatu yang mudah, murah dan praktikal. Perkahwinan bukan setakat sehari je =)