Isu BUMPER Kahwin : Tak cukup budget nak berbulan madu sebaik lepas berkahwin, pergi lepas beranak pun, apa salahnya kannnnn :))
Thursday, November 1, 2012
Bulan Madu di Bali.
Isu BUMPER Kahwin : Tak cukup budget nak berbulan madu sebaik lepas berkahwin, pergi lepas beranak pun, apa salahnya kannnnn :))
Tuesday, November 23, 2010
Orked.
Idea D.I.Y untuk cenderahati perkahwinan.
Bahan-bahan yang diperlukan cumalah see through favor boxes, penebuk lubang (untuk tebuk lubang kat kotak nak selit orkid) reben, dan bunga orkid (beli yang setangkai besar tu, boleh dapat berkuntum-kuntum orkid)
Kalau takde reben tu pun takpe.
Bunga orkid sekuntum tu je dah cukup menawan :)
Isu BUMPER Kahwin : I’ve always been in love with orchids.
Sunday, November 7, 2010
Singgahsana Ringkas.
Idea untuk menggantikan pelamin bagi majlis pertunangan ataupun merisik.
Effortless.
Kadang-kadang, kita tak perasan apa yang sebuah kerusi, dua bijik bantal dan lampu terendak boleh lakukan bila digabungkan bersama. oh, jangan lupa hias dengan bunga harum sundal malam di salah satu sudut nya.
Hasil yang sangat ringkas tapi tak jemu dipandang mata!
Isu BUMPER Kahwin : Berpegang pada prinsip less is more.
Monday, August 23, 2010
Hello, World!
Announcing,
.
.
.
the arrival of our lil’ bun!
ALFIY HAFEEZ BIN MUHAMMAD HAFIZ
18.08.2010 , 8 Ramadhan 1431
09.54 pm
3.61 kg, 53 cm
Hospital Columbia Asia, Puchong.
Much love;
Mama Xeea & Papa Cfu
:)
Monday, May 17, 2010
Ilham Tudung Sanggul Tinggi.
Mungkin ramai bakal pengantin dah tau pasal ni, kot.
Pasal trend tudung sanggul tinggi sekarang ni. Ala-ala minah arab, gitu. Kalau kena gaya dan muka, memang nampak sangat cantik dipandang. Muka pun nampak tirus, kurus je.
Pendek kata, memang chun.
Kredit : Google.
Pengantin bertudung pun macam tak terlepas daripada gaya semasa ni. Pergilah mana-mana majlis perkahwinan yang melibatkan pengantin bertudung, mesti ada yang menggayakan trend macam ni.
Kredit : Ikatan Tudung Pengantin @ Berita Harian.
Mati-mati selama ni aku ingat yang sanggul tinggi tu rambut betul diorang. Rupa-rupanya, ilusi optik semata-mata.
Diorang buat pakai sanggul palsu je. ciss, Tipah tertipuuuuuu!!!
Kredit : Aura Tudung.
Demo pakai tudung sanggul tinggi oleh Hajaba.
Kredit : Berita Harian.
Jadi, kepada mana-mana pengantin yang sangat berminat nak pakai tudung ala minah arab masa di hari bahagia nanti, bolehlah dapatkan tudung, anak tudung dan sanggul palsu sekali kat Butik Hajaba takpun kat Aura Tudung ni. Macam-macam jenis sanggul ada. Yang jenis sepit, jenis sikat, jenis klip, semua ada lah. err.. entah-entah kat kedai Sinma pun ada kot. Try ushar. Mana tau boleh dapat harga lagi murah.
Bagi yang masih tercari-cari tudung vogue da vast untuk dipadankan dengan sanggul palsu tu nanti dan yang paling sesuai untuk dipakai masa nikah atau bersanding, aku ada jumpa satu laman web ni; Udaimatunnur. Tudungnya memang meletop liplap liplap, gitu. Macam-macam koleksi warna ada. Tinggal pilih dan bayar, je.
Mahal sangat?
Apa salahnya. Seumur hidup sekali. Lagipun, agak-agak lepas nikah segan nak pakai, boleh let go kat bakal pengantin lain. Jual kat adik-beradik ke, sedara-mara, takpun jiran tetangga. Nak mintak tolong aku lelong kat Isu BUMPER Kahwin ni pun, no hal punya. Email je kat feexeea[at]yahoo.com dan bubuh tajuk "lelong" kat ruang subject email tu. Jadi, takdelah wujud istilah membazir di situ.
Bagi tips pemakaian tudung pulak boleh tengok kat sini (Baca : Sanggul Tinggi Jadikan Muka Kecil)
Satu je lah peringatan untuk diri sendiri dan kamu semua.
