Tuesday, July 21, 2009

Slot Soalan BUMPER.

Memandangkan ramai pembaca Isu BUMPER Kahwin yang hantar email bertanyakan tentang pelbagai perkara berkaitan dengan persediaan alam perkahwinan serta ilmu rumahtangga, maka slot ini pun diwujudkan. Demi kesejahteraan bersama. chewah.


Sebelum ni, aku jawab secara personal je melalui email. Tapi, rasa macam tak best pulak sebab kadang-kadang, soalan-soalan tu kemungkinan besar turut dialami oleh orang lain jugak. Lagipun, aku bukannya pakar kaunseling perkahwinan ke apa. Jadi, rasanya lagi best dan bermakna kalau satu-satu isu tu dapat dibincangkan dengan pembaca lain. Boleh dengar lagi banyak pandangan. Bukan ke two heads is better than one?


Maka dengan itu, aku pun dengan besar hatinya, dah buat satu slot khusus untuk soal jawab yang boleh dibincangkan secara terbuka oleh semua pembaca Isu BUMPER Kahwin yang setia lagi dicintai sekalian.


Kita namakan slot ni sebagai, Slot Soalan BUMPER.


Boleh tanya apa-apa je soalan berkaitan dengan perkahwinan kat mana-mana ruang yang ada macam kat ruangan chatbox ke, commnet box atau email kat feexeea[at]yahoo.com


Lepas ni, setiap isu atau soalan yang dibangkitkan, akan dibincangkan secara terbuka dalam satu entri khas di bawah label Soalan BUMPER ni la. Kalau malu dan tak mahu dikenali, letak je nama samaran. Jangan risau. Setiap email atau komen akan di kemaskini dulu sebelum di publish kat sini.


Sebagai permulaan, aku publish satu isu yang telah diutarakan oleh seorang pembaca Isu BUMPER Kahwin yang hanya mahu dikenali sebagai Jenna.


hello tuan blog,

saya ni silent reader kat blog tuan. anyway,just nak kongsi cerita or maybe boleh bagi sedikit pendapat..

saya ada seorang kakak yang tak kahwin lagi. dia cakap dia taknak kahwin sebab dia takut anak dia end up jadik jahat. maklumlah budak2 sekarang2 kan macam2 perangai. pastu kakak saya ni jenis ada expectation tinggi kat orang. so, dia takut anak2 dia takkan ikut apa yang dia nak. (contoh: nak jadik doktor, jadi tukang kebun pulak).

yang saya mcm tertekan sikit tu,dia mcm nak pengaruhi saya supaya jadi macam dia walhal saya dah ada kekasih hati dan sudah rancang perkahwinan kami lagi 1 tahun.stresss tauu dengar dia cerita.

hope tuan blog leh kongsi pendapat.
=)


Jenna.


DSC_5466

Sabda Nabi S.A.W. "Perkahwinan itu adalah sunnahku (jalanku), siapa2 yg tidak melaksanakan sunnahku, bukanlah dia dr umatku/ golonganku"

(Gambar sekadar hiasan.)


Aku sendiri dah bagi pendapat peribadi melalui email kepada Jenna. Sekarang ni, giliran kamu pulak, ye. Jawab jangan tak jawab. Jangan malu dan jangan segan, Jenna mesti dah tak sabar-sabar nak dengar pendapat kamu di luar sana.



Isu BUMPER Kahwin : Ramai jugak tanya macam mana nak join blog Wives and Mothers. Sebenarnya, saya hanyalah pembaca dan penulis jemputan je. Segala permohonan nak join blog tu, mestilah melalui wivesandmothers[at]gmail.com okay?

4 comments:

  1. wahh bagus2. dah ade ruangan utk soalan & jawapan dari puan xeea :D dah mcm Dato dr fadzilah kamsah nampak nye..huhuhu :P

    ReplyDelete
  2. ouh bes..sesi soal jawab...

    uish..ada lg er yg berfikiran cmtu...biarkan..yg penting nawaitu dia nk kwen tu btol..jgn terpengaroh dgn desakan sekelilingg

    ReplyDelete
  3. saya juga selalu dengar benda2 macam ni dari sesetengah orang yg lihat perkahwinan as a disaster. dengan cerai, dengan anak2 jadi nakal, dengan org ketiga bla bla.

    tekanan jugak bila dia bebel kat saya dan rasa macam dia ni doa aku jadi macam tu ke apa?

    tapi malas nak layan. kita hamba allah hanya mampu rancang dan buat yang terbaik. apa yg tuhan rencanakan in the future tu bukan kerja kita nak predict.

    doalah. tuhan dengar dan pemurah. doakan saya jugak!
    peace!

    ReplyDelete
  4. hanie :
    tolong sesama kita kan dapat pahala. bukan ke pengalaman tu pun satu bentuk ilmu yang wajib kita sama2 kongsi? :)

    anil :
    setuju. nawaitu comes first.

    derqdnl :
    yup. kita hanya boleh merancang. masa depan, DIA yang tentukan. jadi, jangan jadik pesimis sebelum mencuba :)

    ReplyDelete