Monday, February 2, 2009

Emas. Harta wanita. / Cincin kahwin.

Terasa sangat sendu. Tiba-tiba aku rindu dia sangat-sangat.

Tak tahu kenapa. Rindu suara dia, ketawa dia, senyum dia, wajah dia. Semuanya.

Itu aku, anak saudara dia. Bayangkan rindu isteri dan anak-anak dia. Tak tertanggung rasanya.

Seperti yang aku kata, ini adalah blog ternakan aku di kala sendu. Maka, dengan air mata yang mencurah-curah di pipi, aku mulakan entri ini.

Mudah-mudahan reda lah hujan lebat di mata ni nanti.

**********

Tadi bloghopping kat blog bakal pengantin semua. Semua tengah rancak buat persiapan nampaknya. Sampai stress dibuatnya.

Bertabahlah wahai pengantin semua.

Itulah orang kata, ingat senang ke nak bergelar raja sehari kalau kita ni sah-sah bukan dari keturunan kerabat diraja. Tapi, aku sangat berbangga dan kagum dengan pengantin yang uruskan segala persiapan perkahwinan sendiri. Semua benda, kalau boleh, nak buat sendiri.

Itulah yang sepatutnya pun. Majlis untuk diri sendiri pun. Apa salahnya put some effort. Biarlah buruk pun, tak cantik orang kata. Yang penting, semua tu atas usaha titik peluh sendiri.

Very high sentimental value gitu.

Orang yang tak buat sendiri, main upah je sana-sini, takkan dapat rasa perasaan semua tu. Dan takkan hargai setiap benda dan perkara yang terlibat dalam persiapan perkahwinan dia sama macam orang yang D.I.Y segala benda dari awal hingga akhir.

Balik kat tajuk kita. Pasal emas.

Lama dah orang request, mintak aku usulkan kedai barang kemas yang sesuai untuk di ushar. Baru ni lah aku berkesempatan nak tulis.

Lagipun, aku bukannya wedding planner profesional.

Bukan jugak anak towkey kedai emas.

Aku cuma kongsi pengalaman uruskan persiapan perkahwinan sendiri sikit masa dulu.

Ya. Betul lah. Memang stress.

Bila sebut pasal emas. Memang tak boleh nak dipisahkan dengan wanita. Sedar atau tak, itulah harta yang kita ada. Dari segi material lah.

Cincin pertunangan dari uncle Poh Kong.


Sebab norma kehidupan biasa menunjukkan, sebaik mendirikan perkahwinan, rumah; suami beli, tanah; suami punya nama. Isteri? Nan ado. Menumpang je.

Kereta? Oh. Itu bukan jatuh dalam aset. Tak macam rumah dan tanah, lagi lama, lagi berharga. Kamu mana tahu, tapak asal rumah nenek moyang kamu duduk dulu sekarang ni dah berdiri sebijik bangunan KLCC. Nilai hartanah sentiasa naik. Ikut peredaran zaman dan lokasi lah.

Sama jugak macam barang-barang antik. Makin berkarat, makin tinggi nilai estetika dan Ringgit Malaysia nya.

Sebab tu aku kata, emas harta wanita. Orang laki haram pakai emas.

Maka dengan itu, masa nak pilih barang kemas; tak kisah la cincin ke, rantai ke, gelang ke dan sebagainya, untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan atau dijadikan sebagai mas kahwin, pilih yang nilai nya tidak akan jatuh secara mendadak bila nak gadai.

Bukan apa. Itu je lah harta yang kita ada. Kalau ada apa-apa kejadian atau kecemasan, terpaksa jugak buat apa saja untuk dapatkan duit, kurang-kurang boleh jugak tolak kat pajak gadai. Paling tidak pun, boleh dijadikkan cagaran.

Mesti ada yang kata dalam hati, "Takkan lah nak gadai cincin kahwin kot."

Ingat. Jangan main-main dengan perkara yang kita tak boleh jangka ni. Kalau dah terdesak sangat, semua benda boleh jadi.

Cincin kahwin dari pakcik Habib.