Masa aku tengah galak google pasal tudung sanggul tinggi ni, terjumpa pulak satu hadith yang kata berhijab dengan sanggul terlalu tinggi melebihi paras kepala (camel hump hijab) adalah HARAM.
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
“2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.”
Jadi, bersederhanalah dalam apa jua perkara.
Kalau beriya sangat nak ikut trend, boleh jadik kes macam ni jugak. Tak ke naya dan menyusahkan masyarakat sekeliling :p
Wallahua’lam.
Isu BUMPER Kahwin : Jangan sampai jadik mangsa fesyen.
Thursday, April 22, 2010
Durian Kahwin / Cenderahati perkahwinan / Wedding favors
Kalau cakap pasal DURIAN KAHWIN, mesti macam-macam yang terlintas kat fikiran kamu, kan? Apa itu DURIAN KAHWIN?
Jadikan durian sebagai doorgift kahwin, kah?
Ke letak durian dalam dulang hantaran?
Takpun, jamu tetamu dengan pesta durian masa kenduri?
Istimewa buat bakal-bakal pengantin yang masih tercarik-carik hadiah/cenderahati perkahwinan yang sesuai untuk tetamu, mungkin DURIAN KAHWIN punya jawapannya. Macam-macam pilihan cenderahati perkahwinan yang unik dan lain daripada yang lain serta ditawarkan dengan harga baik punya. Siap boleh customized bubuh nama pengantin, lagi. Ala-ala artis, you!
Nak yang moden, tradisional, ala kampong, praktikal, ala datuk-datin, pendek kata, macam-macam ada! Yang penting, fulus pun nak kena ada :p
Jom, cuci mata jom!
Bagi pencinta alam semulajadi, cenderahati ni sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada tetamu. Kotak tisu yang bertatah kerang, siput dan pasir putih tepi pantai ni seolah-olah membawa sekali tetamu kamu menghargai alam di samping meraikan majlis perkahwinan kamu. Wah, 2 pengisian dalam 1 gitu! Klik je kat Kotak Tisu, macam-macam jenis kotak tisu ada, yang kecik, besar, bersalut songket pun ada tau.
Ini pulak buat yang sangat mementingkan masa. Selain tu, ia sangat praktikal untuk kegunaan tetamu letak atas meja pejabat mereka kelak. Lepas tu, takde alasan diorang buat-buat lupa nak bagi hadiah pada tarikh ulangtahun perkahwinan kamu yang sah-sah terpampang trang tang tang kat atas nombor kalendar tu, kan? Betul-betul praktikal lah (-_-)
Bagi pengumpul fridge magnet macam aku, dah tentu akan terkinja-kinja gembira bila dapat cenderahati macam ni buat tambah koleksi kat peti sejuk sendiri. Dah lah kiut, rare pulak tu! Kalaulah ada mana-mana pengantin yang bagi benda ni sebagai doorgift, gerenti tak jemput pun, aku dengan muka tembok besar China akan datang sendiri :p
Sesuai buat pencinta batik yang sedang bercinta. Yang tak boleh lekang handphone dalam tangan. Sambil bercinta, sambil menghargai seni batik warisan bangsa. ewah. Oh, selain jenis Cinta, ada jugak jenis Bahagia, Abadi dan sebagainya lah. Klik je kat Koleksi Batik. Berderet haa, keluar.
Amacam?
Terliur, kan?
Bukan tu je tau. Ada banyakkkkkkk lagi macam yang kat bawah ni. Eksklusif dari DURIAN KAHWIN khas untuk anda.
Produk VIP Eksklusif
Memang betul-betul eksklusif lah. Boleh customized ikut selera masing-masing. Takkan dapat di Ayer Hitam mahupun di Nilai 3. Hanya di DURIAN KAHWIN.
Nak tempah macam mana?
Semuanya dihujung jari je. Buat tempahan kat sini. Ikut langkah-langkah yang diberi, 1-2 bulan dari tarikh tempahan, dah siap dan terus dihantar ke depan muka pintu rumah kamu! Istimewanya lagi, kamu tak perlu bayar lump sump, sebaliknya bayar 70% daripada jumlah harga pembelian. Lepas barang dah siap, dan kamu berpuas hati, barulah bayar bakinya 30% sewaktu nak ambil tempahan.
Tak puas hati tengok kat web je, ada sampel tak?
