Monday, May 17, 2010

Ilham Tudung Sanggul Tinggi.

Mungkin ramai bakal pengantin dah tau pasal ni, kot.


Pasal trend tudung sanggul tinggi sekarang ni. Ala-ala minah arab, gitu. Kalau kena gaya dan muka, memang nampak sangat cantik dipandang. Muka pun nampak tirus, kurus je.


Pendek kata, memang chun.


Turkish Hijab 3

Turkish hijab  2

Kredit : Google.


Pengantin bertudung pun macam tak terlepas daripada gaya semasa ni. Pergilah mana-mana majlis perkahwinan yang melibatkan pengantin bertudung, mesti ada yang menggayakan trend macam ni.


mainpix22

Kredit : Ikatan Tudung Pengantin @ Berita Harian.


Mati-mati selama ni aku ingat yang sanggul tinggi tu rambut betul diorang. Rupa-rupanya, ilusi optik semata-mata.


IMG_0001

Diorang buat pakai sanggul palsu je. ciss, Tipah tertipuuuuuu!!!

Kredit : Aura Tudung.


mainpix3

mainpix2

Demo pakai tudung sanggul tinggi oleh Hajaba.

Kredit : Berita Harian.


Jadi, kepada mana-mana pengantin yang sangat berminat nak pakai tudung ala minah arab masa di hari bahagia nanti, bolehlah dapatkan tudung, anak tudung dan sanggul palsu sekali kat Butik Hajaba takpun kat Aura Tudung ni. Macam-macam jenis sanggul ada. Yang jenis sepit, jenis sikat, jenis klip, semua ada lah. err.. entah-entah kat kedai Sinma pun ada kot. Try ushar. Mana tau boleh dapat harga lagi murah.


Bagi yang masih tercari-cari tudung vogue da vast untuk dipadankan dengan sanggul palsu tu nanti dan yang paling sesuai untuk dipakai masa nikah atau bersanding, aku ada jumpa satu laman web ni; Udaimatunnur. Tudungnya memang meletop liplap liplap, gitu. Macam-macam koleksi warna ada. Tinggal pilih dan bayar, je.


Mahal sangat?


Apa salahnya. Seumur hidup sekali. Lagipun, agak-agak lepas nikah segan nak pakai, boleh let go kat bakal pengantin lain. Jual kat adik-beradik ke, sedara-mara, takpun jiran tetangga. Nak mintak tolong aku lelong kat Isu BUMPER Kahwin ni pun, no hal punya. Email je kat feexeea[at]yahoo.com dan bubuh tajuk "lelong" kat ruang subject email tu. Jadi, takdelah wujud istilah membazir di situ.


Bagi tips pemakaian tudung pulak boleh tengok kat sini (Baca : Sanggul Tinggi Jadikan Muka Kecil)


Satu je lah peringatan untuk diri sendiri dan kamu semua.


Masa aku tengah galak google pasal tudung sanggul tinggi ni, terjumpa pulak satu hadith yang kata berhijab dengan sanggul terlalu tinggi melebihi paras kepala (camel hump hijab) adalah HARAM.


Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :


“2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.”


Jadi, bersederhanalah dalam apa jua perkara.


Kalau beriya sangat nak ikut trend, boleh jadik kes macam ni jugak. Tak ke naya dan menyusahkan masyarakat sekeliling :p


tudung tinggi

tudung tinggi

Kredit : Baby & Me dan KOSMO.

Wallahua’lam.



Isu BUMPER Kahwin : Jangan sampai jadik mangsa fesyen.