Mak aku kata, emas 916 sekarang berharga RM 105 bagi setiap satu gram. Emas lain-lain, dia tak update, sebab tak minat. Kata mak lagi, dia lagi prefer emas 916 sebab ia mempunyai kandungan lebih 90% emas. Kalau emas Kelantan lagi pulak. Kira ikut ringgit. Aku tak menahu camana caranya. Mungkin ada orang-orang sana yang boleh tolong explain kot.

Tengok sini, nak tahu lebih lanjut pasal jenis-jenis emas.

Ada jugak tanya, nak beli emas kuning ke putih, ye?

Kalau ikut orang-orang tua, sah-sah la diorang akan melenting tengok kamu beli emas putih. Takde second-hand value katanya. Lagi besar gelang bakal suami kamu beli, maka lagi lebar lah senyum mak kamu dan kata dalam hati, "Beruntung anak aku dapat laki banyak duit. Lepas ni boleh mintak rantai bobot pulak."

Aku gelar rantai bobot mak aku 'rantai hiphop'.


Lagi satu, mak-mak kita pun tak berapa berkenan dengan berlian. Pun alasan sama. Takde second-hand value. Dia tak heran pun kalau kamu dapat cincin kahwin emas putih bertatah berlian berkarat-karat dan besar bak mata ikan paus macam cincin kahwin Datuk Siti tu. Dia akan kata, "Eleh, zircon je tu. Takpun Zhulian."

Kita pulak akan kata, up-to-date lah. Trend, babe.

Kena lah beli emas putih. Emas kuning ni masa zaman mak-mak dulu, boleh lah. Kalau boleh, yang lagi halus, lagi cantik. Tak nak lah gelang besar serupa gari tangan macam yang cerita Mami Jarum pakai tu.

Kalau gadai ni, mau boleh buat down payment Honda City sebijik.


Ni hah pulak, cerita pasal emas putih.

Sila baca sendiri, ye.

Lepas tu, buat lah pilihan sendiri. Nak yang kuning ke, yang putih. Nak batu zircon ke, mutiara, berlian atau plain saja. Lain orang, lain citarasa.

Kalau dah mengidam sangat nak pakai emas putih, jangan mengada-ngan pulak nak fikir, "Cincin kahwin ni nak pakai sampai tua, kalau boleh sampai hujung nyawa, dah tua nanti, takkan nak pakai emas putih, nak pakai gelang dan rantai yang halus-halus."

Terus tak jadik beli emas putih.

Paksa jugak diri beli gelang besar gajah, konon-konon demi masa depan la. Bahananya, gelang dan rantai bobot tu duduk dalam laci je nanti, sebab malu nak pakai. Takut kena kutuk dengan kawan-kawan sebab old-fashioned.

Dah kalau masa tengah muda ni, kamu tak pakai apa yang diidamkan semata-mata fikir ia tak sesuai lagi untuk masa tua nanti. Rugi betul. Tengah muda remaja ni lah nak pakai. Dah tua nanti, dah segan pulak. Masa tua, itu lain cerita.

Mintak lah rantai bobot dan gelang gajah tu kat suami kamu bila dah sampai usia nya nanti, ye.

Untuk lelaki pulak. Trend sekarang, tunang pun lelaki nak sarung cincin. Kahwin pun nak jugakkkk. Pada aku, masa tunang, tak payah lah. Kita back to basic. Bagi cincin tanda dan tunang kat perempuan je. Masa kahwin nanti, boleh lah kalau nak bagi suami cincin kahwin sebagai tanda kenang-kenangan.

Percayalah. Lelaki ni bukan cermat macam orang perempuan bila masuk bab menjaga barang-barang kemas ni.

Jadi, tak payah la susah-payah nak belikan yang mahal-mahal. Cukup syarat sudah. Sudahnya nanti, dia tinggal je cincin suasa ke platinum segala tu dalam bekas cincin. Mujur dia tak tinggal atas sinki dalam tandas. Sakit je hati tengok nya. :p

Lagi satu, jangan tanya aku, lelaki boleh pakai suasa ke tak? Silver ke. Aku tak cukup ilmu lagi nak hujah pasal tu. Apa yang aku tau, asal nama pangkal dah emas, tak kira lah kuning ke putih, tetap HARAM untuk lelaki. Mungkin ada yang pakar, boleh lah tolong jelaskan nanti.

