Masalahnya, orang kita ni termasuklah aku sekali, kadang-kadang lupa niat asal tujuan pemberian cenderahati perkahwinan ni. Nak bagi yang murah-murah, risau dikata orang, nak bagi yang mahal-mahal, tak cukup budget pulak. Nak bagi kat semua tetamu ke yang istimewa saja? Nak bagi sama ke, lain-lain? Nak sediakan berapa banyak pulak? Itu semua berlegar-legar kat fikiran sang pengantin, terutamanya yang perempuan la, kan.
TIPS : Pilih sesuatu yang praktikal, yang boleh digunakan oleh tetamu. Bukan sekadar untuk hiasan. Yang boleh dimakan lagi bagus. Kalau boleh, bagi cenderahati yang sama je untuk semua. Tapi, kalau tak cukup budget, had kan beberapa jumlah tertentu je
untuk cenderahati VIP.
untuk cenderahati VIP.
Mungkin jugak senarai ni lebih kurang sama dengan apa yang dah disenaraikan kat Misi 5 April. Nampaknya, kami punya pendapat yang sama tentang cenderahati perkahwinan berbentuk barang hiasan macam potpouri tu tak berapa praktikal.
1) Telur.
Tipikal dan konvensional. Tapi tetap menjadi pilihan sepanjang zaman. Lagipun kalau ikut kata orang tua, ia melambangkan kesuburan. Kiranya macam simbolik terhadap antara tujuan perkahwinan iaitu untuk mendapatkan zuriat. Tak kisahlah telur rebus biasa ke, telur pindang ke ataupun telur masin. Paling tidak pun, telur biasa tu nanti boleh jugak tetamu kita buat scramble egg untuk sarapan, kan?
2) Kerepek / biskut / gula-gula / kuih / jelly / coklat / cupcakes
Cenderahati perkahwinan berbentuk makanan memang sentiasa mendapat tempat. Kalau boleh cuba tonjolkan identiti negeri kelahiran atau tempat tinggal kita. Contohnya, kat pantai timur, boleh bagi keropok ikan. Kat Johor ke, boleh bagi perencah mi bandung atau serbuk kopi 434. Ikut la apa yang kamu suka. Asalkan ia mudah dibungkus dan tahan lama.
Kalau nak bagi cupcake pulak, pilih jenis royal icing atau fondant. Banyak dah pilihan web jual cupcake ni kan. Aku dulu pun ada jugak bagi cupcake. Beli dari Totcupcakes.com yang dah makin glamour sekarang ni. Siap masuk Nona lagi. Mesti harga dia pun dah naik kot. Nasib baik aku dah kahwin. :p
3) Tissue cover.
Ada yang murah boleh dapat kat kedai 5 ringgit, boleh dapat dalam harga RM1-RM2.50 ringgit satu (harga borong la). Jenis kain macam lace China ataupun yang dibuat daripada bilah buluh tu. Aku dulu beli yang nampak macam eksklusif sikit kat Totcupcakes.com dengan harga RM4 setiap satu untuk cenderahati VIP. Lepas kahwin, melawat rumah saudara-mara, rasa kembang je hati bila masing-masing guna tisssue cover tu kat ruang tamu rumah masing-masing. Macam terharu, gitu. Takde la orang terus masuk bakul sampah macam potpouri yang biasa kita dapat tu, kan.
4) Sabun.
Macam kata Misi 5 April, daripada bagi sabun hiasan yang gantung-gantung tu, lebih baik bagi sabun mandi betul. Aku pernah dapat satu kat rumah pengantin anak towkey chalet. Dia bagi sabun kecik-kecik yang macam yang selalu kita dapat kat hotel tu, ikat dengan reben kecik. Sangat simple dan praktikal.
5) Air mineral.
Yang dalam botol kecik takpun dalam cawan tu. Kalau ada budget lebih, boleh tempah label khas kat botol mineral tu. Tapi, nanti orang buang jugak botol tu. Takpun diorang pergi hantar kitar semula.
6) Magnet peti sejuk / fridge magnet.
