Monday, February 16, 2009

Sirih junjung. Kepala adat. / Gubahan hantaran.

Sebut pasal sirih junjung, semua pengantin tahu, ia benda wajib, kena ada dalam senarai barang hantaran pertunangan mahupun perkahwinan. Malahan, dalam susunan keutamaan, sirih junjung akan didahulukan dan dibawa paling hadapan apabila menghampiri rumah pengantin. Tanpa kita sedari, kita orang muda ni, bukan faham pun apa maksud tersirat di sebalik sirih junjung tu.

Ikutkan adat Melayu, sirih junjung tu macam simbolik kepada adat resam dan asam garam alam rumahtangga itu sendiri. Kalau tengok sirih junjung zaman mak-mak kita dulu, lengkap ada gambir, buah pinang dan kapur segala. Hasil campuran bahan-bahan tadi, bila dimakan bersama-sama, akan ada rasa pahit, masin, masam dan manis. Macam tu lah jugak gambaran tentang alam rumah tangga.


Sirih junjung daripada pihak lelaki masa tunang.
Klasik dan evergreen.


Sirih junjung daripada pihak lelaki masa kahwin.
Kontemporari moden dan romantik.


Nah, begitu halus adat resam kita.

Setiap perkara, ada relevan dan maksud tersirat tersendiri. Kita generasi muda ni, tak salah nak teruskan adat macam ni asalkan ia tak menyimpang jauh dari agama.

Tujuan utama aku kupas isu ni, bukan lah nak pertikai perlu atau tidak sirih junjung dalam perkahwinan, tapi lebih berminat nak bincang tentang cara nak menggubahya. Sebab aku percaya, bagi kebanyakan pengantin di luar sana, yang banyak habiskan masa dan tenaga buat persiapan perkahwinan sendiri, bertungkus lumus perah idea buat gubahan sendiri, mesti tiba-tiba akan sangkut bila masuk bab nak gubah sirih junjung.

Iye lah. Sirih junjung ni, bila masuk zaman kita, dah macam setakat buat syarat. Asalkan ada je. Sebab Mak Abah kata kena ada, maka nak tak nak, kenalah buat juga. Biasanya juga, jarang pengantin zaman sekarang yang berani nak gubah sirih junjung atas tiket alasan biasa ; takut tak kena pada mata orang-orang tua kita atau memang tak reti langsung nak buat gubahan.

Ini lah masalah utama aku masa nak bertunang dan kahwin dulu. Takde orang nak tolong buatkan sirih junjung. Mak kata, dia tak reti. Makcik-makcik pulak, semua takde masa, takpun mereka kata takut lari daripada konsep gubahan hantaran aku yang lain-lain.

Maka, masa aku banyak dihabiskan buat research pasal gubahan sirih junjung je.

Dan, lagi perit, aku ni jenis perempuan yang tak reti nak gubah bunga. Asal jumpa je gubahan sirih junjung yang berkenan di hati, mesti yang stok-stok menuntut kemahiran menggubah bunga yang tinggi.

Aku pun kecewa.

Dengan adanya isu bumper kahwin ni, aku nak berkongsi idea gubahan sirih junjung hasil daya imaginasi aku sendiri. Juga hasil rujukan dengan encik Google suatu masa dulu.

Jangan risau, ia tak memerlukan kamu menjadi seorang pakar gubah bunga untuk buat semua ni. Apa yang diperlukan hanyalah mulut yang manis sebab nak mintak daun sirih dan bunga-bungaan kat jiran India sebelah rumah yang ada banyak tanam bunga buat sembahyang dia. Di samping kemahiran melipat, menyusun, menggunting, menge-gam, menyuaipadankan warna dan kesabaran serta ketekunan yang jitu dan tidak kenal erti putus asa.

Yang paling penting, ia dapat menyelamatkan puluh-puluh ringgit kamu daripada mengupah mana-mana pakar untuk membuat sirih junjung yang hanya bertahan selama beberapa jam tu. Nak-nak pulak perkahwinan bajet ciput macam aku dulu, dapat jimat puluh-puluh ringgit pun dah dikira macam dapat menambahkan lagi dalam 7-8 pinggan nasik beryani untuk tetamu yang hadir.

Inilah koleksi sirih junjung hentam keromo aku.


Rujukan masa nak buat sirih junjung untuk hari pertunangan.
Nak buat yang ala sweet je, gitu.

Hasilnya,
.
.
.


Tak sama langsung, kan? :p

Aku tak reti nak gubah bunga ros jadik bulat macam gambar kat atas tu. Sudahnya, jadik bentuk gini pulak. Siap dalam masa beberapa jam sebelum majlis ni lepas tunggang-langgang semua. Indah khabar dari rupa. Warna bunga ros nya je yang sama.

Jadik lah kan daripada takde.


Ni pulak, rujukan sirih junjung untuk majlis perkahwinan.

Macam serasi la dengan konsep gubahan Garden of red roses yang lain. Nak-nak pulak nampak macam simple dan senang je nak buat.


Rujukan satu lagi.

Sebab yang tadi nampak macam simple sangat.
Konon nak tambah bunga kecik-kecik putih tu laa.

Hasilnya,
.
.
.


Pun tak sama langsung, kan? :p

Susah-susah, aku beli je bakul kecik, susun ros merah dalam tu dan daun sirih kat keliling dia, letak bunga putih kecik-kecik dan ikat riben. Siap!