Untuk pilihan kedai-kedai barang kemas yang ada, jangan harap aku nak masukkan Tiffany & co. mahupun Chopard atau Cartier atau The Hearts on Fire atau The Carat Club kat dalam senarai. Sebab aku tak pernah terlintas pun nak beli cincin kahwin kat sini. Seram nak masuk.

Ye lah. Kita ukur baju kat badan sendiri, kan.

Pilihan standard, Habib Jewels lah kan.

Harga emas semua sama pun kat mana-mana kedai. Beza dari segi harga upah, design dan jenama.

Secara jujur, aku lagi suka kat Poh Kong. Banyak pilihan. Nak yang satu mata, dua mata, mata berderet-deret macam cincin kahwin aku pun ada. Merata tempat pun ada Poh Kong ni. Harga pun lebih berpatutuan kalau nak dibanding kan dari segi saiz berlian yang lagi besar berbanding kat Habib.

Kalau Habib, mau nak kena pergi yang kat Ampang, baru banyak sikit pilihan dia. Itu pun tunggu masa sale gila-gila punya. Lepas tu limited pulak. Nak kena berebut-rebut dengan orang lain. Lagi malang, kalau kita tak sedar, cincin tu nanti, sama pulak dengan cincin kahwin saudara-mara terdekat. Tensen.

Tapi, kalau dah dari awal memang dah niat, nak jugak ade sebijik bekas cincin dari Habib, apa salahnya. Bukan selalu pun kan. Nak-nak pulak jenis yang budget ketat macam aku. Rembat je lah mana yang ada masa sale tu. Nak beli berlian masa takde sale, gigit jari je lah.

Pilihan lain?

Wah Chan
Tomei
DeGem
Selberan
Diamond & Platinum
KM Oli Mohamed
Lazo Diamond

Kedai-kedai emas yang berhampiran rumah kamu.

(Baca : Yang terakhir ni pilihan terbaik. Sebab boleh buat custom-made dan boleh tawar-menawar dari segi harga upah. Kalau kedai glemer-glemer ni, jangan harap la. Harga jenama dia je, mau makan ratus dah.)


Ada satu lagi cadangan.

Kalau awal-awal dah berangan nak engrave nama atau love message atau nama atau tarikh kahwin atau apa-apalah kat cincin kahwin nanti, silalah buat siap-siap masa tempah tu. Jangan buat alasan, nanti-nanti lah. Lepas kahwin pun boleh buat apa. Sudahnya, tak jugak buat macam aku ni.

Engraved rings. (Credit : Limoges Jewelry)


Kalau beli kat Poh Kong, nak engrave, dia bagi FREE. Kalau kat Habib, dia charge. Ni ikut pengalaman aku dulu aa. Kalau kat tempat lain, aku tak tahu macam mana.

Seperti biasa, tepuk dada, tengok poket dulu!


IsuBUMPERkahwin : Hujan dah reda.

17 comments:

  1. pandangan yang baik.
    Saya pun settlekan semua sendiri hal kahwin. Memang kena settle kan sendiri pun sebab takde siapa yang boleh di harap.

    Huhuhu.

    About suasa tu, dah da keluar fatwa bahawa suasa di haramkan buat lelaki sebab pembikinannya bercampur dengan sedikit emas.

    wallah hu alam.

    ReplyDelete
  2. berani kata nk kawen tuh senang...!
    mmg penah la aku dgr dr mmbr2 yg muslim ke...non muslim terlepas ckp... "alah..kawen... senang je... pe ssh..."
    pd aku mmg la senang klu dah sume mak ayah siap kan... itu pn...still!! kamu2 tetap akan ase kepayahan nye jugak...especially segala documentation yg diperlukan mase nk kawen tuh.... ade jugak cm menyesal lak kate cmtuh..sbb bile dh diri sendri yg nk kawen...hah..berpoloh2 dibuatnye... mcm2 nk pikio.....

