Sebagai bakal pengantin dan isteri, aku cadangkan kamu semua menontonnya. Terutamanya slot Tilam & Bantal siaran hari Jumaat tu. Banyak sangat tips dan ilmu rumahtangga yang boleh kita pelajari.
Perlu diingat, selesai majlis perkahwinan, bukan bererti dah selesai semuanya. Sebaliknya, itulah permulaan hidup baru. Dah tukar status, pegang tanggungjawab sebagai isteri, menantu dan ada rezeki, insyaallah jadi ibu. Jadi, ilmu rumahtangga ni lah yang lagi penting berbanding persiapan kita bagai nak rak tu.
Slot Tilam & Bantal tadi, tetamu jemputan nya Dato' Dr. Fazilah Kamsah dan pelakon; Zul Yahya serta isterinya. Topik nya pulak, pasal 'Goda Isteri'.
Seronok jugak aku dengar perbincangan mereka. Lagi pulak bila masuk tang panggilan daripada penonton di rumah. Dari situ, baru lah kita dapat tahu ada macam-macam jenis orang rupanya kat dunia ni. Tiap orang, lain masalahnya.
Paling menarik perhatian, seorang penonton mengadu, dia tinggal dengan ibu dari zaman bujang sampai lah sejak dah berkahwin sebab kasihankan ibu yang tinggal sendiri. Dia pulak anak tunggal.
Dia dan suami takde lah punya masalah besar mana, cuma dia dan suami rasa macam terbatas pergerakan dan pergaulan bila tak duduk kat rumah sendiri. Suami isteri ni macam rasa malu bila nak bermesra atau bermanja-manja kat rumah ibunya mahupun di rumah mentua. Segan nak lepak atas riba masa tengok TV, malu nak peluk dan cium pipi suami bila ibunya ada sama.
Pendek kata, masa yang ada untuk bermanja berdua, hanya lah pada waktu malam, di bilik tidur.
Nak dijadikan cerita, si suami pulak jenis yang suka keluar main bola malam-malam. Tinggal lah si isteri duduk bilik seorang diri, kempunan nak dibelai dan dimanja oleh suami. Sampaikan hubungan mereka suami isteri jadi makin dingin dari hari ke hari. Nak adakan hubungan suami isteri pun, seminggu sekali belum tentu lagi.
Cadangan Dr. Fazilah ;
Lagi bagus kalau dapat duduk rumah sendiri.Lebih-lebih lagi, kalau pengantin baru sebab baru nak pupuk kemesraan antara satu sama lain. Kalau ada ahli keluarga terdekat tinggal bersama, mesti lah ada rasa segan dan kekok bila nak bermanja-manja.
Lagi pulak, bila dapat suami yang punya ego tinggi.
Tak suka tunjuk kasih sayang kat isteri depan orang lain.
Tak nak dikata sebagai mat bunga, jiwang, geli-geleman dan sebagainya. Memang kecik lah hati isteri tadi.
Tapi, kata Dr. Fazilah, duduk dengan ibu pun tak jadi masalah.
Lagi besar pahalanya.
Cuma, antara suami isteri, perlu ada komunikasi.
Isteri perlu cakap dengan suami yang dia suka dibelai dan dimanja, tak kiralah kat mana-mana, depan siapa pun. Tapi, takdelah bermanja sampai tahap melebih-lebih, kan.
Sambil menonton Tv, isteri boleh baring atas riba suami.
Kalau ibu tegur, tak manis ke, macam miang je kamu berdua, balas balik, ini sunnah Nabi, ibu. Nabi dulu selalu baring atas riba isteri kalau nak bermanja dengan isterinya.
Kalau dah dikata sunnah Nabi, takkan lah ibu nak tuduh macam-macam lagi, kan?
Semasa tidur malam, pegang tangan antara satu sama lain.
Gugur dosa antara keduanya.
Amalkan jugak tidur berkongsi satu selimut dan tidak memakai apa-apa dibawahnya.
(Dr. Fazilah yang cakap, ye. Bukan aku memandai kata :p)
Kalau bergaduh, jangan memaling muka daripada suami semasa tidur. Hadap jugak.
Tak kiralah muka monyok macam mana sekalipun.
Kalau boleh, tetapkan peraturan, solat berjemaah dan makan bersama-sama, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
Selain tu, mandi bersama-sama pun boleh dijadikan sebagai rutin untuk eratkan lagi hubungan antara suami isteri.
Isteri perlu sentiasa berhias dan berwangi-wangian untuk suami.
Bukan setakat keluar rumah je baru nak melawa.
Kalau isteri dah pakai lawa-lawa, jangan lah buat tak tau aje,
pujilah dia cantik, dia lawa.
Suami jugak tak terkecuali.
Jangan dok sarung kain pelekat dan baju Pagoda je 24 jam.
Macam mana lah isteri nak tergoda.
Pulang dari kerja, terus peluk dan cium isteri.
Sentuhan itu bagaikan satu terapi.
Nescaya, penat lelah kerja akan hilang serta-merta.
Belajar lebih banyak mendengar daripada bersuara sebab perempuan ni lebih suka kalau suaminya mendengar masalah dia.
