Saturday, September 5, 2009

Berinai / Henna.

rec 005

Inai dan pengantin memang tak boleh dipisahkan.


Kalau pengantin tak pakai inai kang, orang keliru pulak yang mana pengantin yang mana pengapit. Nak-nak pulak kalau dapat pengapit stok pakai lagi meletop dari pengantin. Ok, pasal pengapit ni, cerita kat entri lain pulak.


Trend zaman sekarang, orang suka buat ukiran inai. Pergi kedai, kadang-kadang upah mengukir boleh cecah RM 50 sebelah tangan. Kalau dah memang ada bakat semulajadi melukis, boleh la lukis sendiri. Jimat. Tak tahu nak lukis corak macam mana pun, tak jadik masalah rasanya. Google aje, berlambak-lambak haa keluar. Pilih je la yang mana berkenan. Satu contoh laman web yang boleh aku cadangkan ialah Dayu Designs.


Nak ulas pasal hukum-hakam pakai inai berukir ni, aku bukanlah orangnya. Nak kena rujuk pada yang pakar lah. Ataupun, kamu boleh jugak baca pendapat blogger lain kat sini. Kalau tanya aku, prinsip aku mudah je. Kalau setakat buat suka-suka, takde masalah rasanya. Yang penting niat.


Tips untuk bakal pengantin yang nak pakai inai sendiri, dicadangkan guna inai jenama Rani. Datang dalam bentuk tiub. Senang nak apply. Pakai kejap je pun dah merah. Lagi satu, pastikan sebelum pakai inai kat hujung jari tu, balut jari siap-siap dengan selotape kat takat mana kita nak apply inai tu nanti. So, takdelah inai tu meleleh dan bersememeh, ok. Barulah comel bila official photographer nak close-up cincin kat jari manis tu. heh.


Pengantin lelaki pulak, manis pakai inai kat tiga jari hujung je kot. Mula dari jari tengah hingga jari kelingking. Pakai belah kanan je pun jadik lah. Bagi nampak sikit seri pengantin tu, kan. Aku kurang berkenan sikit kalau pengantin lelaki pakai inai penuh sepuluh jari. Nampak macam kurang maskulin gitu.


DSC_3434

Mujur sepupu aku memang bukak bisnes ukir inai pengantin. Maka, dapatlah sponsor. Kalau tak, nak kena bayar 50 hengget sebelah tangan, tak kuasa kot den :p



Isu BUMPER Kahwin : Kadang-kadang tangan aku ni rasa macam gatal je nak tolong 'repair' kan inai kat hujung jari pengantin yang nampak comot. Rasa macam nak cakap je, 'laaa, kenapa tak tepek selotape dulu sebelum pakai, sayang oiii'.

11 comments:

  1. pakai jam Swatch eh? hehe

    CANTIK! hehe

    ReplyDelete
  2. xeea....hik..aahlah chomel jam itu...

    henna ni nak pakai boleh...pakai ala kadar...jgn menyerupai hindu sudeyy..

    ReplyDelete
  3. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete
  4. teringat masa nurul nikah ari tu. pakai jam swatch kesayanagn. org siap perli tetap mahu paki jam tersebut :)

    ReplyDelete
  5. princess.dHani :
    erk. kantoii. hee

    anil :
    jam lama lah anil. tp very hi sentimental value.

    yup. jgn melebih2 sampai org tersalah angap sebagai kajol sudey :p

    hapi :
    thanx for dropping by :)

    nurul :
    kekok laa tak pakai jam. makcik2 ade gak sound, suruh ganti dengan gelang ke, tapi sy buat tatau je. hee

    ReplyDelete
  6. wah2!!cm bes je kwen2 ni..nk kwen gk!!tp xckop umo lg.(-_-")
    lalala...

    eh2!!cntek la corak inai 2.td bru pk2 nk lukis inai kt tgn.mst lg gmpk rye ni. c(:

    ReplyDelete
  7. si pesek :
    heip. heip. org bawah umor takleh kawen lagi. nanti hilang seri. huu

    ReplyDelete
  8. alahai jam swath dlm gmbr tu sama mcm jam saya. time nikah ari tu pun pakai jam kesayangan itu.

    ReplyDelete
  9. nurul,

    alamak. same taste la kite. tapi dah tak berapa pakai sangat. sbb dah ade yg baru. hee

    ReplyDelete
  10. aritu saya pakai inai, org tu tak letak selotep pun. nasib baikkkk die pandai bajet tak comot!

    yelah, comel jam!hehe

    ReplyDelete
  11. hihi.

    setelah sekian lama br jengah isubumperkahwin.

    husband saya, xmo pakai inai!!
    tgk jari dia kosong je, mcm kawen main2!

    ReplyDelete