Thursday, April 2, 2009

Tilam & Bantal : Nak beli apa dulu ni? (sambungan)

Entri ini adalah susulan Slot Tilam & Bantal yang lepas.

Selepas berhempas-pulas menggodek email, barulah dapat akses semula tips dan pendapat En. Shuth daripada Maskahwin.com pasal isu nak beli apa dulu lepas kahwin nanti.

Mempersembahkan...


Pertama sekali, apa yang perlu kita fahami ialah, setiap orang mempunyai tahap keselesaan, cara pemikiran serta persekitaran hidup yang berbeza-beza.

Oleh itu, sudah pastinya, jawapan bagi soalan yang berbentuk "pendapat" seperti ini akan mempunyai jawapan yang berbeza-beza. Tiada jawapan yang salah atau betul bagi soalan seperti ini.

Bagi sesetengah orang, menikmati masakan si isteri itu adalah perkara yang sangat penting dan mampu memberikan kebahagiaan.

Bagi sesetengah orang yang lain pula, suasana duduk berdua-duaan sambil menonton rancangan TV kesukaan adalah lebih menyeronokan.

Tapi, bagi saya, suasana berdua-duaan di atas katil yang empuk dengan suasana lampu yang malap itu, adalah suasana yang lebih menyeronokkan dan membahagiakan.
.. ho! ho! ho!..
Maaf, jika saya membuatkan diri anda berasa lebih ghairah dan tidak sabar-sabar untuk berkahwin.

Sekarang, baru saya tahu, mengapa ibu-bapa saya dahulu, sibuk menyuruh anak-anak mereka (termasuk saya) yang ingin mendirikan rumahtangga, membeli set bilik tidur sempena perkahwinan mereka. Rupa-rupanya, disitulah bermulanya rahsia kebahagiaan & kenikmatan hidup berumahtangga :)

Namun begitu, seperti yang saya nyatakan di atas, setiap orang mempunyai pandangan serta bajet yang berbeza-beza. Adalah baik juga, jika anda dapat melengkapkan kesemua ruangan rumah anda dengan perkara-perkara yang asas seperti, hanya tilam di bilik, hanya TV di ruang tamu, dapur & tong gas di dapur dan sebagainya.

Apa-apa pun, bijaklah berbelanja dan merancanglah bajet anda dengan teliti.

Kehidupan rumahtangga anda baru sahaja bermula, masih banyak lagi masa dan cabaran yang perlu di hadapi.



Macam mana? Dah beli set bilik tidur, belum? :p



IsuBUMPERkahwin : Selain masa berdua-duaan dalam bilik, duduk lepak tengok TV berdua sambil baring kat riba dan rambut dibelai pun merupakan momen suami-isteri yang paling romantik bagi saya! :)

13 comments:

  1. ikutkan hati mau beli kesemuanya sekaligus.semua nya penting.tp tak mampu

    ReplyDelete
  2. ala baru nak komen ho ho ho je tp na da komen dulu..wakakakaka..;P

    ReplyDelete
  3. hmmm...momen suami-isteri ye xeea..sabar ye semua..haha

    ReplyDelete
  4. rasa cm nk beli semua biar cmplete... p mgkin awal2 tu x mampu la nk beli semua.. so rs nya cm set bilik tido comes 1st.. hehehehe... tv, freeze..tng i infrm kalo rs nk msk beli la dapur..p kalo x kiv je dlu...


    yg penting bilik tido!!!
    yg penting bilik tido!!!
    yeah wonderpet!!

    ReplyDelete
  5. katil dh ader..tilam jer kena bli..amlamri pun dh ader..kerusi pun dh ader..peti ais mesin basuh jer blom..hehhee

    ReplyDelete
  6. saya setuju.. blik tido penting,, juga living room n kitchen.. slow2 k, jgn gelojoh.. hehe

    ReplyDelete
  7. nano : ho ho ho! tak sabar la tuh :p

    antalya : sabar2. pelan2 kayuh.

    dibiuscinta : wah. wah. gatal jugak dah tu :p

    wardah : momen, awak. momen. haha bertenang. tak lama dah, kan. pasni, awak pun boleh ada momen tersendiri.

    farhanna : apa yg penting? kerjasa..err set bilik tidur! betul tau. takde katil, tak feel. haha

    aziyana : slow2 kak. basic2 dah ada, ok aa tuh. baju boleh hantar dobi dulu. kite dulu, memula kawen pun tade fridge lagi. belasah tapaw lauk kat mamak je. huu

    nariko : jgn gelojoh kan, awak? beli set bilik tidur dulu. err.. ke macam 'gelojoh' jugak ek? haha

    ReplyDelete
  8. ouh sah..saya suka moment tu..!!gatai..

    ReplyDelete
  9. anil,

    kalau dah melalui momen tu sendiri, mesti awak lagi suka! *double gatai*

    ReplyDelete
  10. uihh..nie tak sabar nak beli set kamar tido nie...

    wahh..syok2....

    ReplyDelete
  11. hanie : heipp! biasa dia. tanduk kena simpan dulu. dah official nanti baru boleh keluar :p

    hidden stories : sila. sila. try ushar kat carvensi. divan kat sana boleh dapat 200++ je. sgt sesuai utk pengantin budget mcm kite. huu

    ReplyDelete