Wednesday, March 18, 2009

D.I.Y : Mudah, murah dan praktikal. / Gubahan Hantaran.

Nak lupakan kejap pasal hal sukacita kat sana, aku bawak diri ke sini.

Maaf, tak dapat nak update pasal slot Tilam & Bantal yang lepas. Ada masalah nak akses email. Tak dapatlah nak tepek email En. Shuth tu. Tunggu lah kalau server dah ok nanti, aku update pasal isu tu, ye.

Belek-belek fail gambar yang melambak-lambak dalam komputer riba semalam. Layan jiwa sikit. Tengok gambar keluarga. Tengok gambar kahwin. Tiba-tiba rasa macam murah hati nak kongsi sesuatu dengan kamu semua.

Seperti yang kamu sedia maklum. Tema perkahwinan aku dulu adalah 'kahwin budget'. Semua benda aku D.I.Y sendiri. Dari cat rumah sampai lah ke menggubah barang hantaran. Apa boleh buat. Kita orang yang 'tiada-ada'. Ukur baju di badan sendiri.

Meh aku nak kongsi tips idea gubahan hantaran yang tak seberapa untuk sesiapa yang sudi.

Tema : Mini Garden of Roses.

Konsep : Simple. Mudah. Murah. Jimat. Praktikal.

(Kos keseluruhan, tak sampai RM 10 untuk satu dulang. Tak masuk harga barang hantaran tu lah, kan.)

Bahan-bahan diperlukan :

prewed 027

1. Gadget asas : Balang kaca + bakul + gunting + playar + riben + gam tembak + jarum peniti + polistrin + barang-barang terpakai yang ada di sekeliling kamu.

(Balang tu boleh dapat harga paling murah RM 5 kalau beli borong. Murah dan praktikal. Boleh recycle lepas guna. Aku siap agih-agih kat saudara-mara untuk dijadikan sebagai pasu, akuarium, bekas simpan buah dan ikut-suka-mereka-lah-nak-buat-apa.)

2. Bunga ros + daun

(Aku beli yang palsu je. 4 tangkai, RM 10. Kalau tak suka bunga ros, boleh tukar bunga tahi ayam. Takde hal punya. Kamu punya hantaran, kamu punya suka. Daun pun pilih lah mana-mana yang berkenan di hati.)

3. Kreatif, tabah, berani mencuba dan tak putus asa.

Cara-cara membuatnya :

pre 089

Gubahan buah-buahan paling senang. Kenapa epal je? Sebab aku suka epal merah esp. Royal Gala. Kalau dapat yang merah semua (takde macam kuning-kuning tu) lagi cantik. Nak bagi kilat, sapu dengan minyak masak. Lepas tu, susun je dalam kotak bentuk heksagon. Boleh dapat kat kedai jual barang nak buat gubahan dengan harga RM 4 satu. Tepek bunga + daun kat keliling dia sesedap rasa.

DSC_3540 DSC_3552DSC_3551

Ni gubahan dalam balang kaca. Lagi senang. Masukkan je dalam balang. Selit-selit sikit dengan bunga + daun. Ikat reben.

1. Gubahan set wangian. Guna balang bentuk silinder. Manik panjang tu, lilit-lilit je nak bagi nampak canggih :p Semeter RM 2 kalau tak silap.

2. Gubahan tuala mandi. Guna balang bentuk bulat yang ada curve kat kepala dia. Gulung tuala, ikat dengan reben lepas tu, sumbat je dalam balang. Sekarang ni, balang tu jadik akuarium ikan emas aku.

3. Gubahan coklat. Balang bentuk macam hour glass sikit. Sumbat je Ferrero Rocher sampai balang penuh. Bekas silver tu pulak, boleh beli kat kedai 2 ringgit dengan harga RM 2 jugak. Tapi, aku rembat dari stor Mak aku. Dia tak pakai pun.Sumbat dengan coklat Tango. Rantai mutiara tu pun beli kat kedai 2 ringgit je. Boleh lah buat melaram pakai pergi majlis orang kahwin lepas tu.

DSC_3541

Satu lagi gubahan paling mudah dan praktikal. Letak je Al-Qur’an dalam bakul RM8 yang dibalut terlebih dahulu dengan kain organza. Macam biasa, selitkan bunga + daun untuk bagi berseri sikit. Bakul ni sekarang dah jadik tempat isi buah.

DSC_3549DSC_3555 DSC_3545

Lagi idea gubahan ringkas dan mudah.

1. Gubahan kuih dan manisan. Beli je balang kuih raya promosi pada harga RM 9.90. Isi dengan kuih. Ikat riben dan selitkan bunga.

2. Gubahan Kemeja + dompet + tali pinggang + stokin + tali leher. Ambik ko. Punya la nak jimat. Taknak guna banyak dulang. Aku sekalikan je semua ni dalam satu dulang. Susun je sesedap rasa. Selit dengan bunga. Gitu je konsepnya.

3. Gubahan jam tangan. Yang ni, aku guna polistrin bentuk kerang yang dah siap sedia dijual kat kedai dengan harga RM 4. Cuma guna rantai manik dan riben sebagai hiasan. Jangan lupa, selit bunga!

Senang je, kan?

Tak payah pening-pening lagi. Belum cuba, belum tahu.

