Tuesday, February 10, 2009

Mak andam VS. Pak andam.

Tempoh hari, ada kawan telefon, mintak contact number make-up artist aku masa kahwin dulu. Dengan pesanan "ko sebut je nama aku, nanti dia bagi diskaun", aku pun bagi nombor telefon siap dengan lokasi butik andaman tu sekali.

Tiba-tiba, kawan tadi tu telefon semula dan tanya,


"Err.. andam ko ni, lelaki ye?"


"Yup. Tapi ada je yang perempuan in case ade orang yang sensitif dengan pak andam ni. "


"Tu lah. Ayah aku sensitif sikit. Kalau pelamin semua, pak andam tu yang pasang lah kan?"


"Yup. Dah dia towkey nye."


"Ala. Tuh yang susah tu. Nanti ayah aku bising. Thanks anyway!."


Situasi macam kat atas ni dah biasa kita dengar. Lebih-lebih lagi dalam kalangan bakal raja sehari lah, kan. Dilema nak pilih antara mak andam atau pak andam.

Iye lah. Kita ni, rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain.

Ada orang yang tak kisah pun jari-jemari kasar pak andam make up muka dia masa hari bersejarah tu nanti. Lagi halus, cermat dan natural solekannya, kata mereka. Takde lah macam opera cina.

Ada pulak yang kata, tak nak lah batal air sembahyang dek lelaki yang bukan muhrim. Lebih-lebih lagi, kalau selama ni, kita berusaha jaga aurat, jaga batas pergaulan antara yang muhrim dan bukan muhrim, mestilah kalau boleh, air sembahyang ni, nak dibatalkan oleh suami sendiri. Bukan oleh lelaki yang bergelar pak andam.

Sekalipun ada pak andam yang menawarkan solekan dengan tangan berlapik, hakikat muhrim dan batasan aurat tu, masih tak dapat kita nak nafikan.

Berbalik ke zaman mak-mak kita dulu, mak andam ni bukan calang-calang orang yang boleh jadi. Selain punya banyak ilmu, pengalaman atau petua tersendiri yang boleh naikkan seri wajah pengantin, mak andam zaman dulu jugak boleh tentukan sama ada pengantin perempuan tu masih punya dara atau tak.

Tapi, senario hari ni menunjukkan, industri perkahwinan dah diceburi jugak oleh kaum lelaki. Malahan, tak keterlaluan kalau aku kata, yang lelaki macam dah mendominasi industri yang dulunya dimonopoli oleh makcik-makcik andam ni. Pak andam sekarang muncul dengan pelbagai modal teknologi dan teknik make up terkini macam shading bagai tuh untuk naikkan seri pengantin.

Sebut je lah nama-nama besar butik andaman pengantin popular kat Malaysia ni. Berderet-deret haaa nama lelaki! Sentuhan solekan mahupun fesyen baju pengantin mereka memang mudah mencuit tangkai hati pengantin perempuan terutamanya.

Tuhan pun dah kata, pasangan perempuan adalah lelaki, untuk saling melengkapi, sebab tu lah, kadang-kadang pandangan mata lelaki ni, menepati citarasa sang wanita.

Kadang-kadang lah. Bukan selalu.

Begitu jugak yang perempuan. Masih ramai lagi yang hebat macam sentuhan Kirana contohnya. Kalau tang make up pengantin pulak, tak banyak nama yang aku tau. Cuma beberapa nama yang semakin naik macam Gorgeously Done, Nurin Makeover, Saidatulnisa dan Candid Syndicate ni. Mungkin kamu boleh tolong senaraikan nama-nama yang lain lagi.

Mak andam zaman sekarang pun dah tak macam dulu lagi bila sebut tang bedak putih melepak dan gincu merah menyala. Dah ramai mak andam yang mahir untuk aplikasikan teknik solekan yang betul dan sesuai serta setanding dengan pak andam. Malahan, ada yang lebih hebat lagi!

Pucuk pangkalnya, bagi aku yang dah pernah merasa hasil tangan mak andam dan pak andam ni, dua-dua punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting, solekan tu menepati citarasa kita dan tidak keterlaluan.

Jangan sampai kita di salah sangka sebagai Ziana Zain pulak masa hari persandingan dek kerana make up yang terlebih meletop.

Kalau boleh, pergi ziarah dulu mak andam atau pak andam pilihan kita. Tengok dulu hasil-hasil solekan dia sebelum ni. Lagi bagus, sebelum hari persandingan, cuba lah buat make up testing. Apa yang bagusnya pasal make up testing ni, mak andam atau pak andam tu dapat kenal-kenal dan serasi dengan struktur kulit serta wajah kita. Tahu lah dia tang mana nak di highlight, tang mana pulak yang nak disembunyikkan. Jangan lupa jugak beritahu siap-siap apa yang kamu suka dan tak suka pasal solekan dia.