Pernah dapat masa sepupu aku kahwin dulu. Sangat comel. Ada gambar kartun comel dan nama pengantin. (Ingat! Jangan letak muka kamu. Nanti orang tak nak letak kat peti sejuk diorang.) Tapi, dia tempah kat Indonesia. Murah kot kat sana. Kat Malaysia pun ada jugak. Macam kat Bliss Treassurers dan Just Married ni.
Fridge magnet yang simple dan sweet.
Siap boleh letak nama pengantin dan tarikh kahwin lagi.
(Kredit : Bliss Treasurers)
Satu lagi idea, kalau nak jugak letak gambar kamu berdua, lebih baik kartunkan dulu. Nampak lagi fun dan orang akan rasa ok lah kalau nak letak kat peti sejuk dia. Mana nak kartunkan muka? Kalau tak reti nak lukis sendiri, boleh pergi CariAmbo.com takpun kat laman web kartunis UBi yang terkenal tu.Siap boleh letak nama pengantin dan tarikh kahwin lagi.
(Kredit : Bliss Treasurers)
7) Surah Yassin
Pernah jugak dapat masa majlis malam berinai pengantin. Beli banyak-banyak, boleh dapat murah. Boleh jugak nak tampal label TERIMA KASIH kat dalam. Pilihan lain, boleh jugak bagi kitab Al-Ma'thuurat. Yang boleh diamalkan sebagai zikir walaupun sedang datang bulan. Selagi orang guna, selagi tu lah kita dapat pahala. Kan lebih afdhal tu.
8) Personalised items.
Yang ni sesuai la untuk cenderahati VIP. Takpun untuk pengantin yang punya budget ramai. Antara barang yang boleh personalised macam mug, tissue box, cutlery set, coklat, magnet peti sejuk, glass coaster, bookmark dan macam-macam lagi lah. Tapi, prinsip nya tetap sama, elakkan letak muka kamu lah ye. Takde siape nak simpan barang yang ada muka kamu. Tulisan terima kasih berserta nama kamu saja dah memadai. Antara senarai web yang boleh dikunjungi untuk perkhidmatan macam ni :
Bagi tema perkahwinan bajet, macam aku dulu, yang nak jugak bagi cenderahati perkahwinan eksklusif untuk tetamu VIP, cuba ikut TIPS ni :
1) Senaraikan tetamu VIP. Utamakan keluarga dulu (dua belah pihak) barulah kawan-kawan dan sebagainya.
2) Hadkan bilangan tetamu VIP tadi kepada jumlah tertentu sahaja. Misalnya 200. Jangan lebih, jangan kurang. Ikut la kemampuan masing-masing.
3) Kalau satu keluarga ada 5-6 orang, ambil kira satu keluarga, dapat satu je cenderahati VIP. Kalau antara 5-6 orang dalam satu keluarga tadi ada yang dah kahwin, perlu dikira sebagai satu keluarga yang lain. Dia berhak dapat cenderahati VIP sendiri sebab dah ada keluarga sendiri.
4) Siap-siap kumpulkan semua cenderahati VIP tu ikut senarai yang dah dibuat tadi. Lagi senang, buat macam aku dulu, satu plastik besar, khas untuk keluarga belah lelaki. Satu lagi plastik besar, untuk keluarga sendiri. Begitu juga untuk kawan-kawan. Labelkan siap-siap. Tulis lah pakai marker besar-besar kat luar plastik tu. Lepas tu, amanahkan kat seseorang yang boleh diharap dan dipercayai untuk agih-agihkan cederahati VIP ni ikut senarai tadi serta label yang yang ditetapkan.
(PERHATIAN : Penting ni. Sekarang ni memang nampak macam remeh. Rasa macam kita oleh uruskan sendiri. Sebab masa hari kejadian, kita sibuk kahwin, tak sempat pun nak tengok pasal benda-benda ni semua. Ada pulak nanti kawan-kawan yang datang dari jauh, balik rumah dengan tangan kosong kalau takde orang yang nak mengelola hal-hal pengagihan cenderahati. Ada jugak nanti, orang-orang lain, terutamanya makcik-makcik yang tak tau apa-apa, pandai-pandai je nak agihkan cenderahati VIP kita tu ikut suka hati dia. Kisah benar ni tau. Bukan main cakap-cakap je.)
