Sunday, December 13, 2009

Mas Kahwin Semakin Membebankan?

DSC_3536

Mas kahwin aku dulu RM 22.50 tunai.


Sekarang ni kecoh sana-sini cakap pasal mas kahwin RM 300 yang baru diisyhtiharkan oleh kerajaan negeri Selangor dikatakan sebagai terlalu mahal. Malahan, ada yang cakap ia terlalu membebankan!


Pada hemat aku, RM 300 untuk bayaran mas kahwin adalah berpatutan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kos sara hidup yang semakin tinggi terutamanya di kawasan negeri Selangor. Negeri-negeri lain pun patut mengkaji semula nilai mas kahwin masing-masing. Biar berpadanan dengan kadar semasa.


Tak keterlaluan kalau dikatakan bayaran duit hantaran yang mencecah beribu-ribu lemon tu jauh lebih membebankan sebenarnya! Padahal, duit hantaran tu bukan wajib pun.


Tu lah yang kebanyakan orang kita tak sedar. Kemain lagi canang satu kampung berapa duit hantaran yang anak perempuan dia terima. Masa tu, tak pulak rasa macam membebankan pengantin lelaki ke apa. Tup tup bila mas kahwin jadik 3 ratus, kecohnya dah macam 3 ribu!


Kepada bakal pengantin sekalian, tak kiralah berapa nilai mas kahwin pada masa-masa akan datang, pokok pangkalnya, kukuhkan kedudukan kewangan dulu sebelum berumahtangga. Belajar cara-cara nak uruskan kewangan keluarga daripada sekarang. Dapatkan pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman macam mak ayah kita, lagi bagus sebenarnya.


Ingat, duit yang kita simpan untuk kahwin tu, bukan sekadar guna untuk majlis kahwin je, ye. Usai selesai je majlis, banyak lagi wang yang akan mengalir keluar untuk memulakan bahtera rumahtangga.


Mana nak beli beras lagi, sabun basuh, tong gas, peti sejuk yadda yadda. Semua tu nak beli pakai duit. Melainkan kad kahwin kamu yang tebal kemain dan wangi harum semerbak tu boleh dijual semula secara barter, maka tak perlu lah kamu risau :p


Oh, dah alang-alang aku beriya tulis pasal mas kahwin semua ni, nah aku tepek sekali kadar semasa nilai mas kahwin ikut negeri. haaa... pilih la mana-mana yang berkenan di hati.


Johor: RM 22.50
Melaka: RM 40.00
Negeri Sembilan:
RM 24.00 (Bukan Waris – Dara)
RM 12.00 (Bukan Waris – Janda)
RM 48.00 (Waris – Dara)
RM 24.00 (Waris – Janda)
Selangor: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)
Kuala Lumpur: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)
Perak: RM 101.00
Pulau Pinang: RM 24.00
Pahang: RM 22.50
Sabah: RM 100.00 (Dara) , RM 80.00 (Janda)
Sarawak: RM 120.00
Labuan: RM 80.00
Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan :
Tidak ditetapkan (biasanya, nilai duit hantaran dikira sebagai mas kahwin)

(Sumber : Hidup Biar Sedap)

Dan, untuk tips menguruskan kewangan dan rahsia kumpul duit cepat untuk kahwin boleh didapati di Maskahwin.com. Nescaya, kalau dizinkan Tuhan, kamu boleh kahwin muda macam aku. heh.

Semoga berjaya!

:)



Isu BUMPER Kahwin : Pilu rasa hati baca berita pasal pengantin baru yang menemui ajal sebaik je selamat dijabkabulkan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan jugak yang maha menentukan. Alfatihah.

5 comments:

  1. tu lah
    mas kahwin yang dikecohkan
    rm300 tu bape lah sgt kalau nak dibandingkan ngan duit hantaran
    kalau mas kawin yg gini pun dah bising, nmpak sgt belum sedia lagi lah tu

    gi kumpul duit byk2 ye
    duit pelamin+baju+mekap tu lagi beribu-riban ye

    ReplyDelete
  2. aah btollah tu..beban apenyer...duit tu dpt kt kite ..hantaran tu yg kena kurgkan kalu rasa beban...

    yg x rasa beban lngsong tu x tpe..teruskan ..hak

    ReplyDelete
  3. betul3...setuju...yg beban tuh hantaran bkn mas kawen... rugi lah sapa2 yg amik wang hantaran lebih tp mas kawen amik skit je..nti leh mntak balek..eheh..mas kawen da jadi hak si isteri..suami xleh pakai... rm300 mcm da jadi rm30k dah...heboh sana sini

    ReplyDelete
  4. dayu :
    tu lah. blom apa2 dah berkira, kecoh sekampung. jap lagi dah kawen, pakai duit lagi banyak, makin riuh la agaknya.

    anil :
    hantaran ribu riban tu mainan je kot. tp maskahwin 3 rat, dah macam beban hutang rumah la pulak lagaknya.

    faizah :
    kan? kan?
    nak kat anak orang, kena lah usaha lebih sikit :p

    ReplyDelete