Jangan dah terhantuk baru nak tergadah.

Menyesal nanti tak sudah-sudah.


IsuBUMPERkahwin : Yang mana menepati citarasa dan budget, yang itulah menjadi pilihan.

9 comments:

  1. tepuk dada,
    tanyalah selera kan?
    tp klu nano yg duduk kat kg neh,
    jgn merase la nk amek pak andam,
    teruk kene basuh ngn org2 kg kan,
    huhu :p

    ReplyDelete
  2. for me...tak kisah mak andam atau pak andam KALAU boleh nak la mak andam. hehe. Sy pernah tgk mcm2 hasil pak andam n mak andam. dua2 nye ade touch trsendiri. Betul kata awk, yg mak andam skrang pun dah pandai bleng2 color bagai.

    Yer arr..dorang pun nak maju kan? Tak elok...client lari, Sape nak rugi ye tak? :D

    ReplyDelete
  3. okeii..saya nak namakan dua kakak andam yang saya suka.

    1. Munie makeup

    2. Elena Lamat

    ReplyDelete
  4. nano : wah. bahaya tuh. siap kena basuh. huu

    hanie : betul betul betul (suara upin dan ipin)

    hidden stories : mak andam kat mane ni? thanx for the info, neway!

    ReplyDelete
  5. munie..ada blog
    http://makeups.blogspot.com/

    klo elena lamat..saya tak pasti dia ada blog atau tak...

    ReplyDelete
  6. actually for me mana2 pn okay je..tp tgk keadaan la...means..ada la batasan nye...dorg sume pn mencari rezeki...kite plak mencari servis..kalau bole sume nak yang terbaik...

    tapi ni aku just nk share la...just utk same2 fikirkan...

    bln 8 last year mase cousin aku kahwin..die mmg gune servis 'pak andam' la, n tak jugak lah gune special case punye servis means pak andam tu kene pakai sarung tgn sume2 tuh... aku macam ter'agree' dgn pendapat mak aku n mak long aku... cuz time tuh.. 1st tak kisah la cuz die nk make up kan ke hape ke... tp bile part nk salin baju... nak je aku cakap dgn pak andam tuh... "can you please wait outside...." mmg la die tuh mmg dah totally berjiwa perempuan (agaknye lah!) kirenye tak tergugat la kot hati jantan die tp pada aku... ITs STILL!!!! you are a MAN..so tggulah dekat bilik...just for a while...
    then lagi satu..yg makcik2 n mak aku tak berkenan...termasuk lah aku sebenarnye pn same2 tak bekenan gak tgk situasi mase tuh..ye la...alangkah tak manis nye... 'pak andam' tuh pulak yg duduk kat kerusi pengantin lelaki..sambil tutup muka pengantin perempuan.. seri pengantin la konon nyehh...sementara tunggu pengantin lelaki tiba.. dgn kebaya organza cantik sume bagai...

    mula tu aku rase biasa je.. tibe2 aku dgr mak long aku tanye "eh, yg andam tuh lelaki kan...." die geleng kepala je la...
    yg mak aku pulak kata "pulak....dah bersanding ngn pak andam dulu dah..."
    so aku pn ade terasa sikit ke'xbest'an nyeh.. betul jugak kata org tua2 nih... lain mcm pulak nengok nye...

    tapi..wallahualam la kan... niat masing2...pendapat masing2... :P

    ReplyDelete
  7. dayah,

    huh? siap dia yang berkebaya pulak. parah dah tu! huu

    ReplyDelete
  8. aah. setuju2. lain org lain taste kan?
    tp pengalaman saya one time tu my fren kawen...

    masa akad nikah tu, tebalnya make-up! langsung lari muka asal. syg tuan lawa2.. tp nampakla mcm pengantin kn (smpai kalau kita yg ambik gmbar ngn dia nmpak pengantin tu mcm badut! (sorry tu say..)

    tapi, masa make-up utk side lelaki, the make up wa soooo natural. means if hidung dh mancung, xyah usik2 dah, sket2 je. kalo bulu mata dh melentik, xyah palsu2. sgt2 cantik. tau2 je, pak andam yg handle this time.. mmg puas hati!

    in my opinion la, org ckp "pak andam" ni kan (sorry to say but mak nyah la) lelaki kn pd batinnya. so lelaki je yg tau mcmmana perempuan ni, cantik di mata lelaki. membantu tak? hehehe

    ReplyDelete