Selain pembelian secara online, kamu boleh melawat showroom DURIAN KAHWIN di Mutiara Damansara (10am – 6pm, Weekdays). Takpun, boleh jugak boleh bertemu empat mata dengan towkey kedai dan boleh mintak diskaun lebih hebat lagi kat alamat berikut :
Suite 24-3, Jalan 3/146,
Bandar Tasik Selatan
57300
Kuala Lumpur
Malaysia
Dan, untuk temujanji boleh hubungi Nurul di talian :
Phone Number :+(6) 016.2149995
Fax Number:+(6) 03.90576858
Kalau macam terpinga-pinga lagi, jom masuk sini :
DURIAN KAHWIN bagi diskaun durian runtuh, weh! Untung-untung, ada pesta buah durian sekali :p Cepat, ramai-ramai serbuuuuu!!!
Isu BUMPER Kahwin : Sama-sama tolong bisnes orang Melayu.
Monday, March 29, 2010
Post-entry : Bloggers & Brides Hi-Tea Gathering.
Biarpun lewat beberapa jam sebab appointment check-up delay, ditambah pulak sesat dan sesak di tengah ibu kota, berjaya jugak lah aku tinggalkan kesan jejak kat majlis ni. Pergi sekadar memeriahkan majlis dan memenuhi jemputan rakan-rakan bloggers yang dah bertungkus-lumus nak jayakan event ni.
So, bravo kepada Diah & team!
Majlis yang sangat meriah dengan vendors dan tetamu sampai tak senang duduk dibuatnya Puan Diah kita tu. Rugilah pada mana-mana bloggers dan bride2be yang tak join tu *saja nak tambah rasa jeles lagi.heh.*
Sampai-sampai je terus posing kat banner yang sangat manis ni sebelum dirobohkan oleh committee members. Fuh, nasib baik sempat!
Suasana dalam Daisy Ballroom Hall sekitar jam 5.30 petang. Dah lengang. Tiba-tiba ada pulak dua orang makhluk terkedek-kedek baru sampai dan terus terjah kat buffet area sebab kebulur. Dapat jugaklah makan barang sepinggan dua. heh.
Taa daa!! The amazing committee members!
Bersama si kecik comel lotey Puan Anil di booth Ren-da belleza nya. Kat belakang tu, baju kahwin Anil. Kelasss gitu, kan.
Ni pulak Misha; kawan Anil. Baru berkenalan pada hari kejadian. Bila dikaji selidik, rupanya, masing-masing dah saling men-follow Twitter sejak sekian lama. hehe
Puan Azie a.k.a Nariko with her surprised baby shower cake. Perut dia bulat comel je, tak macam orang yang tengah sarat menunggu masa. Aktif pulak tu ke sana ke mari.
Dan, semestinya dengan orang kuat pada hari tersebut; Puan Diah yang tak lekang dengan buku dan telefon di tangan ke hulu ke hilir. Tapi, tetap maintain vogue gitu.
Door gift yang sangat kiut! Love it to the max.
Paper bag sponsored by MarryMe2U. Aku pernah jugak order paper bag yang sama dari tuan kedai yang sama untuk doorgift kahwin dulu. Nice & affordable!
Nah, tolong promo sikit.
Choc moist cake from Diahlicious Gifts (017 – 241 6080)
Cookies from Cookies Crumbs (019 – 277 7059)
Bloggers lain?
Tak sempat jumpa lah. Masa sampai tu, dah ramai vendors yang siap-siap kemas nak balik. Jumpa Hidd dan anak bujangnya pun secara tak sengaja kat entrance door. Gambar dah ditepek kat xeatopia. Dengar kata, Hanie pun ada singgah sekejap, tapi takde rezeki pulak nak jumpa. The famous Asylla pun sempat ushar dari jauh je. Dia tengah sibuk entertain peminat kot masa tu. Dan, sempat jugak berborak dengan one of my silent reader; Lynn tapi tak sempat nak ambik gambar sama-sama, dia dah berdesup hilang masa aku dengan Cfu sibuk mentekedarah :p
Selain tu, ramai jugak group of bloggers batch baru yang aku tak berapa nak kenal. Aku kenal batch yang kahwin stok tarikh dekat-dekat sama dengan Diah, Anil, Azie etc. yang memeriahkan IsuBumperKahwin masa baru mula-mula dilancarkan dulu. Lain-lain batch lepas tu, tak berapa larat nak follow dah. My bad :(
Apa-apapun, majlis macam ni memang sangat berbaloi untuk dijadikkan acara tahunan. Selain bagi peluang kat bakal pengantin untuk dapatkan the best deal dan mencungkil bakat terpendam usahawan di kalangan bloggers, ia boleh jugak mengeratkan tali silaturrahim yang selama ni terjalin kat alam maya.
Sekali lagi, tahniah untuk Diah dan kerabat jawatankuasa nya!
:)
IsuBumperKahwin : Semoga berjumpa lagi di gathering lain kali.