Monday, May 17, 2010

Ilham Tudung Sanggul Tinggi.

Mungkin ramai bakal pengantin dah tau pasal ni, kot.


Pasal trend tudung sanggul tinggi sekarang ni. Ala-ala minah arab, gitu. Kalau kena gaya dan muka, memang nampak sangat cantik dipandang. Muka pun nampak tirus, kurus je.


Pendek kata, memang chun.


Turkish Hijab 3

Turkish hijab  2

Kredit : Google.


Pengantin bertudung pun macam tak terlepas daripada gaya semasa ni. Pergilah mana-mana majlis perkahwinan yang melibatkan pengantin bertudung, mesti ada yang menggayakan trend macam ni.


mainpix22

Kredit : Ikatan Tudung Pengantin @ Berita Harian.


Mati-mati selama ni aku ingat yang sanggul tinggi tu rambut betul diorang. Rupa-rupanya, ilusi optik semata-mata.


IMG_0001

Diorang buat pakai sanggul palsu je. ciss, Tipah tertipuuuuuu!!!

Kredit : Aura Tudung.


mainpix3

mainpix2

Demo pakai tudung sanggul tinggi oleh Hajaba.

Kredit : Berita Harian.


Jadi, kepada mana-mana pengantin yang sangat berminat nak pakai tudung ala minah arab masa di hari bahagia nanti, bolehlah dapatkan tudung, anak tudung dan sanggul palsu sekali kat Butik Hajaba takpun kat Aura Tudung ni. Macam-macam jenis sanggul ada. Yang jenis sepit, jenis sikat, jenis klip, semua ada lah. err.. entah-entah kat kedai Sinma pun ada kot. Try ushar. Mana tau boleh dapat harga lagi murah.


Bagi yang masih tercari-cari tudung vogue da vast untuk dipadankan dengan sanggul palsu tu nanti dan yang paling sesuai untuk dipakai masa nikah atau bersanding, aku ada jumpa satu laman web ni; Udaimatunnur. Tudungnya memang meletop liplap liplap, gitu. Macam-macam koleksi warna ada. Tinggal pilih dan bayar, je.


Mahal sangat?


Apa salahnya. Seumur hidup sekali. Lagipun, agak-agak lepas nikah segan nak pakai, boleh let go kat bakal pengantin lain. Jual kat adik-beradik ke, sedara-mara, takpun jiran tetangga. Nak mintak tolong aku lelong kat Isu BUMPER Kahwin ni pun, no hal punya. Email je kat feexeea[at]yahoo.com dan bubuh tajuk "lelong" kat ruang subject email tu. Jadi, takdelah wujud istilah membazir di situ.


Bagi tips pemakaian tudung pulak boleh tengok kat sini (Baca : Sanggul Tinggi Jadikan Muka Kecil)


Satu je lah peringatan untuk diri sendiri dan kamu semua.


Masa aku tengah galak google pasal tudung sanggul tinggi ni, terjumpa pulak satu hadith yang kata berhijab dengan sanggul terlalu tinggi melebihi paras kepala (camel hump hijab) adalah HARAM.


Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :


“2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.”


Jadi, bersederhanalah dalam apa jua perkara.


Kalau beriya sangat nak ikut trend, boleh jadik kes macam ni jugak. Tak ke naya dan menyusahkan masyarakat sekeliling :p


tudung tinggi

tudung tinggi

Kredit : Baby & Me dan KOSMO.

Wallahua’lam.



Isu BUMPER Kahwin : Jangan sampai jadik mangsa fesyen.

11 comments:

  1. saya terpikir la.... kalau pakai rambut palsu evven dalam tudung, jatuh hukum sama ngan pakai rambut palsu kat luar ke? dikira menyambungkan rambut jugak ke?

    ReplyDelete
  2. ade hadis pasal sanggul tinggi..diharamkan..rujuk cni

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100001088517953&ref=pymk#!/note.php?note_id=120558457975445&id=1376921711

    ReplyDelete
  3. err.. not sure pulak pasal tu.
    nak kena tanya pada yg pakar, kot :p

    ReplyDelete
  4. thanx for the info :)

    ReplyDelete
  5. bkn ke tdung sanggul tggi ni xelok....
    seperti yg ada dlm hadith..


    Quote::
    “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

    Rasulullah s.a.w bersabda:

    Quote::
    “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

    –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

    ReplyDelete
  6. thanks for the info.. :)
    bru igt nk tiru gaya sanggul tinggi ni.. tp bca hadis tu.. hehe xelok rupe yer.. emm bahaya gak la klu terikut fesyen2 ni..

    btw kite suke bce blog awak ni.. sye ade blog jgak..tp xla se best blog awk ni.. klu rajin singgah2 la kat blog kite..bru2 nk blajar jd penternak blog mcm awak..hihi..

    http://vnazedy.blogspot.com -->> jgn lupa singgah.. =)
    jemput2..

    ReplyDelete
  7. HADIS 15: DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI
    NERAKA
    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang
    akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan
    (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk
    memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang
    lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas
    kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak
    akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau
    wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
    (Riwayat Muslim)
    Keterangan:
    Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada
    pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat,
    bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang
    berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun
    boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan
    bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain
    sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang
    sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.
    Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,
    seperti gob unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak
    akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari
    jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

    ReplyDelete
  8. Yezza..semua pun ade pendapat masing2...

    Join our GA yehhh untuk menang tudung gitew! http://labellatela.blogspot.com/2010/11/labellatela-1st-giveaway.html

    TQ~

    ReplyDelete
  9. Yezza...sumua pun ade pendapat masing-masing...so fikirkanlah yang terbaik....

    Join our GA yehhhh!!!
    Boleh menang tudung gitew~

    http://labellatela.blogspot.com/2010/11/labellatela-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
  10. hadis ini telah dijawab kebanyakan ulama..antara pendapat ustaz kazim ialah :
    "hadis tu membawa maksud golongan model,ratu cantik,peragaan yang mana benda2 ni tak dak zaman nabi,tolong baca keseluruhan hadis,zaman nabi mana ada model yg berjalan melenggok2 dan dimaksudkan bonggol atau goh unta ialah mahkota yg dipakai apabila menang."

    http://tanya-ustaz.27233.n3.nabble.com/sanggul-arab-sanggul-tinggi-td809422.html

    ReplyDelete
  11. na share sket... pasal hadis ni.."mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang)" so bukan la model pragaan or miss world yg dimaksudkan.. tp umat akhir zaman ni... sory jika tersilap...

    ReplyDelete