Cuba bahagiakan isteri dengan sekali-sekala membantu buat kerja-kerja di dapur, masak untuk isteri, sidai kain baju.
Ingat tarikh-tarikh penting kamu berdua dan belikan hadiah.
Senyum lebar sampai telinga lah dia.
Paling penting, sentiasa ucapkan kata-kata cinta dan rindu macam zaman bercinta dulu setiap hari. Orang perempuan memang suka.
Lebih-lebih lagi kalau dah bertahun-tahun berumahtangga.
Lagi lah dia nak dengar kata-kata yang suami sayang dia,
kalau boleh tiap saat, tiap ketika.
Walaupun dia tak beritahu, tapi dia mahu sebenarnya.
Bukan susah sangat pun nak goda isteri, kata Dr. Fazilah lagi.

Hah, tuuu dia..!
Kemain banyak lagi tips dan ilmu yang aku tak tahu rupanya. Ada sesetengah tips tu, aku memang selalu amalkan bersama-sama suami macam solat jemaah, makan sama-sama dan mandi berdua (ehem).
Tapi, bila tang bergaduh sampai memaling muka masa tidur tu, memang terkena kat batang hidung sendiri laaa. :p
IsuBUMPERkahwin : Jangan goda isteri orang pulak, ye!
hehe tips yg baguih..suke jugk tgk WHI tp bile keje ni susah ckit nk tgk..
ReplyDeletealahai tips.. bila dah jauh, sekadar goda suara je la ya
ReplyDeletebestnya..xeea nmpak gaya kena buat tips review every week la
ReplyDeletekitaorg ni
cmne nak tgk wanita hari ni
wowww..
tips dr fadilah kamsah mmg best
tips exclusive sungguh
aziyana : tu lah. tgh 'cuti rehat' ni lah nak tengok semua benda.
ReplyDeleteeasyou : alahai siannya pengantin baru! bertabahlah. goda suara pn boleh lah kot.
dayu : sementara tak keja lagi ni, boleh jugak i tengok kan, pastu share kat sini.
sharing kan caring. :)
hehe. kalau bergaduh, kena selesaikan sebelum masuk tidur..
ReplyDeletememang tak boleh nak tidur la selagi tak selesaikan.. :p
macam mana nak tgk wanita hari ini tu..kamu kerja lahh
ReplyDeletetapi sek baik ada u..yg slalu dok umah..boleh bagitau kami isu2 semasa nie..
bagus2..saya suka entri nie...ada masa..
saya ulas and tambah pandangan mengenai entri nie kat blog saya
tips yg sangat berguna. saya nie pembaca baru blog kamu. serius byk tips berguna kat sini :)
ReplyDeleteNBMS : betul betul betul. jgn simpan lama-lama, boleh jadik nanah dalam hati. kalau x dpt buat tiap hari, tetapkan satu hari sbg hari pillow talk dgn suami.
ReplyDeletebtw, private blog ye. baru ingat nak jengah. neway, welcome!
misshidden : sementara jadi fulltime housewive ni, boleh lah tlg review. tak saba nak tgu slot tilam & bantal minggu ni pulak.
nurul : welcome! marilah sama2 ternak blog ni dengan berkongsi tips dan penglaman, ye.
hihihi...tips2 yg bagus. Best Dato fadzila kamsah ni kan. Die takde sembunyi2 kalau bg tips. tp bertapis skittt ar kan :D
ReplyDeleteSile tgkkan utk minggu ini pula yer puan xeea. Mekaseh
hanie,
ReplyDeleteno worries. ade masa dan kesempatan, i tlg review nti ok. huu
elok la kongsi2 kat blog ni..gpun bukan sume ada kelapangan n tak bekerja kan...
ReplyDeletehehhe tips yg agak menarik,
ReplyDeletetp spatotnya lelaki yg byk blaja semua ni,
tp tula..lelaki ni bukan nk sgt baca hal2 cmni..
perempuan je berminat..
cmne tu?
its a gud advice...and YES,only women who like to read up about these...
ReplyDeletemen???
hehe..tang bergaduh pastu nk kena hadap gak muke mcm xleh nk buat jek..thanx for sharing xeea..kena soh org laki bc gak ni..biar sesama tau kn?
ReplyDeletedibiuscinta : sama2 lah kita berkongsi sekelumit ilmu dan pengalaman yang ada.
ReplyDeletenano : tu lah susah nya. bila ditanya suami, dia suka baca blog peribadi kita je. Blog yg ini, dipandang sebelah mata je. huu
kristy : lelaki dah terus terang kata tak minat nak tahu. sama jugak kesnya dgn persiapan kawen. kita je beriya beli majalah pengantin semua. dah kawen, kite je yg baca pasal tips nak pikat hati suami dan buku resepi. huuu
wardah : dah buat demografi check. 88% yang baca blog ni perempuan. lelaki lagi suka hadap live score bola daripada membaca tips2 alam rumahtangga. apa boleh buat. terima je lah seadanya. lelaki dah memang lumrahnya macam tu. kita lah kena tolong sampaikan kat diorang tu. =)