Tuesday, August 11, 2009

D.I.Y : Gubahan untuk Isteri.

Lama dah tak bagi entri D.I.Y, kan?


Memandangkan segala jenis modal D.I.Y aku dulu dah dicanang kat sini, yang tinggal hanyalah stok D.I.Y dari belah pihak lelaki. Layankan je lah, eh. Mana tau boleh bagi idea sikit dari segi pilihan warna ataupun susun letak gubahan ke.


Gubahan hantaran ni, memang dibuat sendiri oleh mak saudara belah suami dari A-Z. Warna tema pilihan belah sana adalah baby pink, gold dan silver. Kombinasi yang sangat manis dan romantik.


Bunga dulang diperbuat daripada kain satin, riben organza dan diserikan pulak dengan manik putih mutiara. Cara gubahan pulak, adalah sangat senang, ok. Letak-letak je barang hantaran tu kat atas dulang, lepas tu, lilit-lilit je dengan bunga dulang tadi. Siap!


DSC_3523DSC_3525

DSC_3522

(Gambar ikut pusingan jam)

i) Gubahan kasut. Beli semasa SALE 70%. Harga asal pun baru seratus lebih, lepas diskaun, kamu kira lah tinggal berapa je :p Jimat, okeh. Jimat. Jangan lari konsep JIMAT SELAGI BOLEH tu.


ii) Gubahan persalinan. Sutera Jaquard Terengganu + tudung bawal sekali (psst. Sekarang, kain ni dah boleh dapat RM 95++ je sepasang. Siapa2 berminat, boleh BUZZ saya di feexeea[at]yahoo.com, ok. Dijamin 100% asli dari Terengganu, tau!)


iii) Gubahan wangian dan barang kelengkapan diri. Dior Addict EDP set. Pun beli semasa SALE tahap gaban kat Isetan. Dah boleh masuk tahap antik ni. Orang lain dah tak heran nak pakai, aku baru terhegeh-hegeh nak beli. heh


DSC_3528DSC_3535

DSC_3521

(Gambar ikut pusingan jam)

i) Gubahan Mas Kahwin. Tang ni paling simple alahai tahap celah gigi je lah. Modal hanya diperlukan untuk beli kotak cantik-cantik yang banyak dijual kat Memory Lane atau Lovely Lace tu. Lepas tu, selit la dengan not-not duit (ikut nilai mas kahwin negeri pengantin perempuan masing-masing) dan hiaslah dengan bunga dulang.


ii) Gubahan Jam Tangan dan Make-up set. err.. dua barang ni terpaksa disekalikan satu dulang sebab aku gedik nak tambah make up set last minute. Bila lagi nak merasa pakai MAC, kan? Hari-hari lain nak mintak FREE, berjanggutlah tunggu. ngee


iii) Gubahan Manisan. Ni lah pertama kali aku merasa coklat nama Patchi. Punyelah tak pernah dengar nama coklat ni sampaikan aku ingat coklat murah-murah boleh dapat sebijik seringgit. Ye lah kan, selama ni, aku ingat Ferrero Rocher tu paling mahal dah. Selamba laa aku makan dengan rakus, sekali hadap je. Sekali hari tu terjumpa kat KLCC, mak oii 4-5 bijik je dah boleh cecah 20 hengget!

Cara gubahannya pun simple je. Guna bekas kristal yang boleh dapat kat kedai dua ringgit, lepas tu, tabur-tabur je coklat kat dalam bekas tu dan kat atas dulang.


So, kepada bakal pengantin sekalian, semoga mendapat ilham daripada entri yang tak seberapa ni. Tak banyak, sikit pun jadik laa, kan. Sikit sama merasa :)



Isu BUMPER Kahwin : Kalau boleh, elakkan buat gubahan yang terlalu mengikut trend semasa. Dikhuatiri, kahwin pun belum, tapi gubahan hantaran yang kamu dah siapkan awal-awal tu, nampak macam out dated la pulak. Ye lah kan, trend orang kawen ni, tiap saat, tiap ketika, sentiasa berubah-ubah. Jalan selamat, pilih sesuatu yang simple, elegen dan timeless.

8 comments:

  1. hee betul tu, mase mencari brg2 hantaran,try seboleh2 nya cari waktu sale :D Murah, dan budget pun dpt dikawal hee

    ReplyDelete
  2. Waktu sale selalunya bermusim kan? Mesti musim tu sama dengan "musim mengawan" kan? hehe

    ReplyDelete
  3. hanie :
    mase SALE mmg habis sume sopping complex diserbu. sebut je lah kat celah mane, mesti sampai punye. heee

    mylikers :
    musim cuti sekolah pun musim mengawan jugak, kot :p

    ReplyDelete
  4. cantiknyeee gubahan hantaran u!pastu inai pun sweet je..not so dark n not so light.just perfect!

    ReplyDelete
  5. anil :
    lawa kan? tak macam gubahan yg saya buat. tunggang langgang. hee

    diah :
    err. ni gubahan dari sebelah lelaki lah awak. ai bertuah dapat je. hee

    thanx for the compliments neway :)

    ReplyDelete
  6. gubahan yg very nice!

    during my engagement pun my mom yg buatkan.. puas hati, sb ikut theme color yg kita nak kan.. (but sbnrnya saya bukanlah cerewet sgt pun~)

    nice post entry!

    ReplyDelete
  7. sharifah Zahira,

    thank u!

    buat sendiri, memang puas hati, kan? biarpun cuma cantik di mata kita :)

    ReplyDelete