    menarik gak cite brg kemas...aku ni dah smmg nye klu nk beli brg..aku suke survey smpi puas...baru lah aku beli.... so klu nk dgr kisah aku...mase 1st dulu, aku tanye org..."kat mane yg okay ek nk beli brg kemas??" ade 1 of fren tu kata...."jgn beli kat poh kong...i penah wt research...emas poh kong ade cmpuran ngn yg lain...klu nk tgk..tgk kekuningan die..." ntah la kan... aku pn tak tau akan kesahihan fakta ni... kata kakak ipar aku pulak... "klu nk beli mas...carik emas trans kakcik..." emas trans???? kenape plak... bile dh byk survey...baru aku perasan...mmg pn berbaloi kalau beli...sbb isi nya padu tp design nye simple n nice la...n pilihan nye pn tak byk....harga pn bole tahan la beb!

    but at the end..koleksi segala cincin tanda...cincin tunang...wedding bangle...cincin husband...sume nye aku beli dr Habib Jewels..tah la...bile dah byk2 survey...aku ase habib jugak yg memikat hati... sbb aku ase cm not bad la... bole jugak klu nk tawar menawar...pndai2 sendiri la... then org yg serve sume melayu...
    nasib baik aku time tuh...cuz aku beli brg kemas time harga tgh rendah...belum pn cecah RM100 sgram...

    mgkin ade org kata kat pohkong lg byk cantik2...mmg pn...tp sbb aku tak suke yg berkerawang2 bagai sume tuh... n another reason penah la purchase brg kat poh kong...aku ase cm tertipu pulak..sbb lepas beli tuh aku tgk bil nye...harga emas yg kite beli berapa...n harga upah tuh berapa...yg buat cm aku ase geram tuh... tinggi jugak harga upah nih...padahal design biasa je... tp sbb dah byr kan...so nk buat cane...

    tomei plak choice nye tak menambat hati aku time tuh...n lepas tuh wah chan...ade satu time tuh, WC buat sales..so smpt gak la aku survey kat situ... mmg la murah... tp bile tgk kualiti nye...cm lembut bebenor...bak kata org tue2...tak kasar..haluih!

    klu kedai yg takde brand nih...kdg2 mmg ade yg okey... tp ssh nk dpt...kite kene pusing2 satu semenanjung baru jmpe kot... cm aku ni...nk mencarik kt kl....susah la nk jmpe....mybe ade sape2 nk propose kedai emas kt kl nih....

    tp mase aku nk tukar kn...duit emas kahwin ngn brg kemas... aku tjmpe satu kedai ni yg tak de la brand mcm habib jewels ke...poh kong ke..... tp kedai tu mgkin femes di SG.petani sbb aku beli time tu baru lepas kenduri umah husband..takut la kan pegang duit byk2...so baik tukar ngn brg kemas terus...then mase tgk2 tuh...mmg boleh tahan... harga pn berpatutan....
    lame jugak kat situ...so tanpa ragu2 aku dpt la ganti duit mas kahwin tuh....

    heh..excited kan aku bercite...! nway..just wanted to share...ini cume pendapat n pandangan dan juga berkongsi pengalaman...

    ReplyDelete
  3. mak oiii ni sesi mgarang karangan ke?? excited sungguh cik dyh..
    for me..

    i'll buy smtg yg smple just for tunang je kan..so smple je..

    mcm nk yg belah rotan kosong p ukir name..nice x?

    ReplyDelete
  4. LadyNoe : thank you for sharing info. all the best with the preparation!

    dayah : way to go mak buyung! thank you for sharing.

    farahanna : less is more. very nice.

    ReplyDelete
  5. hehe..sori la kengkawan..saye t'over drpd author nyeh...
    oklah tuh...so sweet klu nk ukir name...
    tp i think klu nk ukir name buat la time nk kawen nati...lagi sweet....'
    tunang nih... still awal lagi... lg pulak klu plan nk tunang bertahun2...
    just a comment la... cuz it still depend on you....

    pe2 pn...yg penting...klu nk beli cincin kan...especially cincin kawen la...jgn la beli saiz ngam2...
    sbb belum tentu pas beranak muat lagik cincin2 tuh sume...
    cm saye nih..kawen seb baik dpt bangle..so ade cincin tunang n merisik je... kebetulan cincin merisik tuh terbeli yg ngam2..cincin tunang plak..cm besar sket..longgar la kirenye.. so mase pregnant nih..smpi skang bole pakai lagi... cume cm ketat sket la..but still bole masuk...
    yg cincin merisik tuh...dah tak muek dahhh.... smpn je sume...dengan harapan..lepas deliver nih..dpt pakai blk..huhuhu...

    de neighbour kite kn..die mmg beli yg besar tau...tapi mase beli tuh dekat cincin tuh..die ade letak sumthing macam pengetat nye la..kite pn tak reti nk explain mcm mane... tp...kire tade la longgar mase nk sarung time nikah tuh...

