Tuesday, December 30, 2008

Warna tema tu BUKAN sedondon, ya. Sila ambil perhatian.

Dah jadi macam trend pengantin masa kini, mesti ada warna tema sedondon dari bunga telur, sampai la kepada warna cadar bilik tidur pengantin. Kalau boleh, semuanya nak guna warna yang sama.

Maaf cakap lah.

Warna sedondon kelihatan agak melampau lah.

Kalau dah pilih hijau sebagai tema, baju warna hijau, pelamin hijau, kanopi hijau, langsir hijau, cadar hijau, bunga telur hijau, beg hadiah hijau, habis ke cat rumah pun nak warna hijau! Kalau boleh, telur rebus tu pun nak diwarnakan jadi hijau. Dah jadi macam telur biawak pulak. Boleh jadi buta warna semua tetamu yang datang bertandang nanti.

Wahai bakal pengantin sekalian, sungguhpun kamu itu pencinta alam semulajadi, sangat sukakan warna hijau, tapi TOLONG LAH! Kasihanilah mata-mata orang yang memandang. Pedih retina ni tau! Berpinar-pinar jadik nya nak bezakan yang mana pengantin, yang mana pelamin.

Nak kata aku ni pakar warna, tak jugak. Nak kata doktor pakar mata, lagi lah mustahil. Aku sendiri pakai 4 mata. Tapi, mungkin ada secebis ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Agar kesilapan yang sama tak dilakukan berulang kali oleh kamu semua.

Itulah ruginya Malaysia takde channel E! Takde rancangan Wedding Do and Dont's yang boleh dirujuk sebagai panduan. Kalau nak pilih warna tema, boleh. Bukan tak boleh. Tapi, berpada-padalah.

Walau apapun warna tema pilihan kamu, cuba wujudkan sedikit kontras. Terutamanya, yang boleh bezakan pengantin dan pelamin. Sebab kamu, si pengantin lah subjek utamanya. Yang orang keliling kampung sibuk susah-payah keluar rumah hari tu, sebab nak tengok kamu lah. Jadi, kenapa kamu susahkan lagi diorang dengan memaksa bermain permainan Cari Benda (Pengantin) Tersembunyi.


Jom! Cari Benda (Budak) Tersembunyi. (Kredit : Makbudak Mumbles)


Pilihan terbaik, pilih warna natural macam putih, krim atau coklat cair untuk latar warna pelamin. Warna-warna pastel pun ok jugak. Baru lah Mak Kiah kampung sebelah senang nak nampak kamu dalam baju pengantin warna hijau dari jarak 5 kilometer. Gunakan warna tema se-minimal mungkin kat pelamin. Contohnya, untuk bunga pahar kanan kiri je yang guna warna hijau sebab nak bagi selari dengan warna baju pengantin. Takpun, kipas tangan je ke. Takpe. Asalkan tak melebih-lebih.

Lagi satu, dah jadi macam trend jugak, bakal pengantin suka had kan pada dua warna je. Kalau dah pilih hijau, korang padankan dengan ungu je. Hijau. Ungu. Dah. Semua barang kahwin, nak hadkan kat dua warna tu je la. Macam la dua warna tu je yang ada kat dunia ni. Padahal, berderet lagi yang boleh dipilih kat spektrum warna. Warna pelangi pun ada tujuh.

Tak salah nak pilih 2-3 warna tema. Asalkan kamu pandai nak mix and match. Jangan main hentam mix and match sudah. Ada pulak nanti yang rasa nak nampak daring, suka hati pilih warna sama macam warna lampu isyarat. Nak daring pun, tengok tempat dik. Ada jugak kang orang ingat diorang salah majlis, sebab terasa macam kat rumah Sammy Vellu pulak, tengah sambut Deepavali.

Nak pilih warna pun, ada pantang-larang nya. Ada jiran aku, penggemar gaya gothic, pilih warna hitam dan putih sebagai tema. Memang nampak macam edgy dan lain dari yang lain, tapi warna hitam-putih untuk tema keseluruhan majlis, agak suram lah. Macam berkabung pun ada. Tetamu pun macam muram je. Bukan ke setiap warna tu mempengaruhi mood kita. Sebab tu orang Cina tak bagi tetamu datang majlis kahwin pakai baju warna hitam. Apatah lagi sang pengantin. Takde ong kata mareka.


Pengantin gothic. Google je nih.


Ini pulak kegemaran ramai pengantin perempuan. Warna merah jambu. Sebab perempuan akan rasa sangat ayu, jelita dan manis bila memakai warna ini. Itu memang betul. Tapi, membiarkan suami kamu kelihatan jambu dan kaku memakai baju pengantin warna tu, lebih-lebih lagi warna merah jambu stok macam Pink Panther; ia membuatkan kamu kelihatan sangat tidak berhati perut. Nak-nak pulak suami tu berkulit hitam manis si tampuk manggis. Kesian dia. Sangat terseksa. Sanggup dilihat janggal hanya untuk kamu kelihatan ayu.

Sangat tak adil, kan?

Ini kan hari kamu berdua. Patutnya, dua-dua kena bahagia. Sama-sama cantik dan tampan di hari itu. Jadi, sila lah keluarkan pilihan warna merah jambu dari senarai pilihan kamu KECUALI si dia memang betul-betul jambu dan suka memakai warna merah jambu.


Mak aih. Terangnya pink dia!


Lagi satu, punya nak ikutkan warna tema, semua yang datang pakai baju warna yang sama dengan pengantin. Hilang pulak seri pengantin tu. Tak menyerlah. Dah semua nampak macam sama je. Beza kat mahkota je. Itupun kalau dia pakai mahkota. Pengantin zaman sekarang suka pakai sanggul bunga.

