Sunday, March 14, 2010

1st Gathering Ever : Bloggers & Brides.

Berita baik buat bakal-bakal pengantin sekalian.

weddingbazaargathering_


Julung-julung kalinya, satu gathering besar-besaran akan diadakan buat para pengantin yang menternak blog. Terima kasih kepada penganjur jelita dan terhebat kami; Puan Anil, Puan Diah dan Puan Amy yang telah bertungkus lumus membanting tulang empat kerat bermandi keringat untuk adakan parti buih istimewa buat kamu sang pengantin di luar sana.


Apa yang pasti, ia takkan sama dengan stok-stok pameran pengantin yang dah biasa kamu hadiri kat PWTC ke, kat Mid Valley ke, kat dewan mana-mana lah. Istimewanya gathering ni sebab akan dihadiri oleh bakal pengantin, yang dah jadik pengantin dan tak lupa jugak para peniaga barang perkahwinan yang dijemput khas sahaja.


Jadi, pada mana-mana bakal pengantin, ambil peluang ni untuk berkongsi pengalaman dengan pengantin yang lain serta pengantin lama secara lebih intim, gitu. Mereka juga akan buat special trade-in, second hand giveaways, jualan murah barang-barang perkahwinan, dan mana tau kot-kot Puan Hanie pun akan bukak sale durian runtuh untuk pakej fotografi perkahwinan istimewa untuk kamu semua :p


Pendek kata, tips-tips dan tawaran terbaek punyalah dari pengantin khas untuk pengantin!


Apa tunggu lagi?

Pendaftaran masih di buka di blog Puan Diah.


Tarikh : 27 Mac 2010

Hari : Sabtu

Masa : 2 – 6 pm

Tempat : THE ZON ALL SUITES RESIDENCES


Jumpa di sanaaaaaa!!!



Isu Bumper Kahwin : Kalau takde aral melintang, ai pun nak join, weh. Biarpun dah jadik pengantin basi :p

3 comments:

  1. woopss woopss, hehe seram dibuatnya ade pengumuman ikhlas disitu yer :D hanie dtg sbg tetamu/pemerhati je kot. nak jadi vendor, takut plak nak join hee kalau nak, emel terus aje la eyh hee

    ReplyDelete
  2. woww.. xeea ada.. i loikee. boleh ketemu..yes..yes..sila bawa perot comel anda yaa..hehe

    ReplyDelete
  3. hanie :
    gurau2 manja je tu. heee

    anil :
    not so comel kot. obvious dah. haha

    ReplyDelete