    (arghhh..still..terpjg lagik... hehe..sowi la xea..blog ko menjadi mgsa aku dikala boring di ofis... :P)

    ReplyDelete
  6. wawawawa...kalo sesapa tau mne2 kdai mas de sale..sile infrm aku k before hjg march ni ..

    ReplyDelete
  7. klu nk gi survey better skang kot...saki baki sales for Chinese New Year ade lagi ase nye... kt Habib pn perasan sales nye smpi 9 february... try check kat website... - http://www.habibjewels.com/web/habib-promo.htm

    ReplyDelete
  8. dyh : no worries. pjg berjela pun tak ape. huu

    aku nye cincin sume longgar. padahal saiz plg kecik dah. saiz 9. tatau kot2 aku dah pregnant mcm ko nti jadik saiz bape pulak. huuu

    farahanna : habib slalu je ade sale. kena alert aa. slalu pi jengah website dia.

    ReplyDelete
  9. sedikit info..suasa lelaki memang tak boleh pakai sebab ada campuran emas putih.

    hari tu berbasa basi dengan sorang kakak kedai emas. dia kata, try la suasa..lelaki boleh pakai..campuran emasnya sikit je. 10% je.

    uiks..saya jawab..err, kalau gitu kek yang letak 2-3 sudu wine pun kita boleh makan juga laa ye?? errr..agak kurang ajar kan saya. tapi just basa basi..nak bgtau yang emas tetap emas. dan ianya tetap haram walau berapa % campurannya.

    ReplyDelete
  10. umyra,

    thnx for the info. kesimpulannya, lelaki boleh pakai platinum je lah kan? err..ke tak boleh jugak eh? i bukan tau sgt pon.

    nak selamat, laki pakai cincin jed je lah. huuu

    ReplyDelete
  11. uuh. agk membantu la this blog.
    thanks! palingg digemari, part "ukur baju di badan sendiri".. sokong2.. =)

    ReplyDelete
  12. kalau beli emas kat kedai mmg harga hampir sama semua, apa kata beli dengan pembekal emas seperti hafizjewel, sila lihat di website www.hafizjewel.com.

    ReplyDelete
  13. maaf mengganggu..just nak tanya..ada saper2 berminat dengan bunga sabun berbentuk bunga mawar tak? 1 psc jatuh pada 0.60sen sahaja..saper2 berminat boleh msg saya di 019-2132858 miss ain.jgn delete no hp saya sebelum u all tidak melihat bunga sabun saya..


    terima kasih..

    ReplyDelete
  14. Salam..I dh link u..So sweet info..

    ReplyDelete
  15. betul2..suasa laki xleh pakai..platinum pon xleh sbb ada unsur emas putih..ni mak aku tlg tny kan kt ustaz tmpat dia blaja al-barakah..ala yg model kena hukum sbat sbb minum alkohol dtg repent kat situ tu..lupa plak aku nama model tuh...tp ustaz tuh kata beli je silver sbb diyakini..watpe beli kemain mhl tp dpt dosa je kan ataupun syubhah (was2)

    ReplyDelete
  16. boleh add kami tak untuk cincin emas kahwin, harga kami murah dari harga pasaran..

    http://www.hafizjewel.com (terima kasih ye kerana sudi membantu sesama..sokonglah bumiputra :)

    khidmat untuk membeli sebarang bentuk emas seperti emas 916, gold bar, gold coin. Selain emas kami turut membeli suasa, emas putih, platinum dan khidmat untuk menebus surat pajak.

    layari.. http://www.hafizjewel.com

    ReplyDelete
  17. I love the designs of the rings.These rings are very much pretty.It took me 1 hour because I was admiring them.
    Diamond Rings Boston

    ReplyDelete