5) Ikuti semua tips di atas. Dah nama pun kahwin bajet kan, cenderahati VIP tu pun terhad, tak nak lah nanti ada orang yang kecik hati tak dapat.
Cenderahati VIP aku dulu.
Coklat Ferrero Rocher dalam mangkuk kristal.
(Beli kristal palsu je. Nak bagi yang ori, tak cukup budget lah pulak.)
Coklat Ferrero Rocher dalam mangkuk kristal.
(Beli kristal palsu je. Nak bagi yang ori, tak cukup budget lah pulak.)
*****
Diharap kalau tak banyak pun, dapat la tips ni membantu dan bagi idea sikit kat bakal pengantin di luar sana. Apa-apa pun, ikut budget masa membeli dan pastikan ianya praktikal. Tak nak lah nanti kita berhabis duit banyak-banyak, akhirnya cenderahati perkahwinan yang kita beli ataupun buat bagai nak rak tu duduk dalam stor je takpun habis masuk bakul sampah.
Kalau ada idea lain yang lagi bagus dan kreatif, silakan. Seperti biasa, kamu amat dialu-alukan.
thank you so much xeea..really appreciate ur entry..
ReplyDeletesometimes yg canggih2 ni costly and will makes bride xde duit..
ReplyDeleteso i believe choose according to budget...
mmg manyak pilihan..mmg bes..:D
ReplyDeleteaku ni gila terharu kau kreditkan blog aku untuk sesetengah topik. AKu baru je jumpa blog ni. Memang berbagus. Boleh tambah pengetahuan aku jugak.
ReplyDeletekenapa tau habaq awal awal. huhuhu.
gonna link u up!
=)
oh..thnx ye...sgt membantu! =))
ReplyDeletekalau kawen abg aku dulu, bagi gelas..but, cantek gak dgn ukiran pada gelas tu...satu, rm2.50...
ReplyDeleteziha..fon aku ilang aa.aku nk no kau.
ReplyDeleteni no aku 019-3152400. nnti msg aa. anyways, bagus aa kau buat blog ni sbb aku pn da nk kawen ni. haha
aziyana : just my two cents.
ReplyDeletemstepung : yup. ape2 pun. budget comes first.
feresa : pilih lah yg mana suka. tepuk dada, tengok poket dulu.
ladynoe : aku pun terharu ko sudi datang sini. thanx neway. sama2 lah kita sedekah ilmu pengetahuan dan pendapat yg tak seberapa ni.
amy : sama2lah kita membantu.
hussaini : thanx for another great idea!
fid : will text u later. congrats in advance! aku nak jadik org pertama wish kat ko. heheh
order la cupcakes kawin from pokedot cupcakes..dpt diskaun insyaAllah ;)
ReplyDeletehttp://pokedot-cupcakes.blogspot.com/
betul2
ReplyDeletejgn ingat pengantin je nak hadiah, org yg dtg pun nak hadiah..
lagi2 dah salam kaut kan
zea..menarik la idea VIP gift tu
nak pinjam idea boleh??
hmmm..lagi satu kan
VIP ni bape byk nal sedia erk
tak kan nak bagi guest dr rombongan laki je??
sedara mara kita??
100ocs cukup tak??
pinjam idea?
ReplyDeleteno hal punye lah.
tak kesa pun sbb i dah kawen pon.
dulu i buat 200 pcs je.
utk dua2 belah family.
tp i kira satu family, dpt satu tissue cover je la.
utk each person, i bg cupcake.
ikut la u nk bg camane.
yg penting, jgn lari budget ok.
bgs la idea tu..
ReplyDeletebole jd kan panduan...
azila : sila. jgn malu-malu.
ReplyDeletespecial gift from china.. dan sokong sangat-sangat cenderahati untuk tetamu.. berilah yg boleh digunakan dan bukan hanya untuk kengan-kenangan...
ReplyDelete