IsuBUMPERkahwin : Gemarkan sesuatu yang mudah, murah dan praktikal. Perkahwinan bukan setakat sehari je =)

27 comments:

  1. kagum2 !
    nk tiru, tp hantaran kite dah siap sume..
    lari bajet plak tu :(
    wuwuu

    ReplyDelete
  2. btol tu...saya pn br nk wt weekend ni...saya juz alter abg saya punye je...he3...save budget... :)

    ReplyDelete
  3. lawa la...buat sndirik mmg puas hati..hasil nye mmg cukup mengembirakan hati kitee...^________^

    ReplyDelete
  4. peh..bagus btol ur DIY.... boleh dijadikan rujukan ni...anyway thanks alot!!!!

    **Sesuai utk saya yg budget ni...

    ReplyDelete
  5. cantik gubahan wallet tu...2 kuntum je pun dah berseri :)contrast between red roses & black items mmg stunning.

    ReplyDelete
  6. mak oiii nmpak cm wat kt kedai je... serius cntik!

    ReplyDelete
  7. peh...memang cantik la....kebetulan tema wedding saya nti merah,itam , putih....bolehla jadik bahan rujukan nie....cantik sngt

    ReplyDelete
  8. nano : brg yg lepas, jgn dikenang. boleh cuba cut budget kat part lain pulak, ok.

    yanie : good luck! cuba berjimat selagi boleh.

    sinchan : tu lah. biar lah org tak berkenan pun, yg penting kita puas hati.

    anil lutaze : you're welcome. sharing is caring. lepas nie, u pun boleh share u punya DIY pulak.

    hidden wing : less is more :)

    farhanna : err. boleh bukak kedai lah ni :p

    fasya : boleh boleh. takde hal punya. merah itu memang menawan. huu

    ReplyDelete
  9. xeea
    mana nak carik rantai manik tu
    tak jumpe la

    ReplyDelete
  10. dayu,
    i beli kat kedai yg jual banyak brg2 kawen mcm kat ayer hitam tu. mesti ada punya. macam2 kaler ada.

    ReplyDelete
  11. hiks...thanks for sharing. creative! :D

    ReplyDelete
  12. u ni klakar oke. anw, this helps! my color tu, black+red+gold :)

    ReplyDelete
  13. hotcocoa,

    glad that it helps :)

    ReplyDelete
  14. thanks.. cantik la hantaran u..
    now tgh dlm proses nak plan wt decor my hantaran.. and this entry really helps!

    ReplyDelete
  15. mrsdude,
    dah tengok dah gubahan kotak cincin tu. cantik! way to go!

    ReplyDelete
  16. xeea,
    mmg gerek r idea ko..
    tp tolg bgtu aq,KEDAI mn ko bli brg2 tu..
    1. Balang
    2. Towel
    3. Kotak heksagon
    4. bakul RM8 (lawa gile)
    5. polistrin bentuk kerang, harga RM 4

    tq.

    ReplyDelete
  17. kie-na,

    sume brg2 tu beli secara random je. bukan kat satu tempat. i'll try ro list down mane2 yg ingat je, ok.

    1. Balang - kedai 2 ringgit ATAu kedai satu barang 5 ringgit. kat mana2 pun ada.

    2. Towel - Brand Givenchy tapi diskaun 70% kot mase tu. Kat Robinsons, The Gardens.

    3. Kotak heksagon - kedai jual brg2 pengantin. ala, kalau ade jual kotak utk brg hantaran, mesti ade jual sekali.

    4. Bakul RM 8 - kat kedai brg pengantin kat Ayer Hitam, Kluang Johor. kalau tak silap aa.

    Polistrin bentuk kerang - pun kat Ayer Hitam. tapi, rasenya, kat mane2 kedai jual brg pengantin skrg pun ade dah jual polistrin mcm2 bentuk.

    Harap membantu.
    Good luck!
    :)

    ReplyDelete
  18. Idea yang menarik. Saya pernah survey di kedai-kedai di sekitar nilai 3, banyak set hantaran yang siap dijual dengan harga yang mahal.

    Mungkin boleh berjimat dengan cara ini. Thanks

    ReplyDelete
  19. mylikers.net,

    cubalah. tak rugi ape ponnn :)

    ReplyDelete
  20. hi nice post, suka awaknye take on the sirih junjung tu. so moden.

    saya tgh sebey di internet pasal DIY hantaran. cari extra idea sikit.

    plannya nak buat utk tunang dan later kawin kang.

    ReplyDelete
  21. hi, kos rm 10 tu termasuk dulang hantaran tak? dulang hantaran tu mahal kalau beli baru kan?

    ReplyDelete
  22. i came across masa nk cari balang kaca kat mr google... u beli tu kat mana eh?

    mind emailing me?

    kay_alia@yahoo.com..

    n bape skali..pls~~ tq sgt

    ReplyDelete
  23. alhamdullillah syukur....sgt2 mmbantu ni.insyaallah sy akn bertng awl taun dpn.mm sgt kusut bler pkir nk wat hntaran,nk wat cmne,nk bli kt mner,ngn budget lg....kusut.tp pas tgk bloq awk ni rse mcm dh dpt byk ideas....x sbr nk strt wat ni.thnkssssss...

    ReplyDelete
  24. na tnye....if dh letk coklat dlm silinder tu..means, base utk hntrn tu cthnye polistrin tu kne jgk eh?ke mcmne?konfius....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. nak kena ade base. nanti tak stabil balang kaca tu.

      Delete