Tu lah orang kata, kalau dah terdesak, imaginasi kita lagi berkesan berbanding visual yang ada kat depan mata. Berjam-jam aku dok menghadap gambar sirih junjung tu semua, sudahnya yang jadik adalah hasil daripada imaginasi sendiri je.

Tapi, bagus jugak kan. Boleh lah aku claim gubahan sirih junjung tu sebagai hasil tangan dan idea sendiri. Bukan ciplak hasil orang lain. Gambar-gambar tu semua setakat buat rujukan untuk suntik idea je.

Paling bagus, aku boleh lah kongsi dengan bakal-bakal pengantin di sini.

Selamat membuat sirih junjung sendiri!

Anda mampu mengubahnya.

err.. meng-gubah-nya. :p

14 comments:

  1. kalau guna tepak sirih je mcm mana?
    kena ada jugak sirih junjung?

    ReplyDelete
  2. haha...Miss E,

    klo guna tepak sirih pun boleh jugak...u just taruk sirih jer..(disamping dalam tepak tu dah tersedia gambir, kapur dan sebagainya...klo nak cantek selit bunga mawar di tepi tepak sirih tu..

    xeaa,

    saya pun macam kamu..memula nak buat ikut stail dlm blog org..last2bantai jer...(tapi siap ajar makcik2@jiran2 yg dtg untuk tolong)....

    bukan takder makcik i yg tau buat hantaran tu...tapi biasalah..i kan budak muda...ego kena tinggi

    mestilah majlis sendiri nak kena buat sumer sendiri...hehe(padahal....nak buat kenangan..sebab my hantaran hantar sekali jer waktu tunang..waktu nikah takder)..

    ehh byk nyer komen...

    i boleh buat entri nie kat blog u!

    ReplyDelete
  3. rasenye sume pengantin pon kalu bole nk wat sendiri sirih junjung. mase kite tunang pon poyo2 nk wat sendiri. alih2 tak jadik... 2 jam sblm majlis terpaksa makcik2 berkerah cucuk daun sirih hahaha. kesian diorang.

    anyway, sbg tambahan... ade satu lagi design sirih junjung yg cun mcm kat entry kite. bentuk love gitu. tu hantaran dari lelaki. sape2 berminat... bole try :D nampak mcm senang sbb die cucuk2 je.. hehe

    ReplyDelete
  4. nice info!

    eh yg gubah tu..utk majlis pernikahan tu...lg lawo! ;) Haihh taktau la tangan ni reti ke na gubah ke tak. Mmg tak kreatip lansung! hihi

    ReplyDelete
  5. miss E : mcm kata hidden stories, tepak sirih tu same je fungsinya dgn sirih junjung. salah satu ada, dah cukup.

    hidden stories : heee. boleh je nak share pengalaman u buat sirih junjung kat sini. nak buat entri pun bole. nti i tlg publish kan. huu

    fizz : tak bole masuk blog u lah. teringin jugak nak tengok sirih junjung bentuk love tuh.

    hanie : ehem (blushing). cuba dulu, tak cuba, tak tahu! hanie boleh!

    ReplyDelete
  6. oh begitu...kompius gak kekadang (haha..nampak sgt baru nak amik tahu)

    ekceli, dari apa yang Miss E lihat...kat kampung Miss E, mmg wajib tepak sireh(yg tembaga tu), adat lah kata kan...kdg2 lihat mcm ader je 2-2...

    ReplyDelete
  7. dah berangan mau gubah...

    ReplyDelete
  8. Actually lagi jimat kita buat sendiri kan. Klu upah org skrg nie mmg RM50 confirm terbang!

    Skrg nie tgh berjinak2 nak buat sendiri sirih junjung utk gubah kahwin. Bantai jek berdasarkan contoh-contoh gubahan yg ada kat Internet. So far, tengok moms2b buat agak susah lar..Tapi kena belajar lah buat.

    Anyway, nice info here. Keep it up!

    ReplyDelete
  9. reena : selamat berusaha, reena! =)

    ReplyDelete
  10. saya pun nak cuba buat ala2 garden of roses la.

    ReplyDelete
  11. mekasih2.. suke2..sirih junjung bertunang kite mcm pic no 1 tu..tp xla cantik cam2..sbb nk murah,kurangkn bunga 2..mahal woo bunga ros idup 2..hehe

    ReplyDelete
  12. salam semua,

    klu dlm hantaran tu ada 7 dulang, sirih junjung ni dikira salah satu drpd 7 dulang tu ke? atau dia jadi kepala hantaran and then kita kena sediakan lagi 7 barang2 lain? sorryla aku pun blur gak sbb baru nak bertunang lagi 4 bulan

    ReplyDelete
  13. Beb, nk tnye. Kat mne u bli bekas kaca silinder and macam2 lgi bentuk tu? RM5 tu murah la. I tgk kat hinode, bekas dia kecik and xder bntuk silinder.. Boley bgtau x kat mne nk dpt den ley x rekemenkan tempat2 nk bli brg2 pengntin yg murah2 area kl or klang valley ni? I stay kat sunway.. Now tgh surveey2 .. Kalau xkberatan, nk tau gak, kt ner u refer utk diy comcept ni? Email me : aviera_nafyza@yahoo.com.my

    Thank u very much

    ReplyDelete