Aku tau. Nak pilih warna tema untuk perkahwinan bukan mudah. Aku dulu pun macam nak gila, orang asyik tanya warna tema. Dah tinggal sebulan lagi nak kahwin pun, aku takde warna tema. Aku beli barang semua ikut suka. Akhirnya aku kata, tema warna-warni di Aidilfitri. Sebab aku kahwin betul-betul masa raya puasa.

Pokok pangkalnya, terpulang lah kat citarasa masing-masing.

Kalau boleh, buatlah pilihan warna tema yang tak lapuk ditelan zaman.

Bukan apa.

Takut menyesal di kemudian hari.

15 comments:

  1. HI there.
    Thank you for linking me up!
    Will do do to your blog too!!

    I am totally agreed with u,
    About trend semua nak sama warna!
    For me,pilihlah warna dalam same family but do not have to be ALL SAME-SAME!
    Betul kata u!Susah nak bezakan pengantin!
    Especially if ada kengkawan atau family yg lebih glamour dr pengantin!!

    Haha.. POint taken there!

    And,about pengantin lelaki pakai pink? Hurm, agreed kurengg macho.
    If really wanna do so to!,perhaps dusty pink or rustic pink! Look bit masculine than softerpink

    Whatever it is!
    All points hihglighted should be also considered by any brides!

    Gud Luck!

    ReplyDelete
  2. thanks.

    Now we also get a point of view from the professional. Really appreciate it.

    Jgn serik singgah lagi.
    kita sama2 share apa yang patut dgn bakal2 pengantin agar kesilapan sama tak berulang lagi.

    ReplyDelete
  3. hi! thank for linking... kita stuju la awak pasal warna tema tu... tak naklaa suma sama warna.. i like complimentary colors, one tip! dari ERIC deco tu..

    beli eye shadow then look at the chosen colors, tu pro yang pilih and the colors will be perfect!

    pasal color.. i tak stuju warna peach and hot pink..very hard color to pull...

    ReplyDelete
  4. great blog
    *nak masuk kan link ni kat kategori mana erk??*

    ye..warna tema adalah sgt penting
    skrg ni dah jadik trend kan, pengantin pakai purple, ahli keluarga dan jemputan pakai biru..
    gift pun pkai biru
    pengantin moden mungkin skit bijak la bab2 kaler tema ni *lagi2 yg selalu ngadap internet kan*
    as mine, i dream to have baby blue as my theme
    pelamin adalah berwarna putih, hanya sedikit unsr blue dibenarkan
    favor adalah gabungan blue+white

    manakala tema pada malam pernikahan adalah pink. hantaran adalah pink
    dan rumah tak kan langsung dicat berunsur pink
    putih sudah...natural...

    semoga pilihan ini adalah tepat.
    any comments dr yang pakar??
    sgt memerlukan pandangan kamu

    ReplyDelete
  5. Ms D : wah. thnx for the tips n trick! so, bakal pengantin, sila pegi mana2 beauty counter, pura2 nak beli eye shadow. =p

    hot pink is too much. mcm kata 4weddingku, goes for dusty or rustic pink. wayy better!


    Dayu : mana2 kategori pun bole. asal jatuh dlm kategori kawen la. bukan masak-memasak tau. =p

    i love baby blue. sgt sweet. dan sesuai for both bride and groom. its universal.

    pelamin warna putih dan warna2 natural is the best. baru senang nampak u kat atas pelamin.

    just my two cents. dan satu lagi, saya bukan pakar. cuma kongsi pengalaman lepas bergelar seorang pengantin. harap2, org lain pun boleh dapat manfaatnya =)

    ReplyDelete
  6. agreed agreed :)
    family wearing same theme dgn pengantin pun for me like biggest mistake. confused sape yang kawin ni..?

    ReplyDelete
  7. kdg2 warna tema pentas pelamin sama dgn warna tema baju pengantin. Tu lagi musykil.

    better pemilihan baju pengantin tu dpt attrack org yg nak kawen & sedap mata memandang...

    ReplyDelete
  8. hidden.wing : u get the point.

    al hussaini : betul. warna baju sama sedondon dengan warna pelamin is a BIG NO NO.

    ReplyDelete
  9. very agreed..bakal mak andam sy pom ckp awl2..pelamin ng baju jgn samer..nnt tenggelam..xnmpk pengntin..lebih baik plih kaler putih..cream..sesuai ngn aper jua tema

    ReplyDelete
  10. aziyana : go for natural. basic is the best.

    ReplyDelete
  11. wah ..kat mane nak dpatkan payung pengantin ghotic tu.. huuhuh menarik...

    ReplyDelete
  12. google je tuh. tatau kat mesia ade tak.

    ReplyDelete
  13. tuan empunye blog. nk tny ida. teringin tema kawen ungu. n baju kawen pun dah book color ungu. hmm...tp x tau nk matchkn ngn warne ape.... ari tu dah tercakap ngn pengapit suh die pkai ungu gk..adoiii...nnti x tau plak yang mane pengantin.. hmm..bleh bg idea combination color???

    ReplyDelete
  14. maslina,

    jalan selamat, match dengan color putih/silver je.

    pengapit better pakai color lain daripada pengantin. tapi yg still in the same group of color la. contohnya, kalau pengantin deep purple, pengapit pakai la light purple. atau go for something natural. yg boleh masuk dgn semua color.

    further suggestion, boleh refer kat http://theperfectpalette.blogspot.com utk contoh2 combination color utk wedding.

    good luck!

    ReplyDelete
  15. hai admin. nk tanya la.

    baju pengantin saya soft blue.
    wrna scallop khemah apa yg sesuai ye?
    pelamin pulak sesuai warna apa ye ?

    harap membantu. hehe

    ReplyDelete